Pages

Friday, December 30, 2011

Ombak Rindu lagi


Aku sudah menonton filem Ombak Rindu. Sebelum ni aku ada meluah perasaan tentang penulisnya. Sebelum aku tulis berjela-jela, aku nak bahagikan pemerhati kepada beberapa kategori.
1) Golongan penulis @ yang memahami/ menghormati karya penulis
2) Golongan yang buta dalam menghormati karya - menilai segala-galanya hanya dengan RM.
3) Golongan yang tahu menghormati karya, namun bijak mengeksploitasi perkataan 'syarat dan terma'.
4) Golongan yang hanya tahu dan patuh kepada 'syarat dan terma'.
5) Golongan yang cuma tahu menonton filem, tapi tidak tahu membaca novel.
6) Golongan peminat Aaron Aziz.
7) Golongan yang hanya tahu ikut bersorak tapi tidak tahu apa-apa.

(aku golongan yang ke 6? hahaha)

Setiap golongan ada pandangan sendiri, dan berbeza-beza. Jadi aku malas nak ulas panjang-panjang...
Apapun, aku nak tanya kepada penonton yang sama-sama menyumbang RM10juta untuk kutipan filem ni, "Kenapa nak tengok? Sebab Novel 23 kali cetakan tu ke, atau sebab filem ni memang bagus?"

ada orang yang mempertikaikan, menulis bukan guna modal, setakat pen dan kertas sahaja. Orang buat filem kena bayar gaji ramai pekerja. Wahai sayang, tak payah susah-susah buat filem kalau tiada 'cerita' untuk difilemkan. Ingat isi cerita yang bagus tu boleh dikutip di tepi jalan? Ingat nak menulis tu cukup pen dan kertas sahaja? Kena ada kepala tau... Kalaulah kepala tu boleh dibeli macam pen dan kertas, agak-agak berapa RM dijual kat kedai?

Bagi aku, filem ini OK lah... 5 bintang? aku bagi 2.
Novelnya? 5 bintang? aku bagi 4.
Jika filem ini tiada, novelnya masih ada. Jika novel ini tidak ada, filem ini tidak akan pernah ada.
Filem dan novel, 2 perkara berbeza. Namun idea asalnya, tetap dari satu kepala. Tanpa kepala ini, filem ini tiada.

0 comments:

Post a Comment