Hidup ini umpama penguin...

Tuesday, January 17, 2012

Breastfeed (bf)

Menyusukan baby. Kalau tengok sebelah kanan ni, korang boleh nampak timeline aku menyusukan Veenea..dan masih lagi. walaupun sekarang dia dah nak masuk 3 tahun. Dia susah nak berhenti. Macam-macam cara aku cuba untuk bagi dia berhenti.

kadang-kadang rasa tak sampai hati sebab aktiviti bf ni macam satu keadaan yang bagi dia comfort. Dia akan senyap, 'kecikkan' badan dia yang dah semakin panjang. Boleh senyum-senyum sambil boleh picit hidung umi dia. Tu yang buat timbul rasa kesian..Rasa macam dia masih baby pulak..hihihi.

Masuk 2012 tu semakin kerap aku cakap kat Veenea supaya berhenti menyusu, dia angguk-angguk tapi masih juga menyusu. Tak tahulah angguk tu tanda faham ke apa. Ada masanya dia mengamuk kalau aku cakap perihal jangan menyusu lagi. Yelah, sejak lahir dia memang menyusu sepenuhnya. 0-10bulan dia minum susu umi. Start 10 bulan dia minum sikit-sikit susu formula, tapi masih prefer susu umi..biasanya masa tu bekal susu dengan pengasuh, kalau menyusu tu 5 kali..4 kali susu umi, 1 kali susu formula. Lepas 1 tahun, bagi susu formula di rumah pengasuh, balik rumah dia nak susu umi sahaja. Kalau cuba bagi susu botol semasa di rumah, memang dia campak. Dah dekat 2 tahun barulah dia nak terima susu formula yang umi dia buat, tapi masih prefer susu umi sepanjang malam.

Orang cakap kalau bagi bf baby, badan cepat turun..aku tengok tak turun-turun pun..hihi..

2 comments:

  1. teruskan selagi mampu :)) badanku semakin dipam2..kih3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oohh..perlu dihentikan. macamana nak bagi dia adik kalau masih tak 'berdikari'? =p

      Delete