Hidup ini umpama penguin...

Thursday, January 26, 2012

pesanan untuk kaum suami

Salam,
Entri semalam mungkin lebih kepada pandangan peribadi. Hari ini kita kongsi pula pesanan daripada Rasul kita..

Rasulullah saw dalam hadisnya bermaksud;
“Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya”.

Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat.
Riwayat Bukhari
Ini yang aku maksudkan semalam...Nabi sendiri membantu isterinya membuat kerja-kerja di rumah, dan dia juga membimbing keluarga di jalan agama.

0 comments:

Post a Comment