Aku baca ni dalam paper, hangat juga. tentang filem Ombak Rindu lah..Tentang isi hati penulis novelnya yang kurang berpuas hati dengan bayaran diterima.
Terus-terang aku kurang arif tentang terma dan syarat pembikinan filem. Tapi, secara peribadi aku hendak menyuarakan bahawa aku setuju, bayaran penulis harus diberi wajar dengan kutipan filem. Penerbit filem ni tidak boleh menafikan sama sekali bahawa lebih dari separuh peratusan kejayaan menarik penonton, adalah disebabkan novel itu sendiri. Tidak keterlaluan jika aku mengatakan, filem itu tidak lebih sekadar sebuah lagi filem biasa jika tidak disebabkan novel itu...novel yang diulang cetak sehingga 23 kali. Walaupun bukan penulis asal yang menulis skrip..tapi, hey! kamu sedang menggunakan idea dan karya orang lain untuk membikin filem! Itu bukan idea asli kamu, dan watak-watak itu bukan ciptaan kamu! Korang dah kaut berjuta-juta, tapi bagi RM4ribu je dengan penulis asalnya.. come on lah.
Tentang garapan watak dari novel ke filem yang mungkin sedikit berubah, itu pada aku terpulang pada penerimaan masing-masing. Ya, memang bukan 100% dari novel boleh diletak sebijik dalam filem. Tapi aku amat memahami perasaan si penulis apabila watak ciptaannya diubah oleh orang lain. Seorang penulis biasanya menganggap hasil karyanya umpama 'anak', malah mungkin menganggap setiap patah di dalam novel itu sangat penting dalam menggambarkan jiwa watak itu sendiri. Aku sendiri bila membaca novel atau menonton filem, aku akan baca/dengar setiap patah perkataan sebab aku faham mungkin ada patah-patah perkataan yang si penulis sangat berharap agar dihayati oleh pembaca/pendengarnya.
walaupun aku bukan penulis ternama dan masih belajar bertatih, tapi aku rasa tidak senang selagi tidak menyuarakan isi hati sendiri. Moga-moga rezeki si penulis melimpah ruah pada hasil cetakan bukunya. Tapi bagi aku, si penulis harus mendapat imbuhan yang lebih dari pembikin filem itu sebagai tanda menghargai idea cerita luar biasanya yang mampu menarik ribuan pembaca, dan jutaan penonton ke panggung.
0 comments:
Post a Comment