Pages

Sunday, December 25, 2011

Si Merah Jambu yang disukai

hehehe..Si Merah Jambu, atau Pinky. Babi lah, atau dalam bahasa sopannya, khinzir. Orang Melayu terutamanya memang sangat sensitif bila perkataan 'babi' disebut. Mungkin penggunaan perkataan ini selalu digunakan oleh masyarakat Melayu untuk tujuan memaki orang, contohnya, "babi kau!" (maaflah ayat-ayat kali ini sangat direct to the point!)

Hai, tiba-tiba sebut perihal si comel merah jambu ni, kenapa?. Dah lama sebenarnya nak tulis entri ni, cuma teragak-agak. Tapi selepas fikir banyak kali, babi tu tak bersalah pun. Bukannya kita kena suruh benci khinzir pun, cuma kalau terpegang tu, kenalah samak. Itu sahaja. Dan, dagingnya tak boleh dimakan.
Kenapa tajuknya begitu? Si Merah jambu yang disukai, (walaupun bukan semua babi merah jambu..). Kalau anda seorang penggemar kartun macam aku, anda pasti perasan watak khinzir ni selalu ada peranan. baiklah, yang pertama dan paling aku suka, Piglet.
inilah Piglet dalam cerita kartun My Friends Tigger and Pooh yang ke udara di channel 613 suatu ketika dahulu. Aku menunggu-nunggu juga musim terbaru cerita ni, tak keluar-keluar. Dulu setiap jam 8 pagi, aku dan Vee jr mesti terpacak depan TV menonton kartun ni. Piglet ni wataknya sangat lembut dan agak penakut, serta bersopan-santun. Dia juga suka menyanyi. wah, kenal saja aku dengan si Piglet ni. Pengalaman aku dengan si Piglet? Hmm..dulu masa kerja di farmasi, ada jual hand sanitizer yang menggunakan watak-watak Disney sebagai jenama. Hand sanitizer dengan gambar Si Piglet ni biasanya orang Melayu tak nak beli, walhal semuanya sama. tapi musim H1N1 dulu, orang dah tak kisah. hahaha.

kedua, Zooter.

Zooter ni dalam kartun Jungle Junction, masih di channel 613 Astro. Kalau selalu tengok, memang perasan yang dia adalah watak utama dalam kartun ni. Dia paling suka dengan lopak lumpur.

Ketiga, Pig dalam kartun Word World.
Walaupun dia terror memasak serta ada rancangan TV sendiri dalam cerita kartun Word World, aku tak nak makan masakan dia..hahaha. Tapi Blueberry Pie yang dia buat memang nampak sedap!

Keempat, Porky yang selalu dengan Bugs Bunny.
kalau korang tengok cerita Bugs Bunny, mesti kenal Porky ni. Dan, kalau dah banyak sangat tengok kartun, mesti kamu kenal ni juga,
Three Little Pigs

setakat ini sahajalah cerita aku hari ini. Babi @ khinzir ni, memang comel dibuat sebagai watak kartun. Secara jujur, aku tidak bermasalah dengan binatang ni. Walau apapun, ia masih ciptaan Allah yang Maha Esa. Jadi, jangan menghina binatang ni. Dia cuma babi, itu sahaja. Dia tiada kesalahan pun untuk dibenci.

0 comments:

Post a Comment