"Cuba kau lihat bunga itu."
"Ya, cantik! seindah senyuman seorang lelaki dilamun cinta."
Mastura tersenyum mendengar perumpamaan itu. memang benar, lelaki tidak akan mampu menipu dalam dua keadaan, sama ada ketika dia mabuk atau dilamun cinta. Bak bunga itu sendiri; jika ia cantik, tiada apa yang boleh menyembunyikan realiti itu.
"tapi ada sesuatu di sebalik bunga yang cantik itu."
Sara terdiam jadinya. tidak jadi melangkah lebih dekat lagi.
"Sesuatu yang disembunyikan, dan jejak-jejaknya cuba dihapuskan," sambung Mastura lagi.
Mata Sara meliar memerhati segenap ruang.Mastura kelihatan tenang, masih tersenyum.
"Selalu sahaja kita cuba menghapus tanda. Tapi akal manusia boleh membuat seseorang melihat semua itu melalui penglihatan mata hati. kau pernah jadi pengakap?" soalan Mastura semakin membingungkan Sara.
"hidup ini tentang aplikasi. seperti yang aku katakan, ada jejak yang dihapuskan. walau dikaburi keindahan, aku tahu apa setiap apa yang berlaku di belakang."
Sara semakin tidak mengerti...
0 comments:
Post a Comment