Thursday, June 18, 2009

Diari Ummi Vnea


Hari ni, Vnea dah sebulan setengah.Dia sekarang dah ligat memandang benda-benda sekeliling. Rasanya dia dah cam aku kot...Kalau tiba masa nak menyusu, dia pandang sekeliling macam nak cari aku. walaupun ada orang lain yang dia nampak, dia buat tak reti.Bila dia nampak saja aku, dia terus buat aksi tangan 'berenang' dengan mulut muncung-muncung. =)

Budak ni manja banyak, asyik nak kena dukung...paling suka kena dakap. Aku cuba-cubalah mengurangkan kemanjaan dia, sebab takut terover manja, susah orang nak jaga dia kalau aku dah masuk kerja nanti.,,huhu, ikut hati memang tak sanggup nak bagi orang lain jaga.. tapi kena juga kerja... serba salahnya...
berbalik pada kemanjaan Vnea ni, aku sekarang cuba selalu-selalu tidak memenuhi 'impian' Vnea yang mahu didukung dipeluk sepanjang masa. Aku sesekali letak dan tengok gelagat dia. Mula-mula tu, dia boleh maintain 30 saat je, pastu nangis minta dukung. Pagi tadi, alhamdulillah, boleh tahan sampai setengah jam.. mungkin sebab dia dah leka tengok objek-objek keliling. pagi tadi juga, boleh bagi dia tidur dengan cara letak je atas katil sambil tepuk-tepuk punggung. Tapi baru sekali cubaan tu berjaya. dah time tidur tengahari, petang, malam...dia kembali dengan perangai minta dukung..5kilo nak usung ke sana ke mari, mak oii...berat eh.

Ni gambar dia pagi tadi. Banyak kali dia senyum, tapi susahnya nak snap gambar.upload gambar ni sajalah time dia bising-bising.Kepala dia tak dapat nak botakkan lagi, kulit masih terlalu lembut.Ok, nak tidur ni dengan baby...Good nite. (^_~)V

0 comments:

Post a Comment