Malam ini, aku asyik menggunakan aplikasi Google Earth. Tu tandanya aku tengah rindukan kampung halaman. kalau ikut tahun, raya aidilfitri tahun ini insyaAllah di kampung aku.
Tempoh hari adalah borak-borak dengan Encik Suami, sebab biasanya kami balik Sabah (kampung aku) 2 kali setahun. Kalau yang sekali ni hari raya, yang sekali lagi..bila ya? Kononnya dia nak merasa sambutan kaamatan, aku pun sudah lama tidak balik kampung pada bulan Mei.
Namun, sejak dua menjak ni, mengikut firasat aku...musim mengundi mungkin saja bakal berlaku pada waktu-waktu terdekat, chewah! Jadi..mungkinkah aku kena balik mengundi? Kalau ya, kenalah aku balik berdua sahaja dengan Veenea, memandangkan Encik Suami aku berdaftar di negeri lain. Hmm.. Tengoklah kalau Encik Tony AiraAsia ada bagi offer tiket murah masa tu...
0 comments:
Post a Comment