Pages

Tuesday, January 24, 2012

isteri atau suami

Dalam rumahtangga, bila isteri tidak (sempat) memasak, atau lambat balik rumah (sebab kerja overtime) atau bermalas-malasan di hujung minggu (selepas 6 hari bekerja overtime).. Badan sudah tidak "segitar" zaman bercinta..dan dilabel "pemalas" pulak. maka, lelaki (Melayu terutamanya) mula mencari alasan berkahwin lain.
Betul?
Dapat pulak mak yang menyokong, siap label menantu perempuannya "b*d*h" kerana tidak tahu menjaga hati suami. Bab yang ini tak payah cakap, sebab kalau tengok drama Melayu, memang 'famous'.

Kita mahu cerita bab si suami pulak.
kalau dia buncit/boroi, itu tanda 'prosperity'. Malah ada mak si lelaki yang merungut kalau anaknya tidak gemuk-gemuk selepas berkahwin.. aku tak paham kenapa isu ini harus jadi kemestian pada perempuan untuk kurus dan tidak diletak sekali pada kaum lelaki.

Pernah atau tidak si suami membantu (dengan baik-baik a.k.a romantis) si isteri di dapur...terutamanya jika isteri sudah membantu si suami menanggung perbelanjaan keluarga. Kalau isteri sudah menghulur duit, kenapa suami tidak mahu bertanggungjawab memegang sekali sudip di dapur? sebab tiada keturunan mak bapak dia sebelum ni buat kerja di dapur?  Bolehkah si isteri membalas sekali, dulu-dulu pun tiada suami yang bagi isteri dia bekerja menanggung keluarga?

Paling penting, bila isteri 'naik tocang', benarkah itu salah isteri?
Pernahkah si suami mendidik si isteri dalam erti kata benar-benar mendidik?
Pernahkah si suami membentuk keluarga yang benar-benar keluarga?
Jangan label isteri yang bersalah jika si suami sendiri tidak pernah mengimami solat keluarganya. Jika si suami hanya bersikap 'lepas tangan', merungut belakang, mengharapkan isteri berfikir sendiri... dan membiarkan ahli keluarga lain campur tangan hingga mengaibkan isteri sendiri...suami itulah yang dayus sebenarnya. Sebagai suami, dialah yang harus memimpin keluarga dengan ketegasan dan penuh kasih sayang. Suami sebegini bakal membentuk isteri yang taat dan anak-anak yang soleh.Dalam membentuk permuafakatan, perbincangan dari hati ke hati itu sangat penting.. Jangan sesekali menipu isteri.Jika suami perlu berjumpa perempuan lain, sila beritahu isteri anda walaupun kawan yang dah lama kenal atau sepupu sendiri. Kadang-kadang, yang mungkin melihat suami yang tengah bersama-sama perempuan tu orang lain, tapi yang akan sampai ke telinga isterinya akan menjadi lain..maklumlah, masyarakat kita ni paling suka menambah perisa dalam cerita. Kalau dimaklumkan awal-awal kan, bagus. Lagipun tidak perlu terlalu rajin membantu wanita-wanita lain di luar ; tolong servis kereta, menyibuk sakit-sihat keluarga... sebelum si suami benar-benar dapat membimbing dan menjaga hati fizikal isteri dalam erti kata yang sebenar. Hati isteri itu 'mudah pecah' dan 'mudah hancur' bila kepercayaannya dipermainkan. Kemodenan tidak sesekali memberi lesen kepada suami dan isteri untuk mengikuti cara Barat yang bebas bersosial dengan lelaki/perempuan bukan muhrim di luar...walaupun dengan telefon atau sms, apatah lagi bertemu mata. Tolong JUJUR.

Kalau suami sendiri kaki lepak kedai kopi, balik rumah cuma tahu tidur, tiada istilah pengisian rohaniah dalam keluarga, maka..jangan sesekali menuding kesalahan pada si isteri. Pembentukan sebuah keluarga itu sebenar-benarnya bermula dari suami.. imam dalam sebuah keluarga. Bukan bermakna harus menjadi 'pak ustaz'...bila suami menikahi isterinya dengan penglibatan hukum agama (lafaz akad dan nikah), maka dia harus 'memegang' isterinya berlandaskan agama. Itu tanggungjawab yang tidak boleh dinafikan.



lain macam bunyi entri kali ini?  cuma memberi pandangan pada isu sesetengah(sahaja) keluarga Melayu yang berpandangan tipikal...seolah-olah suami itu 'maksum' dan tiada kesalahan dalam keluarga.

0 comments:

Post a Comment