Pages

Thursday, January 26, 2012

Tentang Siti


Hari tu aku menonton History Channel tentang Siti Nurhaliza.
Aku bukanlah peminat Dato' Siti, cuma sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang membesar dengan lagu-lagu serta perkembangan dirinya, aku tidak boleh untuk tidak mengetahui tentang diri beliau. Ada juga beberapa buah lagu dendangan Dato' Siti yang memang sedap didengar. Aku pula cuma suka-suka begitu sahaja pada lagu-lagunya sebab kod suara dia tinggi, aku tak boleh bawa lagu dia..hahaha..

Siti Nurhaliza. Sepanjang aku membesar, aku menemui 3 golongan;peminat Siti, anti-Siti, neutral. Aku yang ketiga kut rasanya. Tak kesahlah mana-mana pun golongan kita, tapi Siti Nurhaliza memang hebat. walaupun ada yang mengutuk bahasa Inggerisnya, ada yang cakap dia ni kampungan, malah ada yang cakap suara dia biasa-biasa...tapi dia ada aura, malah bertahan auranya...bukan bermusim.

Okey, pertama...rasanya dia artis pertama dengan vokal yang merdu sebegitu (walaupun ada yang tidak suka). Kedua, dia gadis dari kampung dan sehingga dewasa dia tidak pernah menjadi 'orang lain'..pada mata akulah... Tidak kiralah dia tu skema, ada yang cakap lemah-lembutnya dibuat-buat... Tapi dia konsisten, bukan? memang ada satu tahap banyak kelemahan/keburukan yang sampai di telinga aku (dari golongan anti-Siti), sampai tidak dinafikan ia sedikit-sebanyak mempengaruhi pandanganku terhadapnya. Memang begitu bukan, bahayanya bahana umpatan dan fitnah. Tidak kesahlah cerita itu betul atau salah, apa-apa pun sangat tidak betul untuk menyebarkan keburukan terutama jika ia bersifat untuk menjatuhkan.

Teringat aku pada salah seorang 'kakak' ni, dia bercerita tentang Dato' Siti ni perampas, merosakkan rumahtangga..bla, bla, bla..lama juga aku terpacak depannya. Bila dia habis cakap, tidak semena-mena aku spontan bertanya, "Akak pernah jumpa Siti ke?"
Dia terkedu. Aku tanya lagi, "mana dengar semua cerita tu?"
"si polan yang cakap begitu...satu kampung pun cakap begitu..." jawabnya.
"Jadi kalau satu kampung cakap begitu, betullah? Bukan kalau dalam Islam, kita kena dengar cerita dari dua-dua pihak ke?" (Kakak ni golongan geng surau jugaklah...) memang terkedu terus kakak tu..bukannya apa, aku tidak suka bila orang menghakimi seseorang berdasarkan satu cerita dari satu pihak sahaja...lagilah kalau dah di'pass' dari mulut ke mulut.

Hah, mesti anda sekali lagi ingat aku ni peminat Dato' Siti. Tidak kiralah Siapa-siapa...Dato' Siti atau orang biasa, kita kena dengar dari banyak pihak sebelum buat kesimpulan...lagipun, ingat Dato' Siti tu senang ke dia nak buat keputusan semasa memilih Dato' K sebagai suami? Aku jamin dia mesti fikir benda tu siang-malam sebelum buat keputusan..ingat senang nak kahwin?

Sebagai pemerhati, aku harus tabik pada Dato' Siti kerana menjadi ikon dalam usia sebegitu muda. Umurnya baru 33 tahun, tapi rasanya dia cukup 'besar' dalam industri muzik negara. Pencapaiannya 'penuh', dan...dia memang konsisten serta pandai bawa diri. Jadi, sebab tu aku mengagumi karismanya.Sekali lagi, aku bukan 'die-hard fan' Dato' Siti. Malah, aku tidak pernah membeli mana-mana albumnya.

Aku suka memerhatikan beliau semasa menjadi juri Maharaja Lawak Mega hari tu. Pada pendapat akulah, dari minggu 1 hingga terakhir, sedikit sebanyak kita dapat mengenali beliau dari sudut yang berlainan (bukan sebagai penyanyi). Mula-mula dia kelihatan 'fair' dan agak 'kontrol ayu' dalam semua komen-komen..lama-kelamaan, kenakalannya terserlah. Dia juga insan biasa, dan dia sama seperti kita semua.

Lagu yang berjaya mencuri telingaku adalah Aku Cinta Padamu. Aku suka nyanyi versi bahasa aku sendiri;
Nung asanganu ku ika...
Kopogulu mantad dau...
Nung polombuson suang ginawo..
di baino miginawo toh ngoduo..

hah, itu bait-bait lirik yang sudah diterjemah dalam bahasa ibundaku, bahasa Dusun...bangsa si Felix AF tu. Mak aku dengan mak Felix berkawan..aih, terlebih sudah, pandai tukar tajuk..haha.Kalau nak lirik penuh, minta dengan abang aku..aku pun dah tak ingat. hmm..dah lari tajuk ni, kena berhentilah jawabnya. Itu sahajalah cerita tentang Dato' Siti dari pandangan mata aku..

oh ya, I think both of my brothers (awi & adi) have crush with her. Semasa Siti baru-baru popular dulu, my elder bro (awi) hafal most of her songs. Lepas tu tanyalah tarikh lahir, tinggi Siti, mesti dia boleh jawab..haha. Then, Adi very adore her. Masa tu dia baru umur 4-5 tahun. Tiap kali Vklip Siti keluar TV, mesti dia senyum-senyum dan siap cakap "Kenapa Siti senyum dengan saya?" Sampai satu tahap tu, dia sembunyi bawah mesin jahit mak aku sebab malu..haha. I know he going mad if read this, sorry Adi.. pecah rahsia..hihihi.

0 comments:

Post a Comment