Friday, December 30, 2011
Ombak Rindu lagi
Aku sudah menonton filem Ombak Rindu. Sebelum ni aku ada meluah perasaan tentang penulisnya. Sebelum aku tulis berjela-jela, aku nak bahagikan pemerhati kepada beberapa kategori.
1) Golongan penulis @ yang memahami/ menghormati karya penulis
2) Golongan yang buta dalam menghormati karya - menilai segala-galanya hanya dengan RM.
3) Golongan yang tahu menghormati karya, namun bijak mengeksploitasi perkataan 'syarat dan terma'.
4) Golongan yang hanya tahu dan patuh kepada 'syarat dan terma'.
5) Golongan yang cuma tahu menonton filem, tapi tidak tahu membaca novel.
6) Golongan peminat Aaron Aziz.
7) Golongan yang hanya tahu ikut bersorak tapi tidak tahu apa-apa.
(aku golongan yang ke 6? hahaha)
Setiap golongan ada pandangan sendiri, dan berbeza-beza. Jadi aku malas nak ulas panjang-panjang...
Apapun, aku nak tanya kepada penonton yang sama-sama menyumbang RM10juta untuk kutipan filem ni, "Kenapa nak tengok? Sebab Novel 23 kali cetakan tu ke, atau sebab filem ni memang bagus?"
ada orang yang mempertikaikan, menulis bukan guna modal, setakat pen dan kertas sahaja. Orang buat filem kena bayar gaji ramai pekerja. Wahai sayang, tak payah susah-susah buat filem kalau tiada 'cerita' untuk difilemkan. Ingat isi cerita yang bagus tu boleh dikutip di tepi jalan? Ingat nak menulis tu cukup pen dan kertas sahaja? Kena ada kepala tau... Kalaulah kepala tu boleh dibeli macam pen dan kertas, agak-agak berapa RM dijual kat kedai?
Bagi aku, filem ini OK lah... 5 bintang? aku bagi 2.
Novelnya? 5 bintang? aku bagi 4.
Jika filem ini tiada, novelnya masih ada. Jika novel ini tidak ada, filem ini tidak akan pernah ada.
Filem dan novel, 2 perkara berbeza. Namun idea asalnya, tetap dari satu kepala. Tanpa kepala ini, filem ini tiada.
Thursday, December 29, 2011
Drama Bersiri baru
Isnin lepas merupakan episod terakhir bagi drama bersiri Jewel in the Palace (Dae Jang Geum) yang disiarkan di TV AlHijrah setiap Isnin-Khamis jam 3.30-4.30pm. (mcm ayat iklan..hahahaha)
Walaupun aku sudah pernah menonton sebelum ni beberapa tahun lepas, malah baru sahaja menonton secara online 1-2 bulan ni, aku masih juga mengikuti cerita ni. Biasalah, kalau cerita berkualiti, memang tidak rugi nak menontonnya. Apatah lagi jenis aku yang suka menonton secara terperinci dari dialog ke dialog, dari babak ke babak, latar belakang sehinggalah gerakan jari-jemari..(teruk ke aku?) Sebab tu kalau aku menonton drama tempatan, kalau dah banyak kesilapan yang aku kesan..contohnya warna baju yang tiba-tiba berubah dalam scene berturutan... isi cerita yang 'terpeleot'.. memang aku tinggal..Selamat jalan! Sebab tu lah rasanya aku jarang menjadi penonton setia mana-mana drama. baik aku tengok kartun walaupun suami aku selalu merungut kartun tu tak logik langsung.. dah nama pun kartun..bagi aku kartun tu tak boleh terlalu 'real' menyamai lakonan orang sebenar..kalau sama, baik suruh orang je yang berlakon, tak payah nak membuang masa melukis, membuat imej 3D yang memakan masa berbulan-bulan (aku tahulah...aku kan ada degree programming). Itulah tujuan kartun, ceritanya melangkaui aksi logik di dunia sebenar.
Okeylah, aku nak cerita drama yang menggantikan siri Dae jang Geum.. sob..sob..Jangan tak tahu, aku sedih meninggalkan drama tu. Siapa suruh menghayati..aku siap search dalam google tau. Bangga aku dapat tahu cerita ni diinspirasikan dari kisah sebenar.
Okeylah lagi.. Drama baru yang masuk episod ke -3 hari ini (jam 3.30pm nanti insyaAllah), tajuknya Princess Atsu. kalau Dae Jang Geum tu drama Korea, yang ni pula drama Jepun. Kalau korang tanya suami atau ayah aku, mereka mesti tak dapat membezakan drama Korea, jepun dan Cina..hahaha. kalau jenis teliti macam aku, tengok pakaian, prop drama tu pun aku boleh tahu. Budaya antara 3 negara ni pun jelas berbeza walaupun ada persamaan. Apatah lagi bahasa yang dituturkan, sangat jauh berbeza.
Inilah heroin Princess Atsu. sekali lagi watak wanita diangkat sebagai peneraju utama. Rasanya, untuk masa-masa akan datang memang patut TV AlHijrah mengekalkan konsep ini. Mengenai kekuatan wanita yang berjaya mengukir nama dalam sejarah negara. Oh ya, drama ini pun berdasarkan kisah sebenar juga. Setakat 2 episod yang aku tengok, aku sedikit sebanyak mendapat pengetahuan mengenai 'samurai'. Selama ni aku cuma tahu samurai tu dikaitkan dengan pedang panjang dengan lelaki sasa kepala botak sikit. Rupa-rupanya, golongan samurai ni adalah merupakan satu kasta dalam masyarakat Jepun dan bertanggungjawab menjadi ketua bagi golongan bawahan iaitu para petani (dalam cerita ni lah...). bagus kan, ada pengetahuan!
Untuk cerita seterusnya, kenalah ikuti cerita ni. Aku sendiri belum ada masa yang betul-betul lapang untuk meneliti watak si Atsu ni. Aku juga rasa selesa dengan pilihan Alhijrah yang tidak mengalih bahasakan drama ini dan drama Dae jang Geum dulu ke bahasa Cina (seperti yang biasa dilakukan pada rangkaian lain). Aku tidak bermasalah pada penggunaan bahasa, sebab sama ada Korea, Jepun atau Cina..tiga-tiga pun aku tak faham..hihihi. Tapi ini berkenaan ekspresi muka yang disesuaikan dengan nada suara. Kalau dialih bahasa, maka kuranglah juga penghayatan pada watak itu sendiri. Jadi, letak sarikata di bawah tu pun dah cukup baik. tak perlulah dialih bahasa. lagipun, ada banyak perkataan yang aku faham untuk ketiga-tiga bahasa ni walaupun tidak secara keseluruhan.
Okeylah, itu sahaja tentang drama kali ini. Senang-senang, aku cerita lagi. Maklumlah, dah duduk rumah ni jarang jumpa orang..Di blog ini sahajalah aku boleh bercakap sorang-sorang. hahaha.
Wassalam.
Emas oh Emas
Aku biasa dapat soalan ni di kalangan masyarakat tempat aku duduk sekarang, "Bila nak tindik telinga Yasmin (Veenea)?" atau, "Tak bagi dia pakai gelang kaki/rantai leher?"
Err.. Betapa blurr nya aku. Sebab, secara jujur ia tidak terlintas langsung dalam kepala aku.
"Tindiklah telinga dia sekarang. Kecik-kecik tak tahu sakit.."
Bukannya soal sakit atau tidak...masalahnya, aku sendiri tidak pernah bertindik mana-mana anggota badan. Wah, jangan tak hairan, ada yang tak boleh terima bila aku jawab begitu. Ada yang siap nak selak tudung aku nak periksa telinga aku. aduhai...
Mungkin, ini berkaitan dengan kebiasaan. mak aku sendiri, aku tak pernah nampak pakai apa-apa barang yang bernama 'emas'. Kedekut ke atau tak mampu? Dua-dua pun bukan. Macam aku cakap tadi, ia bukan suatu kebiasaan dalam keluarga aku. Aku sendiri, satu-satunya emas yang aku pegang adalah cincin tunang dan kahwin, itu pun emas putih..sure tak laku kalau digadai. hahaha. Semasa aku request emas putih dulu, kawan-kawan yang bising sebab mereka mengingatkan bahawa emas putih tidak laku. Tidak apalah, aku tiada niat nak menggadai sesuatu yang ada "sentimental value" macam tu. Cincin tunang dan kahwin tu pun aku ada sebagai 'cukup syarat'. percaya atau tidak, semasa memilih cincin dulu, aku mengambil masa kurang dari 5 minit setiap satu. lagi lama masa yang aku ambil untuk memilih novel.
Tentang hal Vee jr, aku rasa macam tak perlulah kut... lagipun dia kecik lagi. Bagi aku umur budak 2-3 tahun ni, tak perlu diajar barang 'mewah' seperti itu. Macam akulah, dari kecik tak diajar tentang 'gemerlapan emas', tapi dikelilingi buku-buku dan bahan-bahan bacaan lain. sebab tu sampai sekarang aku lebih banyak menghabiskan duit untuk membeli buku (satu lagi contoh benda yang tak laku digadai! hehehe). Bagi aku, ilmu bacaan adalah sesuatu yang sangat berharga. Vee jr sendiri aku belikan buku seawal umurnya 6 bulan. sebab tu sekarang kalau dibawa ke kedai buku, dia sendiri akan teruja memilih buku. Pantang nampak buku saiz kecil, dia mesti capai.
lagipun sekarang ni banyak sangat kes ragut. Tak perlulah rasanya, kan?
Tentang emas.. selepas terlalu banyak membaca, aku tertarik berkenaan pelaburan jangka panjang. Mungkin, 2012 ini satu tahun yang baik untuk aku mendekati 'emas' yang selama ini aku tak pernah tertarik pada gemerlapannya. Tengoklah..
Wednesday, December 28, 2011
2011 highlight
Aku pun tak berapa nak ingat sama ada 2011 aku ada buat azam baru ke tidak..Mungkin sebab pada akhir tahun 2010 tu aku masih bekerja, dan biasanya akhir Disember dan awal Januari adalah waktu-waktu yang sangatlah sibuk, maka aku tiada masa untuk duduk-duduk atau berbaring bahagia macam sekarang ni sambil memikirkan azam tahun baru. kalaupun ada buat masa tu, sahlah ia tidak berkesan sebab aku tak ingat langsung. Hahaha.
Apapun dalam 2011 ni, aku ada mencapai 2 target jangka panjang yang pernah dibuat dulu-dulu. Jadi, hari ini rasanya aku mahu menoleh dan menyenaraikan kisah-kisah 2011 yang aku kira sangat bermakna.
1) Kerjaya makan gaji
-Aku tak ingat bila buat target ni, tapi aku memang berazam umur 30 tahun adalah tahun bersara aku untuk kerja makan gaji. Walaupun kerajaan bagi umur 60 tahun untuk bersara, tapi aku ambil separuh dari umur tu, terror tak? hihihi.
2)Bisnes
-Ada yang cakap aku gila nak berhenti kerja pada usia muda. Okeylah, ingat aku nak berhenti buta-buta? Sudah semestinya aku ada satu lagi tekad suatu masa dahulu..(rasa-rasanya buat ni time sekolah menengah), umur 30 aku kena ada bisnes sendiri. Atau ayat 'innocent' semasa zaman sekolah dulu = "Menjadi Usahawan yang berjaya". Part "Usahawan" tu adalah kena sipi-sipi.."yang berjaya" tu, belum lagilah. lagipun aku baru 29 tahun, jadi aku ada 2012 (sepanjang tahun) untuk merealisasikannya. Maka, yang ini boleh dijadikan azam 2012 ni. Yang masih blurr tu, aku sebenarnya dah mendaftar perniagaan pada tahun 2009. Daftar saja, tapi bisnesnya 'slow' sebab dikerjakan sebagai 'part-time'. Tapi selepas berhenti kerja Julai tahun 2011 ni, ada banyak peningkatan jika dibandingkan dengan 2 tahun sebelumnya. Maknanya, impian memiliki bisnes sendiri pada usia 30 tahun tu, tercapailah juga walaupun beroperasi dari rumah.
3)Umi
-Hmm..kategori ni tidak banyak berbeza dari tahun sebelumnya, anak masih satu..hehehe. Cuma tahun 2011 ni, aku sebagai ibu dapat melihat banyak perkembangan si Vee jr tu.. Dia ni kategori agak lambat sedikit untuk 'milestone' perkembangan bayi.. kalau dibandingkan dengan sepupu-sepupu sebaya, dialah paling lambat meniarap, merangkak, berjalan, dll. Tapi alhamdulillah, walaupun lambat, dia tetap melalui fasa-fasa itu. Aku biasanya okey sahaja. Cuma aku naik rimas bila ada orang-orang yang datang rumah (atau ketika membawa Vee jr ke mana-mana) dan mula mempersoalkan 'kelambatan' Vee jr... sekarang ni pulak, dia masih dianggap menuturkan bahasa 'alien' di kalangan saudara-mara sebelah my hubby. Tapi sebagai ibu, aku boleh mendengar dengan jelas banyak perkataan bahasa Inggeris yang disebutnya walaupun pelat. bagi aku, ini satu kejayaan besar untuk Vee jr, sekaligus satu kejayaan kepada aku sebagai ibu. jadi, boleh dianggap satu pencapaian jugak lah kan? hihihi.
4)Suri rumah
-Entahlah, yang ni kena tanya suami aku.
5) Penulisan
- aku memang bukan multi-tasker yang baik. Semasa baru bergelar ibu, aku memang terabai bab mengemas rumah. Sekarang ni, kerana mula membuat kek dan biskut, aku agak mengabaikan pen dan kertas aku. Apapun, 2011 ni aku adalah menulis sikit-sikit, 3 cerita sekerat jalan. hihihi. yang penting, 2011 ni aku kembali rajin menulis di blog ini..Kejayaan jugak ke tu?
6)Berat
-Yang ni aku BERJAYA menambah, dan TIDAK BERJAYA mengurangkan. Adalah 1-2 bulan tu dapat turun beberapa kilo, lepas tu tambah balik. hahaha.
Tu saja lah... ada banyak lagi sebenarnya kalau nak diintip satu-satu. Tapi memang lumrah, sebagai manusia kita harus sentiasa menjadi lebih baik dari hari semalam. maka, setiap hari pun kena berusaha.
Namun, ada juga beberapa perkara yang rasanya kurang OK..
1) Nescafe
Aku kembali minum Nescafe secara harian, selepas 3 tahun lebih berjaya untuk tidak meminumnya. argghh.. aku dulu berhenti minum semasa mula-mula pregnant..kemudian masih tidak meminumnya kerana Vee jr yang menyusu badan. baru-baru ni semasa projek macaron ribu-ribu lemon tu, my hubby belikan nescafe supaya aku boleh berjaga. sudahnya, sampai sekarang aku minum nescafe setiap pagi.. =(
2)kartun
aku rasa, semenjak berhenti kerja dan banyak melepak di rumah dengan Vee jr, aku kembali banyak menonton cerita kartun. Insaflah wahai Vidaranieta, tahun depan masuk 30 dah!
Nota kaki: Kesemua gambar dalam entri ini adalah gambar pinjam hasil carian google..
Monday, December 26, 2011
Kurus
hehehe. malam ni sekadar mahu berkongsi gambar kucing dengan kata-kata lucu. Tak tahu kenapa semua orang mahu kurus (termasuk aku). Apatah lagi suamiku spesies kurus, dan anak aku pula ikut genetik bapaknya. maka semakin menonjol kelihatannya aku. Kalau suami aku tu gemuk sikit, boleh juga aku ni dikaburi gitu...hihi.
Sekadar bergurau. Gambar ni dulu semasa zaman kampus, selalu jadi wallpaper PC aku. Tiba-tiba terjumpa pulak di wall orang dalam FB. Tu yang terkenang zaman muda-muda.
Kenangan hari Natal
Walaupun aku beragama Islam dan tidak menyambut perayaan ini, aku tidak boleh menafikan 100% bahawa ada rasa sentimental yang wujud setiap kali tibanya 25 Disember. Dengan ahli keluarga yang lebih 95% beragama Kristian, malah aku sendiri pernah beragama Kristian sebelum memeluk agama Islam, mana mungkin aku bisa mengatakan bahawa tiada memori dalam hidup aku tentang Hari Natal.
Kenangan yang paling kuat rasanya semasa kecil dahulu. Setiap kali menjelang Hari Natal, makcik aku; Aunty Hairin mesti mengajak aku dan abang ke rumahnya di batu 8 (Kampung Ratau) untuk sama-sama merasai kemeriahan Hari Natal. Aku suka ke rumahnya, sebab untuk ke kampung makcik aku tu, kena menyeberangi jambatan gantung yang sangat panjang.

sumber: http://bulehbah.blogspot.com
Selain itu, aku gemar akan hidangan biskut yang banyak serta riuh-rendah rumah yang dipenuhi sepupu-sepupu sebaya. Rancangan TV yang sarat dengan kartun juga memang seronok jika ditonton beramai-ramai. Memang dalam setiap perayaan, budak-budaklah yang paling gembira..
Sekarang, seluruh ahli keluarga sebelah mak biasanya akan berkumpul di rumah salah seorang makcik (adik mak), yang berhampiran dengan rumah nenek. Aku merindui kemeriahan apabila semua ahli keluarga sudah berkumpul. meskipun berlainan agama, talian persaudaraan itu sentiasa masih merupakan satu kekuatan. Tahun ini, (dan sudah banyak tahun) nampaknya sekali lagi aku terlepas peluang berkumpul dengan ahli keluarga..bagus juga, sebab aku belum kurus..hahaha. nanti jenuh dengar teguran mereka yang pasti bertanya tentang tubuhku yang semakin sihat. Patutkah aku menyalahkan bisnes yang sedang aku ceburi sekarang? sedang aku menaip entri ni, aku juga sedang membakar sebiji kek keju.. jadi, memang salah kek aku jadi begini...bolehkah cakap begitu? hahaha.
Mata dah mengantuk, masih ada setengah jam sebelum kek keju yang sudah siap dibakar untuk menjalani proses penyejukan. Lepas tu kena masukkan dalam peti sejuk.
.
Selamat malam semua..
Sunday, December 25, 2011
Si Merah Jambu yang disukai
hehehe..Si Merah Jambu, atau Pinky. Babi lah, atau dalam bahasa sopannya, khinzir. Orang Melayu terutamanya memang sangat sensitif bila perkataan 'babi' disebut. Mungkin penggunaan perkataan ini selalu digunakan oleh masyarakat Melayu untuk tujuan memaki orang, contohnya, "babi kau!" (maaflah ayat-ayat kali ini sangat direct to the point!)
Hai, tiba-tiba sebut perihal si comel merah jambu ni, kenapa?. Dah lama sebenarnya nak tulis entri ni, cuma teragak-agak. Tapi selepas fikir banyak kali, babi tu tak bersalah pun. Bukannya kita kena suruh benci khinzir pun, cuma kalau terpegang tu, kenalah samak. Itu sahaja. Dan, dagingnya tak boleh dimakan.
Kenapa tajuknya begitu? Si Merah jambu yang disukai, (walaupun bukan semua babi merah jambu..). Kalau anda seorang penggemar kartun macam aku, anda pasti perasan watak khinzir ni selalu ada peranan. baiklah, yang pertama dan paling aku suka, Piglet.
inilah Piglet dalam cerita kartun My Friends Tigger and Pooh yang ke udara di channel 613 suatu ketika dahulu. Aku menunggu-nunggu juga musim terbaru cerita ni, tak keluar-keluar. Dulu setiap jam 8 pagi, aku dan Vee jr mesti terpacak depan TV menonton kartun ni. Piglet ni wataknya sangat lembut dan agak penakut, serta bersopan-santun. Dia juga suka menyanyi. wah, kenal saja aku dengan si Piglet ni. Pengalaman aku dengan si Piglet? Hmm..dulu masa kerja di farmasi, ada jual hand sanitizer yang menggunakan watak-watak Disney sebagai jenama. Hand sanitizer dengan gambar Si Piglet ni biasanya orang Melayu tak nak beli, walhal semuanya sama. tapi musim H1N1 dulu, orang dah tak kisah. hahaha.
kedua, Zooter.
Zooter ni dalam kartun Jungle Junction, masih di channel 613 Astro. Kalau selalu tengok, memang perasan yang dia adalah watak utama dalam kartun ni. Dia paling suka dengan lopak lumpur.
Ketiga, Pig dalam kartun Word World.
Walaupun dia terror memasak serta ada rancangan TV sendiri dalam cerita kartun Word World, aku tak nak makan masakan dia..hahaha. Tapi Blueberry Pie yang dia buat memang nampak sedap!
Keempat, Porky yang selalu dengan Bugs Bunny.
kalau korang tengok cerita Bugs Bunny, mesti kenal Porky ni. Dan, kalau dah banyak sangat tengok kartun, mesti kamu kenal ni juga,
Three Little Pigs
setakat ini sahajalah cerita aku hari ini. Babi @ khinzir ni, memang comel dibuat sebagai watak kartun. Secara jujur, aku tidak bermasalah dengan binatang ni. Walau apapun, ia masih ciptaan Allah yang Maha Esa. Jadi, jangan menghina binatang ni. Dia cuma babi, itu sahaja. Dia tiada kesalahan pun untuk dibenci.
Friday, December 23, 2011
Pagi
Huargh..................................
Huargh.....aduhai..ngantuk sungguh.
tak mampu nak menaip entri.
Selamat pagi.
Huargh.....aduhai..ngantuk sungguh.
tak mampu nak menaip entri.
Selamat pagi.
Thursday, December 22, 2011
Gitar
Okey. akhirnya betul juga kepala ni.
Semuanya jadi ok selepas mendengar lagu Amy Mastura - Happy. kan betul, kalau kita memilih sesuatu yang positif dalam usaha melawan negatif, insya Allah akan ok.
Aku baru sahaja tulis dalam status FB aku, nak beli gitar. kalau orang yang baru kenal aku, (termasuklah suami aku yang kenal aku selepas aku berhenti main gitar), tentu gelakkan aku. Dah nak masuk 30 tiba-tiba nak main gitar. Anyway, bagi orang yang kenal aku sekitar 90-an, tentu tahu kenapa aku mahu membeli gitar.
Aku mula belajar gitar dari abang aku, tak payahlah sebut abang mana satu...ada sorang saja pun, si Awinata tu. hehehe. Masa tu tahun 1996. Mula-mula dia ajar 3 kod sahaja. sampai menggelupaslah kulit jari-jemari sebab dok menekan tali gitar yang keras, gitar kapok pakcik aku.
Gitar pertama aku (dan belum ada kedua sehingga sekarang), dibelikan ayah di tahun 1998, sebagai hadiah PMR aku yang dapat result 'malatup' cantik memang the boom.hehe. best juga guna ayat-ayat 'yo-yo ooh' ni. Masa tu dapat A semua, jadi ayah pun suruh pilih nak hadiah apa. Sebenarnya abang aku yang 'meracun' aku masa tu suruh minta gitar. memandangkan aku pun pada masa tu tengah 'blues mood' sebab semua kawan-kawan aku berhijrah ke sekolah berasrama penuh (dan aku memilih untuk menolak mana-mana tawaran), aku pun ikut sajalah cadangan bernas abang aku tu. sebab tu dia yang terlebih 'excited' main gitar tu banding aku sendiri. sampai patahlah gitar tu, aku pun tak tahu apa yang dia dah buat, hahaha. Masa tu pun aku dah 'slow' dengan gitar sebab sibuk dengan life, entahlah life yang macam mana. Tapi seingat aku, hobi-hobi berfaedah macam gitar, taekwondo, menulis, dan yang sewaktu dengannya sedang aku 'start' abaikan pada waktu itu.
Masuk Unimas, aku ada beberapa kali pinjam gitar dari budak lelaki. Tapi macam ada 'badi' pulak, aku agak malas nak main gitar. Mungkin pada masa itu sudah banyak not yang aku lupa dan pada masa yang sama aku tiada sumber untuk 'recall' kembali semuanya...(walaupun internet ada..). Dulu-dulu aku biasa tengok abang aku main style 'plucking' (entah betulkah tidak istilah ni..abang aku yang ajar), lepas tu aku ikut. aku suka petik satu-satu tali gitar tu, bukan main sambil nyanyi. Mmm.. maksud aku style main gitar macam dalam videoklip ni:
that's it! Only plucking it.
Dulu aku paling suka mainkan lagu Titanic.(wonder if I could still remember how to play that song now?).
Lepas tu lagu Another You - Cromok.
Yes! I could pluck the guitar exactly like this (another you song) 13 years ago. Haha. Aku dah start rindukan gitar lepas tulis semua ni.
Ya, rasanya aku kena beli gitar. Aku merindui hobi ini.

Happy
Dari tadi aku mahu menulis sesuatu.
Namun yang hanya mahu muncul adalah puisi-puisi hati yang tidak harus tertulis pada laman ini.
Maka, aku mencari buah fikiran yang lain, yang kurasakan lebih harus menjadi perkongsian di sini. Susah bukan, apabila mahu berbicara... sedang dalam pada masa yang sama hati kita bermain-main dengan sesuatu yang lain. Mujur saja blog ini boleh memberi masa kepada penulisnya untuk berfikir sebelum menekan butang 'publish'. Kalau sahaja di alam realiti kita sentiasa mampu menimbang sebelum 'publish' setiap kata-kata, dan menekan butang 'backspace' selepas beberapa baris kata ditulis sebelum menjadi tatapan umum...kalaulah semudah itu.
Makanya,
aku masih harus mencari sesuatu agar bisa menghentikan keluh-kesah ini. Seperti yang pernah kukatakan, keluhan-keluhan negatif bukan sesuatu yang baik untuk memulakan hari.
Maka lagi...
dengarlah lagu ini.
moga-moga sahaja ia bisa membuat kita semua happy.
Labels:
amy mastura,
lagu,
lagu happy,
monolog
Tuesday, December 20, 2011
Mengenang Kau Laksana Bulan
Kau Laksana Bulan.
Antara banyak novel Aina Emir, aku paling suka yang ini. Pertama, tajuknya. Sekali pandang, hati terus rasa tergamit. Kemudian jalan ceritanya yang kebetulan pada waktu membelinya, begitu menarik hati. Bukan watak si Firas atau Adrianna, tapi lokasi cerita dalam novel ini. Pada waktu itu, aku baru sahaja memulakan hidup di Tanah Melayu, dan lokasi di dalam novel ini 80% sama dengan lokasi-lokasi yang baru kujejaki pada masa itu.
Sekarang ini, novel ini sudah diangkat ke kaca TV. Dilakonkan oleh Ayu Raudhah, Zul Huzaimy, Fizo Omar & Ashraf Muslim. Aku jarang mengikuti cerita dalam TV ni, sebab agak sibuk dengan perkara lain. Vee jr pulak nak tengok channel 613. Lepas tu drama ni di rangkaian TV bukan milik Astro. kalau kat Prima, Citra ke...adalah peluang menonton cerita yang ditayangkan berulang-ulang macam cerita Kiah Mai Pulak, drama bersiri komedi kegemaran suami aku.
Sebenarnya aku sengaja memanjangkan ayat-ayat di atas. Cerita yang sebenar aku nak cakap, tiap kali aku pandang novel Kau Laksana Bulan ni, aku mesti tersenyum sendiri terkenang kisah lama, iaitu ketika membeli novel ni. Bukannya tak pernah beli novel, dah berpuluh-puluh. Karya Aina Emir memang jadi kegemaran. Tapi novel ini satu dalam seribu. Novel ni aku beli pada hari pertama kali aku setuju untuk terima pelawaan suami aku untuk keluar bersama (baru-baru rasa nak buka hati dengan dia). Stop, aku tak nak cerita lebih-lebih. haha, segan. Tapi kalau korang tanya suami aku, confirm dia tak ingat. hampeh.
Apapun, novel ni memang best. Bacalah, tak rugi punya!

Sunday, December 18, 2011
bagaimana jika
bagaimana jika watak utama yang diangkat itu bukan hero? Ya, klisenya kalau ada pasangan bercinta, yang perempuan jadi heroin dan si jejaka pasti jadi hero..dan teman-teman sekeliling jadi watak-watak pembantu. Batu halangannya pula kalau tidak teman-teman yang cemburu, pasti bekas-bekas kekasih atau terdiri dari ahli keluarga sendiri. (sedang terlalu banyak menonton tv)
Aku sedang kebosanan sebenarnya... walaupun ada pesanan-pesanan kek dan macaron perlu disiapkan, nampaknya hari ini aku bukan dalam keadaan yang baik untuk berdepan dengan mesin pengadun.
Hujung-hujung minggu begini, mungkin aku harus tidur sahaja bersama Veenea.

Saturday, December 17, 2011
Tentang Ombak Rindu
Aku baca ni dalam paper, hangat juga. tentang filem Ombak Rindu lah..Tentang isi hati penulis novelnya yang kurang berpuas hati dengan bayaran diterima.
Terus-terang aku kurang arif tentang terma dan syarat pembikinan filem. Tapi, secara peribadi aku hendak menyuarakan bahawa aku setuju, bayaran penulis harus diberi wajar dengan kutipan filem. Penerbit filem ni tidak boleh menafikan sama sekali bahawa lebih dari separuh peratusan kejayaan menarik penonton, adalah disebabkan novel itu sendiri. Tidak keterlaluan jika aku mengatakan, filem itu tidak lebih sekadar sebuah lagi filem biasa jika tidak disebabkan novel itu...novel yang diulang cetak sehingga 23 kali. Walaupun bukan penulis asal yang menulis skrip..tapi, hey! kamu sedang menggunakan idea dan karya orang lain untuk membikin filem! Itu bukan idea asli kamu, dan watak-watak itu bukan ciptaan kamu! Korang dah kaut berjuta-juta, tapi bagi RM4ribu je dengan penulis asalnya.. come on lah.
Tentang garapan watak dari novel ke filem yang mungkin sedikit berubah, itu pada aku terpulang pada penerimaan masing-masing. Ya, memang bukan 100% dari novel boleh diletak sebijik dalam filem. Tapi aku amat memahami perasaan si penulis apabila watak ciptaannya diubah oleh orang lain. Seorang penulis biasanya menganggap hasil karyanya umpama 'anak', malah mungkin menganggap setiap patah di dalam novel itu sangat penting dalam menggambarkan jiwa watak itu sendiri. Aku sendiri bila membaca novel atau menonton filem, aku akan baca/dengar setiap patah perkataan sebab aku faham mungkin ada patah-patah perkataan yang si penulis sangat berharap agar dihayati oleh pembaca/pendengarnya.
walaupun aku bukan penulis ternama dan masih belajar bertatih, tapi aku rasa tidak senang selagi tidak menyuarakan isi hati sendiri. Moga-moga rezeki si penulis melimpah ruah pada hasil cetakan bukunya. Tapi bagi aku, si penulis harus mendapat imbuhan yang lebih dari pembikin filem itu sebagai tanda menghargai idea cerita luar biasanya yang mampu menarik ribuan pembaca, dan jutaan penonton ke panggung.

Friday, December 16, 2011
Pengalaman Macaron
Akhirnya, aku kembali ber blogging setelah banyak hari bergelumang dengan ribuan macaron, lebih tepat..4860 biji macaron. Ia sebenarnya berakhir 14 haribulan lepas. Namun, dek keletihan teramat sangat ditambah dengan tangan kanan yang sedikit bengkak dan masih sakit sampai sekarang... maka aku terpaksa menghindari laptop beberapa ketika.
Sepanjang menyiapkan projek macaron ni, aku sebenarnya belajar semakin banyak tentang macaron. Sebelum ni, aku ingat aku dah expert dengan macaron, namun dari batch ke batch setiap macaron ternyata memberi pengalaman berbeza kepada aku. Terutama sekali berkaitan dengan keadaan meringue yang berbeza-beza. Memang kita sentiasa mengharapkan meringue yang sempurna apabila membuat macaron. Namun tidak semua akan terjadi seperti yang selalu kita harapkan. Inilah ketikanya kita perlu mengawal suhu oven dengan cara yang berlainan. kesimpulannya, semakin banyak, ia membuatkan aku sedar bahawa proses pembelajaran itu tidak akan berhenti. Sampai terkeluar dari mulut aku semalam, ilmu macaron ini harus dibukukan.hahaha. Yelah, macaron dikelaskan sebagai antara juadah yang paling susah dibuat di dunia ini.
Macaron yang sempurna, sememangnya bukan mudah dibuat. Ia bukan berkenaan resipi. Resipi macaron bukan rahsia, malah bersepah jika di'google'. Resipi yang aku gunakan sendiri juga hasil carian google. Ia bukan berkenaan bahan-bahan yang sememangnya diketahui; putih telur, gula icing, gula, air, tepung almond. Tiada yang rahsia pada bahannya. Ia berkenaan kemahiran dan fokus yang tinggi semasa membuatnya. Aku tidak boleh diganggu terlalu banyak ketika menyiapkan macaron ini. Gangguan membuatkan macaronku turut terganggu hasilnya. Cuaca (berkaitan dengan suhu) turut sama mempengaruhi. Mungkin inilah yang menimbulkan cerita dongeng bahawa macaron tidak jadi di kala hujan turun. Ia bukan berkaitan dengan air hujan, tetapi dengan keadaan suhu.
Okeylah, sebenarnya keletihan membuat macaron masih belum hilang...Patutlah mak aku cakap, aku kena tidur seminggu bagi menggantikan semula tenaga yang hilang. Esok-esok kita cerita lagi. Selamat malam.
Wednesday, December 14, 2011
Chaiyok!
Aku sedang berusaha menyiapkan macaron-macaron yang beberapa batch lagi... Today is third and last delivery. ya.. chaiyok!
p/s: mengantuk dan keletihan teramat sangat!
p/s: mengantuk dan keletihan teramat sangat!
Friday, December 02, 2011
Cabaran Bermula
Hari ini bermula cabaran menyiapkan macaron beribu-ribu lemon tu. Perlu bangun awal, sebab walaupun dalam "Progress Chart" (chewah, siap ada carta..) mula jam 7.00am, tapi dah niat nak mula lebih awal kalau boleh. Tengoklah, kalau Vee Jr tak buat hal pagi-pagi ni. Moga dipermudahkan.
Malam tadi dah siapkan semua benda-benda asas. Walaupun sekarang ni musim hujan, tapi aku perlu yakinkan diri bahawa cerita dongengan kononnya macaron tak jadi di kala hujan turun tu hanya dongeng semata-mata.
Okeylah, aku nak memulakan hari yang penuh bermakna ini. Salam Jumaat.

Thursday, December 01, 2011
Hello Disember!
Mungkin 2 minggu pertama dalam Disember ini, aku akan sibuk dengan tempahan macaron dan ketiadaan masa untuk menulis entri, apatah lagi novel. Menjelang 13hb, aku perlu menyiapkan beberapa ribu biji macaron. Berderau kepala aku memikirkannya. Hari ini kena membeli barang-barang..Basuh telur ayam yang berpuluh-puluh biji, dan kena asing putih dan kuning. aku rasa lah kan...sepanjang Julai-sekarang, jumlah telur ayam yang aku pecahkan lebih banyak berbanding seluruh telur 29tahun aku hidup sebelum ni, hahaha. Laki aku pun risau kalau-kalau aku tak mampu menyiapkan tempahan, memandangkan selama ni paling banyak pernah aku buat 500biji dalam 4 hari. Insya Allah.. kena kuat semangat dan fokus.. FOKUS!!
5hb-10hb ni pulak mak, ayah dan Linda nak datang bertandang ke rumah. Maknanya, masa perlu dirancang dengan sebijak-bijaknya. Veenea, nampak gayanya kena hantar ke rumah pengasuh dia sepanjang menyiapkan macaron...tak jauh pun, depan rumah sahaja. Bagus juga, boleh dia bermain-main dengan abang-abang dan kakak dia. Kadang-kadang kasihan pula tengok dia sorang-sorang di rumah ni. sampai sekarang dia masih belum lancar bercakap. Aku perasan, kalau lagu dia senang nak ikut. Tapi kalau bercakap, agak payah...takkan nak menyanyi-nyanyi kut nak bawa dia bercakap, jadi macam drama muzikal pulak nanti...hahaha..
Aku nak bersiap keluar lepas ni...macaron oh macaron... ya, kena kuatkan semangat! Moga-moga dalam kesibukan mengadap cik-cik macaron nanti, aku masih ada masa untuk mengunjungi blog ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)