Semalam Veenea buat perangai lagi, tidur pukul 10.30pm dan terjaga sejam kemudian....lepas tu tidak mahu tidur sehingga pukul 2am. Ketika umi dan daddy dia mengantuk, dia sibuk bermain dengan blok (lego) dia. Oleh kerana aku rasa aku bukannya ada kerja pun esok hari melainkan duduk rumah, jadi aku pun tak kisah sangat untuk menemaninya.
Sambil dia khusyuk membina 'kubu pertahanan' menggunakan blok permainannya, aku pun saja bertanya akan huruf-huruf pada kad-kad permainan yang kebetulan turut diselerakkannya.
"Bibi(panggilan manja veenea..)..what is this?" sambil aku menunjukkan huruf O.
"O". balasnya selepas memandang sekilas.
Aku rasa pelik sekejap, sebab kalau korang baca blog aku ni..mesti korang tahu yang Veenea masih belum lancar bercakap.
Kemudian aku ambil huruf S.
"S." jawabnya.
Masa tu aku rasa nak tergelak pun ada. Aku capai pula huruf C.
"Ke'(phonic sound)." Tangan dia masih sibuk menyusun blok-blok.
aku tergamam sekejap. Mungkin lagu-lagu ABC dan "phonic sound" yang selalu dia dengar dari laptop ni sudah memberi kesan kepadanya. Cuma, sebutan ABC dan "phonic sound" tu bercampur-aduk disebutnya. Lepas tu, dia merengek tak nak diganggu...sampailah dia menguap, dan tidur.
Esoknya(pagi ini), aku tunjuk huruf Z, dia jawab "zee.."
hahaha. Baru beberapa huruflah yang dia kenal. Belum banyak.
Ok, itu sahaja hari ini, sekian.

vdara..ko speaking plak sma ank ko.. mcmna buat 2?? sy mau practise sma ank buah sy.. dia pun lmbt ne bckp..bila d tanya, snyum ja.tensen.hahaha
ReplyDeleteya, speaking london..=p bukan apa, kdg2 ndatau mau cakap mcmana..sy ckp 'sabah', mcm alien pulak di sini..ckp semenanjung pun 'terbingkuk-bingkuk' tu slang tidak ngam. speaking jak la, lagipun dia banyak tengok channel 613, kami tidak pernah tekan button "I-II" di astro tu mau alih bahasa.nasib baik hubby sy paham bila sy ckp sabah, hahaha.ko ckp saja, mmg awal2 tu mcm kita ckp satu org. Veenea dulu senyum pun tidak, buat dunno saja.
ReplyDelete