Hidup ini umpama penguin...

Friday, January 27, 2012

Veenea dan Alphabet 3

Lama juga aku tidak bercerita tentang diri sendiri.. Ada yang tanya aku hari tu, entri 24januari tu kisah aku ke?  Itu cuma pandangan  peribadi...kan dalam blog ni banyak pandangan sendiri..hal politik negara pun aku bagi pandangan sendiri.

Hari ni, nak cerita pasal Vee Jr. sekarang dah banyak huruf dia kenal. Sekarang ni, kalau sedang dalam kereta menuju ke mana-mana, dia rajin 'baca' papan-papan tanda sepanjang jalan. Bukan bacalah, dia sebut huruf-huruf yang dia kenal. Nampaknya dia sedang mewarisi salah satu hobi aku; membaca papan tanda..hihihi. Dia juga dah boleh kenal rupa bentuk nombor-nombor 1-9. Kalau 0 dia sebut sebagai huruf 'O'. Jadi, seronoklah juga, sebab tahu dia bukan sekadar menghafal, tapi turut mengenali.

Aku membantu Vee Jr mengenali huruf dan nombor ni melalui lagu-lagu dari Youtube. Cuba cari 'song for kids', 'alphabet for kids', 'phonic sound'..apa-apalah yang rasa berkaitan. Selain tu, aku belikan dia buku seawal umur dia 6 bulan. sekarang ni pun dia dah ada banyak buku. Untuk 'ulangkaji' huruf-huruf ni, aku guna kad imbasan. Tapi, kena kontrol perasaan tu, jangan bagi dia rasa belajar macam nak ambil exam pulak...Baru nak masuk 3 tahun tu. Budak-budak macam ni kena belajar melalui bermain. Jangan risau kalau buku-buku yang kita belikan tu dia tak faham pun... malah semua buku-buku dia sekarang bukannya dia tahu baca lagi. Cuma pupukkan rasa suka pada buku sejak kecil lagi..

Samalah juga semasa nak solat, walaupun dia tak reti nak solat lagi, tapi bagi dia sejadah sendiri. Biasanya dia ikut 1-2 rakaat, lepas tu dia buat hal sendiri. Ada masa dia hampar sendiri sejadah tu dan solat sendiri. Lucu tengok perangai dia. Walaupun tidak tahu bagaimana keadaannya bila besar nanti, rasanya tidak salah kita buat yang termampu sebagai ibubapa semasa dia masih kecil. malah memang wajar kita memberi didikan seawal mungkin. Bak kata ex-boss aku dulu, umur 1-3 tahun ni budak macam span, dia akan 'absorb' semuanya tidak kira baik atau buruk.

Sekarang ni aku dalam masalah membetulkan jadual tidurnya, pening aku. kalau dia tidur jam 10pm, jam 1-2am mesti jaga terus sampai pagi..Agaknya dia nak biasakan diri bangun solat tahajjud kut..hihihi. Kalau betul, alhamdulillah. Moga-moga anak-anak kita semua menjadi anak yang baik pekertinya, amin..

0 comments:

Post a Comment