Pages

Monday, December 26, 2011

Kenangan hari Natal

Walaupun aku beragama Islam dan tidak menyambut perayaan ini, aku tidak boleh menafikan 100% bahawa ada rasa sentimental yang wujud setiap kali tibanya 25 Disember. Dengan ahli keluarga yang lebih 95% beragama Kristian, malah aku sendiri pernah beragama Kristian sebelum memeluk agama Islam, mana mungkin aku bisa mengatakan bahawa tiada memori dalam hidup aku tentang Hari Natal.

Kenangan yang paling kuat rasanya semasa kecil dahulu. Setiap kali menjelang Hari Natal, makcik aku; Aunty Hairin mesti mengajak aku dan abang ke rumahnya di batu 8 (Kampung Ratau) untuk sama-sama merasai kemeriahan Hari Natal. Aku suka ke rumahnya, sebab untuk ke kampung makcik aku tu, kena menyeberangi jambatan gantung yang sangat panjang.

Selain itu, aku gemar akan hidangan biskut yang banyak serta riuh-rendah rumah yang dipenuhi  sepupu-sepupu sebaya. Rancangan TV yang sarat dengan kartun juga memang seronok jika ditonton beramai-ramai. Memang dalam setiap perayaan, budak-budaklah yang paling gembira..

Sekarang, seluruh ahli keluarga sebelah mak biasanya akan berkumpul di rumah salah seorang makcik (adik mak), yang berhampiran dengan rumah nenek. Aku merindui kemeriahan apabila semua ahli keluarga sudah berkumpul. meskipun berlainan agama, talian persaudaraan itu sentiasa masih merupakan satu kekuatan. Tahun ini, (dan sudah banyak tahun) nampaknya sekali lagi aku terlepas peluang berkumpul dengan ahli keluarga..bagus juga, sebab aku belum kurus..hahaha. nanti jenuh dengar teguran mereka yang pasti bertanya tentang tubuhku yang semakin sihat. Patutkah aku menyalahkan bisnes yang sedang aku ceburi sekarang? sedang aku menaip entri ni, aku juga sedang membakar sebiji kek keju.. jadi, memang salah kek aku jadi begini...bolehkah cakap begitu? hahaha.

Mata dah mengantuk, masih ada setengah jam sebelum kek keju yang sudah siap dibakar untuk menjalani proses penyejukan. Lepas tu kena masukkan dalam peti sejuk.
.
Selamat malam semua..

1 comments:

  1. Tak pe sis,, kenangan tetap kenangan..glad to hear yg hubungan sis dgn family masih baik walaupun lain agama..

    May Allah bless u,.Amin

    ReplyDelete