Pages

Sunday, January 29, 2012

AJL-26


Semua pun dah tahu siapa juaranya tahun ni..ada bantahan? Tahun lalu rasanya banyak juga cakap-cakap tak puas hati dengan kemenangan Ana Raffali.
Bagi aku, kemenangan lagu  tahun ni, awan Nano memang patut!

Direct to the point, secara peribadi, aku gemari persembahan Aizat Amdan tadi; Sungai Lui. Sebabnya, semangat yang dia bawa ketika mendendangkan lagu tersebut; sangat enjoy! Semasa finalis-finalis lain penuh dengan drama dan mimik wajah berbagai, dia sangat bersahaja. Bunyi angklung tu pun memang penyeri semulajadi, siap dengan persembahan melukis secara 'live' gitu.  walaupun dia tidak menang apa-apa, tapi persembahan dia ada kekuatan tersendiri.
Tapi tidak dinafikan, aku ternanti-nanti juga gimik yang dipersembahkan Faizal Tahir..kalau dulu lemas dalam air, kali ini piano terbakar pulak! Yuna dan Jacklyn dengan kekuatan vokalnya...alyah dengan gaya penuh emosi, menjiwai lagu.. Hafiz dengan baju 'selebet'nya..tak payah sponsor baju, hihi. Najwa latiff dengan gitarnya.. yang lain bagi aku biasa-biasa sahaja.

Rasa macam kurang pulak, si Ally Iskandar tiada kali ini, maklumlah...masih pengantin baru..hihi. Kali ini aku 'alert' lebih awal tentang AJL yang disiarkan secara langsung sebab Encik Suami mengingatkan... dia ni kalau bab-bab AJL, majalah 3, Melodi, Galaksi..memang dia ingat. Aku cuma ingat rancangan Merlin dan Princess Atsu sahaja. =p

Jangkaan juara? Susah juga nak teka pada mulanya, sebab semua lagu pun ada 'kelas' tersendiri. Kalau aku disuruh pilih, mungkin aku pilih Awan Nano atau Sungai Lui..sebab liriknya. maklumlah, aku sendiri memang sangat menitikberatkan bait-bait lirik. Lepas tu lirik lagu mesti sebati dan rasa 'mengalir' bersama iramanya. Bagi aku, kekuatan sesebuah lagu itu sama penting antara irama dan lirik. Kesudahannya, salah satu pilihan aku ni juga yang menang. Tabiklah sifu M Nasir, yang masih bisa membikin lagu yang menyengat jiwa.

persembahan selingan pulak..pun biasa-biasa..walaupun ada bunyi 'guruh' semasa Jamal Abdillah membuka persembahan. Penampilan Hazama, Black dan Lan pun, aku rasa macam biasa..walaupun vokal mereka mantap. Seperti tahun sudah, Ramli MS memang cemerlang dalam menyusun muzik mengiringi persembahan. Muzik rasa 'penuh' dan sangat harmoni.

Rajin pulak aku mengulas..haha. Bukannya apa, sebelum ni biasanya dapat tengok sekerat jalan sahaja sebab mesti terkena time kerja. Duduk rumah ni bolehlah tengok dari mula-habis, walaupun Vee Jr banyak kali hulur remote suruh tukar channel. Sudahnya, aku bagi dia remote control + kereta, dia pun tergelak layan kereta sport sampai habis rancangan.

Keputusan AJL-26:

1) persembahan terbaik -  Kisah Hati (Alyah)
2) Vokal terbaik - Awan Nano (Hafiz) - juara bertahan!
3) Lagu ke-3 - Karma (Faizal Tahir)
4) Lagu ke-2 - Beribu Sesalan (Shila, Ning, jacklyn)
5) Juara Lagu - Awan Nano (Hafiz)

Hafiz, cayalah... walaupun pakai baju buruk dengan rambut serabai...bisa menang juga.
(Tadi dia pakai t-shirt biru lusuh dengan seluar track senget macam dalam vklip..)

0 comments:

Post a Comment