Thursday, December 29, 2011
Emas oh Emas
Aku biasa dapat soalan ni di kalangan masyarakat tempat aku duduk sekarang, "Bila nak tindik telinga Yasmin (Veenea)?" atau, "Tak bagi dia pakai gelang kaki/rantai leher?"
Err.. Betapa blurr nya aku. Sebab, secara jujur ia tidak terlintas langsung dalam kepala aku.
"Tindiklah telinga dia sekarang. Kecik-kecik tak tahu sakit.."
Bukannya soal sakit atau tidak...masalahnya, aku sendiri tidak pernah bertindik mana-mana anggota badan. Wah, jangan tak hairan, ada yang tak boleh terima bila aku jawab begitu. Ada yang siap nak selak tudung aku nak periksa telinga aku. aduhai...
Mungkin, ini berkaitan dengan kebiasaan. mak aku sendiri, aku tak pernah nampak pakai apa-apa barang yang bernama 'emas'. Kedekut ke atau tak mampu? Dua-dua pun bukan. Macam aku cakap tadi, ia bukan suatu kebiasaan dalam keluarga aku. Aku sendiri, satu-satunya emas yang aku pegang adalah cincin tunang dan kahwin, itu pun emas putih..sure tak laku kalau digadai. hahaha. Semasa aku request emas putih dulu, kawan-kawan yang bising sebab mereka mengingatkan bahawa emas putih tidak laku. Tidak apalah, aku tiada niat nak menggadai sesuatu yang ada "sentimental value" macam tu. Cincin tunang dan kahwin tu pun aku ada sebagai 'cukup syarat'. percaya atau tidak, semasa memilih cincin dulu, aku mengambil masa kurang dari 5 minit setiap satu. lagi lama masa yang aku ambil untuk memilih novel.
Tentang hal Vee jr, aku rasa macam tak perlulah kut... lagipun dia kecik lagi. Bagi aku umur budak 2-3 tahun ni, tak perlu diajar barang 'mewah' seperti itu. Macam akulah, dari kecik tak diajar tentang 'gemerlapan emas', tapi dikelilingi buku-buku dan bahan-bahan bacaan lain. sebab tu sampai sekarang aku lebih banyak menghabiskan duit untuk membeli buku (satu lagi contoh benda yang tak laku digadai! hehehe). Bagi aku, ilmu bacaan adalah sesuatu yang sangat berharga. Vee jr sendiri aku belikan buku seawal umurnya 6 bulan. sebab tu sekarang kalau dibawa ke kedai buku, dia sendiri akan teruja memilih buku. Pantang nampak buku saiz kecil, dia mesti capai.
lagipun sekarang ni banyak sangat kes ragut. Tak perlulah rasanya, kan?
Tentang emas.. selepas terlalu banyak membaca, aku tertarik berkenaan pelaburan jangka panjang. Mungkin, 2012 ini satu tahun yang baik untuk aku mendekati 'emas' yang selama ini aku tak pernah tertarik pada gemerlapannya. Tengoklah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment