Beberapa hari ini talian broadband agak perlahan. Rasa kurang best lah sebab nak buka apa-apa web, semua pun tersekat-sekat. Aku biasanya suka membaca apa-apa berita, sesetengahnya yang aku terlepas dari berita nasional (terlepas menonton rancangan TV), dan ada juga berita-berita penting yang tidak disiarkan di kaca TV.
Teringat pula semasa sambutan tahun baru 2012 baru-baru ini. Pada kaca TV, kebanyakannya menyiarkan secara langsung 'countdown' 2012. Kalau cakap pasal countdown tahun baru atau sambutan ulangtahun kemerdekaan, memang sangat sinonim dengan konsert nyanyian, penonton ramai berhimpun di tempat lapang, laungan countdown (10,9,8....1), bunga api, lepas semua seronok lompat-lompat.
Sedang aku melayari youtube, aku tertarik dengan salah satu sambutan tahun baru 2012 yang agak meriah, sebab ia dihadiri sejumlah manusia yang agak besar, 80,000 orang..hairan juga, kenapa tak siar kat TV? sambutan saban tahun di Dataran Merdeka pun cuma 50,000 orang. Sambutan di I-city pula dalam 5000 orang. Kalau dari segi angka, sambutan di Dataran Shah Alam ini jauh lagi meriah. Mungkin sebab aktivitinya kurang glamour; aktiviti Solat Maghrib berjemaah, sembang santai bersama Imam Muda Ashraf, Soal
Jawab Agama bersama Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak. Agak kegamaan? Mungkinlah kan..ataupun sebab ada agenda politik...
Tapi, secara peribadi pengisian sebeginilah yang harus dilaksanakan oleh mana-mana penganjur. Hampir setiap hari pun kita dikejutkan dengan isu-isu pembuangan bayi...tapi sambutan 'gaya bebas' inilah juga yang diagung-agungkan saban tahun. Kenapa tidak mengambil langkah bijak macam sambutan di Dataran Shah Alam tu? Rasanya dah berpuluh-puluh kali dengar di kaca TV yang negara kita ni merupakan negara Islam contoh kepada negara lain...memang 'ngam' sangat kalau program macam di Dataran Shah Alam tu dicontohi. Tidak begitu? =p
Kepada yang mungkin masih tidak tahu, dan banyak mendengar berita negatif tentang kami yang duduk Selangor ni.. inilah antara vklip sambutan tahun baru yang pada aku agak santai dan lebih berunsur positif...
0 comments:
Post a Comment