Bahasa lagi.
Penggunaan kata gantinama 'aku' atau 'saya'?
Di kalangan keluarga di Sabah, sudah tentu aku menggunakan 'saya'.
Tapi, ada sesetengah kawan penggunaan 'aku' digunakan. Kalau guna 'saya', mahu diaorang tepuk bahu aku dan mengatakan ia janggal. Ada juga kalangan kawan yang biasa dengan penggunaan 'saya', jika aku menggunakan 'aku', seolah-olah itu satu kebiadapan. Antara aku dan suami, kami biasa menggunakan 'aku-kau', selang-seli dengan 'sayang-abang'.
Mungkin ada berpendapat aku tiada pendirian dalam penggunaan perkataan. Bagaimana ya? Sepanjang hidup aku, aku berkawan tidak mengenal bangsa. Teringat semasa zaman asrama dulu, ketika itu aku perasan ada 'puak' atau 'kumpulan' dalam komuniti asrama dan ia mengikut bangsa. Satu puak ini biasa menggunakan 'saya', yang satu lagi 'aku'. Aku boleh 'masuk' mana-mana kumpulan, dan aku tidak suka menimbulkan konflik..maka aku akan berkomunikasi mengikut keselesaan dan kesesuaian..bak kata orang, masuk kandang kambing mengembek...masuk kandang harimau, mengaumlah.
Keadaan aku yang hidup di banyak tempat juga mengajar aku untuk menyesuaikan diri. Dalam kejiranan sekarang yang kawan-kawan terdiri daripada orang Utara (walaupun tinggal di Selangor), aku kadangkala menggunakan perkataan 'hang-kami-depa'. Semasa belajar di Sarawak dulu, aku belajar menggunakan perkataan 'kamek-kitak'. Semasa bekerja dahulu, ada sesetengah kawan yang selesa dengan 'I-you'.
Sesetengah kumpulan pernah mengatakan 'meluat' dengan sesetengah penggunaan gantinama yang mungkin bukan kebiasaan mereka, contohnya kumpulan yang biasa pada 'saya-kamu', beranggapan 'kau-aku' itu biadap..atau 'I-you' kedengaran berlagak. itu baru pengunaan kata gantinama, belum lagi masuk 'dialek' yang memang ada berpuluh-puluh jika mahu dibilang satu-satu.
Pendapat aku? Terpulang...Bahasa adalah bahasa.Hati adalah hati, niat adalah niat. Bumi ini luas, geografi berbeza-beza. Paling penting, jika berkomunikasi harus minimakan salah faham...Biar dua-dua faham.
Saya atau aku? dua-dua sama pada aku. Cuma penggunaan 'aku' lebih kerap pada blog ini, semata-mata untuk mencipta keseragaman. Tidak perlu terlalu taksub, kerana kita ini punya latar belakang berbeza-beza...
kalau saya kan, aku atau saya tu ok sja.but ada certain people,kalau saya guna "aku" dia ckp biadap..last2x saya guna I-You...
ReplyDeletepelik betul...
hehe..betul bah, mana-mana pun ok.
Delete