Lama juga aku senyap. Mula-mula tu sebab sibuk dengan tempahan macaron. 200 biji..selang dua hari, 300 biji. Lepas tu sibuk tengok drama online Dae Jang Geum, hahaha.
Drama ni dah lama sebenarnya, tak silap dalam tahun 2003. Memang pernah tengok di TV sebelum ni, tapi masa tu tak ikut sangat cerita ni. baru-baru ni cerita Dae Jang Geum @ Jewel in the palace ni ditayangkan kembali di TV AlHijrah, pukul 3.30petang. Jadi, selaku surirumah yang ada sedikit masa terluang bergoyang kaki, aku pun mulalah mencari episod awal-awal di internet. Itu yang jadi 'melekat' sekejap dengan cerita ni. Tentang perjalanan hidup seorang gadis yatim-piatu bernama Janggeum dari seorang gadis istana menjadi hamba dan akhirnya menjadi doktor pertama di Korea yang berjaya membuat pembedahan caeserean. Ada sumber yang mengatakan ia berdasarkan kisah benar. Apapun yang penting drama ini memang menarik dan banyak unsur positif yang dapat dipelajari. Tak hairanlah TV Alhijrah memilih untuk menayangkan drama ini, memandangkan pemilihan slot-slot yang mengisi rangkaian ini agak ketat. Meskipun bukan drama berciri Islamik, drama ini sarat dengan pengajaran dan iktibar untuk direnungi.
Sekarang ni kena kembali ke alam realiti selepas beberapa ketika 'hidup' di zaman raja-raja Korea, hahaha. Hari ini nak ambil angin sikit kat luar selepas banyak hari terperap di dalam rumah. Ada perasaan nak beli tepung roti, nak minta ajak suami buat roti Mexican Bun, tengoklah kalau dia sudi nak ajar memandangkan seminggu ni dia dah sibuk siang malam. Macam tak best pulak masa cuti sehari dia ni minta dia ajar buat roti lagi. Dari waktu kerja ke waktu cuti, asyik jumpa tepung pula dia nanti..hehe.
Okay, hari perlu dimulakan...nak membasuh kain yang banyak.
Tuesday, November 29, 2011
Friday, November 18, 2011
Masalah Bahasa
Ada orang pernah bertanya, bagaimana aku bercakap dengan suami di rumah? Guna mulutlah! Hehehe. Sebenarnya soalan itu menjurus kepada bagaimana 'jenis bahasa' yang digunakan, aku cakap dialek Bahasa Melayu Sabah atau Semenanjung?
Aku sendiri tidak pernah memikirkannya secara mendalam. Rasa-rasanya lebih banyak dialek Melayu Sabah. Sebab tu sampai sekarang aku memang 'failed' bercakap dengan lancar mengikut dialek orang sini (semenanjung). Memanglah cakap tu bercampur-campur, sabah+semenanjung, tetapi aku selesa dengan dialek Sabah pada kebanyakan masa ketika berkomunikasi dengan suami. Tambahan pula dia sendiri boleh bercakap dialek Sabah dengan baik (pengaruh kawan-kawan serumah zaman bujang dia dahulu). Berbeza semasa duduk di Sarawak dahulu, aku bersungguh-sungguh menguasai dialek tempatan sehingga beberapa kali disalah anggap sebagai penduduk asal negeri itu. lagipun rakan-rakan serumah 'membuli' aku untuk bertutur dalam dialek tempatan.

Selepas berhenti kerja ni lagilah banyak bercakap dialek Sabah, sebab kebanyakan masa hanya dihabiskan di rumah. Adalah beberapa perkataan ibunda (Dusun) yang sudah menjadi perkataan kebiasaan diselitkan dalam penggunaan bahasa kami di rumah contohnya giuk(ulat,cacing), kurudot (berkedut), ungkatab(melibas-libaskan tikar yang berhabuk/kotor), dungot(taik hidung..hehe) dan banyak lagi. Nasib baiklah suamiku terbuka menerima setiap perkataan-perkataan yang mungkin dia tak pernah dengar sebelum ini.
Dengan Cik Abang dalam pakaian tradisi kaum Dusun
Teringat semasa mula-mula bekerja di Giant dulu, masa tu hampir setiap hari kena telefon bahagian IT bila bermasalah. Kebetulan yang melayan panggilan aku tu selalu terkena seorang perempuan cina. Bila aku cakap Melayu, dia memang langsung tidak faham memandangkan aku baru beberapa minggu menyesuaikan diri dengan dialek tempatan. Maka, aku terpaksalah menggunakan bahasa Inggeris walaupun tidak fasih. Begitu juga bila berdepan dengan kaum India, memang macam ayam dengan itik. Dengan orang Melayu, okey sikit sebab penggunaan perkataan tu masih sama, cuma cara menyebut dan 'lagu'nya sahaja berlainan. Dah 5 tahun ni, dah okey sikit rasanya. kalau masih ada yang susah nak faham tu, minta maaflah. Hamba hanya anak dagang yang merantau di negeri orang!
Saturday, November 12, 2011
PC Game - Emperor: Rise of the middle Kingdom
Kelmarin, semasa mengemas, aku terjumpa cd game lama, Emperor:Rise of the middle Kingdom. Perasaan? Gembira, bercampur-baur pun ada. Wah, lama sungguh tidak bermain pc game ini. Kali terakhir semasa di tahun akhir pengajian dulu, 2006. Ini adalah antara game kegemaran aku, yang memerlukan strategi dan perancangan teliti.
Sudah tentu aku tidak berfikir 2 kali untuk install game ini di dalam laptop aku. Malah, seperti dulu-dulu, aku akan menyediakan kertas dan pen untuk menulis nota bagi memenangi setiap cabaran 'pengurusan negara' di dalam permainan ini. Mungkin ada yang menganggap aku keterlaluan atau agak kebudak-budakan. Aku tidak kisah, kerana menurut kajian, walaupun seorang perempuan..jika dia mula bermain permainan komputer dengan konsisten sejak berumur sekurang-kurangnya 15 tahun, dia memang ada potensi untuk meneruskan minat walaupun sehingga berumur 35 tahun ke atas. Hahaha.
Untuk sesiapa yang berminat atau memainkan game yang sama, boleh ke laman web ini http://www.gamefaqs.com/pc/553878-emperor-rise-of-the-middle-kingdom/faqs. download bahagian FAQ yang teratas tu. Memang banyak membantu. Setiap PC game memang ada cheat code tertentu, tetapi aku sendiri kurang gemar menggunakannya, kecuali benar-benar terdesak (bila berada di satu tahap tidak boleh patah balik). Tapi seboleh-bolehnya bermain dengan jujur, iaitu dengan pengaturan strategi, kadangkala terpaksa 'kalah' untuk sekali dua, dan kena ulang balik.
Aku masih ingat, dahulu aku siap print satu buku panduan lengkap untuk memenangi game ini. Kebetulan masa tu aku belum mahir sangat dengan Bahasa Inggeris, maka aku rajin merujuk kamus bagi memahami panduan yang 100% dalam Bahasa Inggeris...kan bagus kalau kesungguhan ini diaplikasi untuk subjek--subjek yang diambil dalam kuliah...(hehehe). Selepas menempuh alam pekerjaan, dan kesungguhan yang timbul selepas pernah 'direndahkan' dalam temuduga kerana tidak fasih berbahasa Inggeris, alhamdulillah penguasaan aku terhadap bahasa ini sedikit sebanyak bertambah baik. Kalau setakat berbual biasa tu, bolehlah...Jadi, untuk kali ini, aku boleh membaca panduan dan tips bermain game Emperor ini tanpa merujuk kamus.
Aku ada terfikir untuk menulis sendiri tips-tips bermain game ini dalam Bahasa Melayu, kerana memang jarang aku menemui blog atau petua bermain pc game dalam bahasa selain Bahasa Inggeris. Biasanya tips ini ditulis oleh mereka yang benar-benar meminati dan sudah mengkaji keseluruhan permainan. Mereka dengan bangga mempersembahkan hasil tangan mereka tanpa rasa kedekut ilmu, meskipun ilmu ini mungkin dianggap 'tidak berguna' bagi sesetengah orang. Tengoklah, lagipun game ini sudah lama, dan aku sendiri kurang mengikuti perkembangan trend pc games terkini. Kalau adapun game online, seperti yang banyak dihidangkan dalam facebook.
Dari pandangan peribadi, game ini seronok sebab ia membuatkan kita berfikir dengan aktif bagaimana mentadbir sesebuah negara dengan baik serta mengatur strategi untuk menang dalam peperangan. asalkan kita tahu untuk menggunakan masa yang sesuai serta tidak berlebih-lebihan, apa salahnya kan... =p
Thursday, November 10, 2011
Lagu Menyentuh Jiwa Hingga Ke Saat Ini (1)
Dalam hidup kita akan ada banyak lagu yang bisa menyentuh jiwa kita hingga ke dasar yang kadangkala tidak pernah kita sedar kewujudannya. Cukup dengan mendengarnya, air mata kita bergenang dan mengalir bagai tidak dapat ditahan-tahan.
Dalam hidup aku ada beberapa buah lagu yang sangat mengesankan. Ada di antaranya yang menjadi 'turning point' dalam hidup aku.
Tajuk lagu ini Perpisahan, nyanyian asal Anuar Zain. Tapi aku tersentuh tatkala Aizat Amdan menyanyikannya dalam Akademi Fantasia; hanya pada babak itu, maksud aku seperti dalam videoklip di atas. Aku pernah menonton nyanyian Aizat pada konsert yang lain untuk lagu yang sama, namun rasanya tidak pernah sama.
Semasa mendengar lagu ini, hati aku jadi sangat meruntun. Mungkin kena pada melodinya, juga liriknya dan ditambah pada penghayatan si penyanyinya.
Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah kuberi
Tiada lagi bersama
Bait-bait rangkap pertama lagu ini sahaja begitu mendalam maknanya. Saat hati yang dulu penuh cinta, menjadi kosong akhirnya. memang ada ketikanya, perpisahan itu jadi jalan terbaik, meskipun saat itu tiada rasa benci.
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayanganmu
Pada saat barisan lirik ini, aku dapat membayangkan keralatan hati si 'lelaki' dalam lagu ini. Bagaimana kecamuknya perasaan dalam menerima kehilangan cinta gadisnya yang tidak pernah mahu diminta. Saat dia mula menerima detik-detik pertama dalam menjalani hidup dengan hakikat bahawa sudah tiada cinta dari gadis yang disangkanya pada hari kelmarin, masih mencintainya.
Lagu ini pada aku, sangat memukau, dan meruntunkan hati. Ia masih menjadi salah satu lagu kegemaran, (videoklip ini) walaupun sudah bertahun-tahun berlalu. Dari Aizat AF ke Aizat Amdan, lagu ini masih tetap menyentuh hati.
Dalam hidup aku ada beberapa buah lagu yang sangat mengesankan. Ada di antaranya yang menjadi 'turning point' dalam hidup aku.
Semasa mendengar lagu ini, hati aku jadi sangat meruntun. Mungkin kena pada melodinya, juga liriknya dan ditambah pada penghayatan si penyanyinya.
Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah kuberi
Tiada lagi bersama
Bait-bait rangkap pertama lagu ini sahaja begitu mendalam maknanya. Saat hati yang dulu penuh cinta, menjadi kosong akhirnya. memang ada ketikanya, perpisahan itu jadi jalan terbaik, meskipun saat itu tiada rasa benci.
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayanganmu
Pada saat barisan lirik ini, aku dapat membayangkan keralatan hati si 'lelaki' dalam lagu ini. Bagaimana kecamuknya perasaan dalam menerima kehilangan cinta gadisnya yang tidak pernah mahu diminta. Saat dia mula menerima detik-detik pertama dalam menjalani hidup dengan hakikat bahawa sudah tiada cinta dari gadis yang disangkanya pada hari kelmarin, masih mencintainya.
Lagu ini pada aku, sangat memukau, dan meruntunkan hati. Ia masih menjadi salah satu lagu kegemaran, (videoklip ini) walaupun sudah bertahun-tahun berlalu. Dari Aizat AF ke Aizat Amdan, lagu ini masih tetap menyentuh hati.
Wednesday, November 02, 2011
Pencinta Alam (Bahagian 4 - Kitar Semula)
Sebetulnya hari ini bakal menjadi sibuk seperti semalam. Esok tempahan macaron dan beberapa biji kek perlu dihantar. Kalau sebelum ni main ingat sahaja di kepala, sekarang sudah perlu ditulis supaya tiada yang tertinggal kerana bilangannya semakin bertambah, alhamdulillah.
Aku terasa mahu menulis sedikit entri blog ini sebelum memulakan 'hari yang bakal sibuk' ini. Masih tentang kecintaan terhadap alam. Tentang apa yang aku sedang cuba usahakan di rumah ini. Sejak dahulu, aku memang terfikir untuk mengasingkan sampah-sarap di rumah ini mengikut jenis. Kononnya mahu mengitar semula benda-benda yang mungkin berguna. Cuma sejak berhenti kerja ni, barulah mata ini agak lapang untuk mencari tempat dan rajin sedikit untuk mengumpulkan bahan-bahan tidak berguna ini. Kalau dahulu, kesemuanya pun berakhir pada satu plastik yang sama, dan bakal dipungut lori sampah setiap Selasa, khamis dan Sabtu. Malah, dahulu tidak perasan pun bila sebenarnya lori ni datang sebab pagi-pagi dah keluar, malam baru balik.
Sejujurnya usaha mengasingkan sampah ni, bukannya terlaksana dengan sempurna. Setakat ini, cuma kertas dan botol-botol plastik sahaja yang betul-betul diasingkan. Sudah 2 kali menjualkannya dengan lori 'suratkhabar lama'. memanglah sedikit sahaja hasilnya, lagipun tujuan utama buat macam ni adalah untuk mengurang sampah ke tapak pelupusan, tetapi memaksimumkan sapah yang dikitar semula. Hasil jualan ni aku sengaja letakkan pada satu bekas, saja nak tahu bagaimana hasilnya selepas setahun, hehe.
Lepas tu, aku juga menukarkan beg plastik sampah dari yang biasa kepada mudah urai. Lebih sedikit beberapa sen, tapi niat tu memang nak menjadi sebahagian kecil daripada usaha untuk mengurangkan pencemaran. Anggaplah hasil jualan benda-benda kitar semula tu dilaburkan untuk plastik sampah yang sedikit mahal ni.(beza tak sampai 50 sen pun). Aku juga 'respect' dengan usaha beberapa pasaraya besar yang menggunakan beg plastik mudah urai, contohnya seperti Tesco. Seharusnya, tempat-tempat lain mencontohi usaha seperti ini.
Okeylah, hari yang sibuk bakal bermula.

Subscribe to:
Posts (Atom)