Sebut sahaja perkataan cinta, semua pun pasti terbayang tentang perasaan antara lelaki dan perempuan. Mungkin ada yang teringat akan insan-insan yang dikaitkan dengan cerita percintaan, seperti Romeo dan Juliet...atau Uda dan Dara. Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang, atau Izzah dan Hariz dalam Ombak Rindu..hehehe. Pendek kata, antara lelaki dan perempuan yang rapat, sering sahaja dikaitkan dengan perkataan 'cinta'. walaupun kadangkala kerapatan itu tidak bermakna cinta, ada-ada sahaja gossip yang mengatakan itu sebagai cinta.hmm, kalau terkena memang tension gila...
kemudian, simbol hati (love) memang sering digambarkan sebagai ekspresi cinta. Kadang-kadang siap ada anak panah tembus di tengah-tengah, entah apa-apalah. Kalau diamati pula tema kebanyakan lagu, rata-ratanya menjadikan cinta sebagai pilihan. Dari dahulu sampai sekarang, lagu cinta jadi kegemaran. bayangkan, beribu-ribu lagu dicipta yang bertemakan cinta namun tiada perasaan jemu untuk mendengar. Ini bermakna jiwa kita sebagai manusia memang sangat sinonim dengan perkataan 'cinta'.
Siapa tidak pernah dengar perkataan cinta? Kalau tidak pernah bercinta sesama insan, sekurang-kurangnya kita ada perasaan cinta terhadap Pencipta dan Nabi kita. Kalau yang ada jiwa patriotik yang kuat, pasti ada kecintaan terhadap negara.
Itu sahajalah tentang cinta hari ini..kalau nak dikupas, memang panjang berjela lagi..ada cinta indah, ada cinta bertepuk sebelah sahaja, malah ada cinta yang sangat menyakitkan. Moga-moga cinta yang indah sentiasa menyelubungi hidup kita. Mari kita dengar lagu cinta dari Amy Mastura ni..
0 comments:
Post a Comment