Pages

Wednesday, February 29, 2012

29 Februari

Hari ini 29 Februari. Tahun Lompat. tarikh ni hanya kita jumpa 4 tahun sekali. Jadi, sesiapa yang lahir pada tarikh ini, dia cuma meraihkannya 4 tahun sekalilah...macam olimpik pulak kan..hahaha.

Kenapa tahun lompat? Semasa zaman sekolah dulu, aku pernah tertanya-tanya hal ini. Akhirnya aku dapat tahu ia disebabkan oleh putaran lengkap bumi mengelilingi matahari adalah 365 hari, 5 jam, 48 minit dan 46 saat. Maka, pada tahun biasa, kalendar kita dikira sebanyak 365 hari. Lebihan 5 jam, 48 minit dan 46 saat itu digabungkan setiap 4 tahun dan membentuk lebihan satu hari, yang diletakkan pada 29 haribulan Februari.

Jika lebihan masa ini diabaikan, apa yang terjadi? Kita akan kehilangan hampir 6 jam setiap tahun dan ini menjumlahkannya sebanyak lebih kurang 24 hari pada setiap 100 tahun.

Bagaimana mengenali tahun lompat? Soalan ini kadang-kadang keluar dalam soalan matematik UPSR dahulu. jawapannya, kalau tahun tu boleh dibahagi dengan 4 tanpa baki, maka ia tahun lompat. contohnya; 2012 bahagi 4 = 503. Maka tahun 2012 adalah tahun lompat. berbeza dengan tahun 2011; 2011 bahagi 4 = 502 baki 3. maka, tahun 2011 bukan tahun lompat. Walaubagaimanapun, melalui sumber bacaan lain, ada dua lagi kriteria lain harus dipenuhi oleh tahun lompat.

1) tahun tersebut boleh dibahagi 4 tanpa baki (seperti contoh di atas)
2) jika tahun tersebut boleh dibahagi dengan 100 tanpa baki, ia bukan tahun lompat KECUALI
3) ia turut boleh dibahagi dengan 400 tanpa baki; maka ia tahun lompat.

Maka, ini bermakna tahun 1800, 1900, 2100, 2200, 2300 and 2500 bukan tahun lompat. (sila rujuk http://www.timeanddate.com/date/leapyear.html)

Siapa yang memperkenalkan tahun lompat? Julius Caesar..(kut lah keluar soalan dalam rancangan moneydrop kan..hahaha)

kalau dalam channel kartun Disney Junior, disebut sebagai "one extra fun day!". =p Okeylah, marilah kita memanfaatkan lebihan satu hari yang hanya kita jumpa 4 tahun sekali ini dengan aktiviti berfaedah.

nota kaki: hujung Februari setiap tahun agak kelam-kabut sikit sebab orang ramai di mesin cash deposit..semua nak bayar hutang ..ye lah, due date cepat sedikit daripada biasa!

0 comments:

Post a Comment