Akhir-akhir ni aku suka menaip nama kawan-kawan lama aku zaman sekolah rendah di ruang 'search' bahagian atas laman FB. Dan 2 hari lepas, aku terfikir untuk menaip satu nama, dan 'magic'nya, laman FB kawan lama ni muncullah depan mata...
kenal budak ni masa umur 8 tahun..seingat aku, dia ni sangatlah nakal...sampai budak-budak lain tak nak kawan dengan dia.
aku masih ingat lagi, semasa dia mula-mula tahu membaca.. dia ni bukannya tidak tahu, cuma mungkin tak rajin. Masa tu cikgu suruh dia membaca, tapi dia mengaku tak pandai. Cikgu pun cakap dengan dia, balik rumah nanti minta ajar dengan mama dia. Keesokkan harinya, dia membentangkan buku depan aku dan membaca dengan sekuat-kuatnya...bangga sungguh dia! Bila dikenang-kenang balik, mesti aku tersengih seorang. sampai sekarang aku masih ingat buku pertama yang dia baca tu, buku tentang perdana menteri di Malaysia..
Lepas tu, masa Pendidikan Seni dalam kelas, entah kenapa sekali tu dia tak bawa warna. memandangkan semua kawan-kawan sekelas anti dengan dia, tiada seorang pun bagi dia pinjam warna. Aku yang kebetulan ada bawa 2 jenis warna (jenis pensil kayu & krayon), bagilah dia pinjam satu..sengaja bagi krayon, sebab warna krayon tak best langsung..hehehe.. tapi, dia betul-betul gembira bila aku bagi pinjam.. esoknya,(atau 2-3 hari kemudian..tak ingat dah..), mak dia hantar dia sampai dalam kelas dan ucap terima kasih dengan aku sebab pinjamkan anak dia krayon.. Terkedu aku time tu, sebab tak sangka dapat ucap terima kasih dari mama dia.. satu sekolah pun memang kenal mama dia, sebab cantik..ada salun.. selalu pakai spec hitam besar- bergaya.
Dia ni selalu bercerita tentang ayah dia..kalau ikut cerita dia, ayah dia polis... kalau tak silap dari cerita dia, ayah dia meninggal ketika bertugas. adalah juga dia tunjuk gambar-gambar...aku pun bila mengenang balik, baru perasan... dia selalu jugalah bercakap dengan aku. mungkin disebabkan aku layan saja apa yang dia cakap tanpa banyak soal...aku juga nampak kurang prejudis dengan kenakalan dia, mungkin sebab tu dia baik dengan aku.
ayah tiri dia pula doktor yang agak 'famous' di tempat aku. setiap kali aku sakit dan ke klinik ayah tiri dia ni, mesti aku ditanya macam-macam..semestinya soalan yang tidak berkaitan dengan sakit aku, tapi tentang anak dia ni! ayah tiri dia ni pulak jenis doktor yang peramah, banyaklah pulak album dari dalam laci ditunjukkan dengan aku...sedangkan, aku bukannya rapat sangat pun dengan kawan ni..hehehe...
masa berlalu, dan aku banyak ikut perkembangan dia dari jauh. macam yang aku cakap tadi, aku kenal dia macam tu je... bukannya layan sangat pun. lagilah dia ni memanglah tersangat nakal. lepas sekolah menengah, aku pun dah lupa dengan kawan ni...
cuma, bila balik kampung dan lalu depan klinik ayah tiri dia, sesekali terlintas di fikiran, dia bagaimana sekarang.. dan, 2 hari lepas, terlintas pula di hati untuk menaip nama dia di FB. Dan di luar jangkaan, 'profile' dia tertera di atas skrin komputer.
kalau ditengok gambar-gambar, kenakalan dia masih lagi terserlah macam zaman kanak-kanak riang dulu.. cuma, rasa tak percaya sebab dari gambar-gambar ni, dia nampak sangatlah penyayang...very loving father to his little daughter.hahahaha.. =p
budak lelaki yang sangat nakal suatu ketika dahulu, sudah menjadi seorang ayah yang sangat penyayang.
memang best bila mengetahui perkembangan kawan-kawan lama..
Friday, December 31, 2010
Thursday, December 16, 2010
Sometimes, it's obviously you're not wrong at all...but you have to nod and say it's your fault. It so obvious when someone don't like you.
Sometimes, it is not because that you're not good enough.. yaa.. when you're right, no one will remember it...but when you're wrong (even once), no one will forget it.
In terms of learning, I believe it is a process to be someone better, and may do some mistake... but that's not a reason for someone else to torture you inside/outside..
Ya..it's not an easy process to be 'somebody'.
at least I know, I do the right thing.
Sometimes, it is not because that you're not good enough.. yaa.. when you're right, no one will remember it...but when you're wrong (even once), no one will forget it.
In terms of learning, I believe it is a process to be someone better, and may do some mistake... but that's not a reason for someone else to torture you inside/outside..
Ya..it's not an easy process to be 'somebody'.
at least I know, I do the right thing.
Subscribe to:
Posts (Atom)