Pages

Friday, December 16, 2011

Pengalaman Macaron

Akhirnya, aku kembali ber blogging setelah banyak hari bergelumang dengan ribuan macaron, lebih tepat..4860 biji macaron. Ia sebenarnya berakhir 14 haribulan lepas. Namun, dek keletihan teramat sangat ditambah dengan tangan kanan yang sedikit bengkak dan masih sakit sampai sekarang... maka aku terpaksa menghindari laptop beberapa ketika.

Sepanjang menyiapkan projek macaron ni, aku sebenarnya belajar semakin banyak tentang macaron. Sebelum ni, aku ingat aku dah expert dengan macaron, namun dari batch ke batch setiap macaron ternyata memberi pengalaman berbeza kepada aku. Terutama sekali berkaitan dengan keadaan meringue yang berbeza-beza. Memang kita sentiasa mengharapkan meringue yang sempurna apabila membuat macaron. Namun tidak semua akan terjadi seperti yang selalu kita harapkan. Inilah ketikanya kita perlu mengawal suhu oven dengan cara yang berlainan. kesimpulannya, semakin banyak, ia membuatkan aku sedar bahawa proses pembelajaran itu tidak akan berhenti. Sampai terkeluar dari mulut aku semalam, ilmu macaron ini harus dibukukan.hahaha. Yelah, macaron dikelaskan sebagai antara juadah yang paling susah dibuat di dunia ini.

Macaron yang sempurna, sememangnya bukan mudah dibuat. Ia bukan berkenaan resipi. Resipi macaron bukan rahsia, malah bersepah jika di'google'. Resipi yang aku gunakan sendiri juga hasil carian google. Ia bukan berkenaan bahan-bahan yang sememangnya diketahui; putih telur, gula icing, gula, air, tepung almond. Tiada yang rahsia pada bahannya. Ia berkenaan kemahiran dan fokus yang tinggi semasa membuatnya. Aku tidak boleh diganggu terlalu banyak ketika menyiapkan macaron ini. Gangguan membuatkan macaronku turut terganggu hasilnya. Cuaca (berkaitan dengan suhu) turut sama mempengaruhi. Mungkin inilah yang menimbulkan cerita dongeng bahawa macaron tidak jadi di kala hujan turun. Ia bukan berkaitan dengan air hujan, tetapi dengan keadaan suhu.

Okeylah, sebenarnya keletihan membuat macaron masih belum hilang...Patutlah mak aku cakap, aku kena tidur seminggu bagi menggantikan semula tenaga yang hilang. Esok-esok kita cerita lagi. Selamat malam.


0 comments:

Post a Comment