Alhamdulillah, pagi ini indah sekali. Walaupun masih tidak sihat, tapi sangat bersyukur sebab masih diberi peluang terus menghirup udara pagi. Sekarang ni Vee Jr masih tidur lagi, malam tadi buat perangai lagi. Jam 2am dia masih menyanyi-nyanyi twinkle-twinkle little star sambil berbaring atas kaki Daddy dia.
Pagi ini, my hubby belikan nasi lemak polis (sebab yang jual tu isteri seorang anggota polis) sebab dia nampak aku tak larat nak masak. Baju pun dia gosok sendiri, hehe..suami mithali betul.
Sebab hari ini pun masih kurang sihat, rasanya nak rehat sahajalah...Nak tulis, idea tu ada cuma tidak mampu memproses perkatan-perkataan yang sesuai untuk dijadikan ayat. Cuma semalam aku menghabiskan masa membaca artikel-artikel tentang gravity hill. Kalau nak tahu apa benda tu, cubalah Google...memang cerita menarik.
Setakat ni di Tanah Semenanjung aku tak jumpa lagi tempat yang ada fenomena Gravity Hill, tapi di Sabah setakat ni ada 2 tempatlah yang aku pernah dengar. Ia satu fenomena di mana kereta (dalam keadaan free gear) boleh bergerak menaiki tanah bukit. Aku percaya perkara ni tidak ada kena mengena dengan hukum graviti, ia cuma ilusi optik alam semulajadi..cuma ada beberapa artikel yang membahaskan bahawa fenomena Gravity Hill ini sesuatu yang tidak boleh dijelaskan dengan ilusi optik semata-mata. Kalau ada kesempatan, nanti aku cuba muatkan tajuk itu sebagai entri di masa akan datang sebab air hidung ni dah nak meleleh..mata pun berair.. tak larat... Dalam tak larat tu masih lagi nak memikirkan 'masalah' kaitan Gravity Hill dan hukum fizik...hehehe..mentang-mentanglah pernah belajar fizik.
Okeylah, selamat pagi semua..
0 comments:
Post a Comment