Pages

Sunday, January 01, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Semalam tidak sempat menulis apa-apa entri sebagai post terakhir di 2011 dek kesibukan menyiapkan kek ais krim yang ditempah pada saat akhir..Tak sibuk pun sebenarnya, sebab hubby yang buat..hehehe.

2012 ni dimulakan dengan membeli-belah di Guardian Semenyih, sebab aku selaku ex-staff memang tahu setiap 1 Januari pasti ada tawaran harga yang menarik. Dapatlah beli susu Vee Jr dengan harga lebih murah. Lepas tu ada percuma baucer RM15. Jimat sikit beli barang-barang lain. Kenalah sikit dengan salah satu azam baru, nak berbelanja dengan bijak (kononnya..hihi)..

Cakap pasal azam baru, aku cuma berharap tahun ni merupakan tahun yang lebih baik untuk kami sekeluarga berbanding tahun-tahun yang sudah.
Okeylah, selamat tahun baru 2012 semua.

0 comments:

Post a Comment