Pages

Tuesday, February 14, 2012

Bukan Hari Istimewa

Hari ini 14 Februari.
Zaman jahil dulu, aku ikut-ikut juga sambut hari ni.Masa tu zaman sekolah. kawan sambut, aku pun ikut-ikut. Aku bukannya faham pun. Masuk matrik, aku tutup kamus daripada menyambut hari 14 feb ni. Ingat lagi, instead join kawan-kawan dating, aku pergi ikut ceramah agama. Taubat, semoga dosa-dosa lalu di zaman jahilku itu diampunkan.

Aku tidak mahu ulas panjang lebar isu ini. Ada penganut agama lain yang memuliakan hari ini. Maka, kita hormat mereka untuk merayakan perayaan mereka. Namun, kepadaa penganut Muslim, hari ini tidak sepatutnya disambut, hari berkasih-kasihan. Aku rasa pelik bila masih ada kaum muslim yang yang berbalah tentang hal ini, masih berkeras atau beria-ia menjadikan tarikh ini untuk sambutan suami-isteri atau seumpamanya. kenapa masih begitu taksub memilih tarikh ini jika ia menimbulkan isu?

Bukankah kita masih ada 364 hari yang lain untuk dipilih? (dan 365 hari yang lain di tahun lompat!).
Malah, pada hari sebegini harga bunga dan coklat lebih mahal daripada biasa. pilihlah hari lain kalau benar-benar mahu merayakannya dengan orang tersayang.

sesiapa yang menyambut hari lahir hari ini, selamat hari lahir. Aku ada dua orang rakan sekolah yang menyambut hari lahir pada tarikh ini. Banyakkanlah amalan, tidak kira hari bila pun...

1 comments: