Pages

Thursday, February 16, 2012

Emosi dengan drama

Petang tadi aku sedikit emosi menonton drama Princess Atsu..sob sob. sebabnya Ikushima mahu berundur daripada terus berkhidmat dengan Puteri Atsu.. huhuhu. Kalau tengok cerita ni dari mula, hubungan Puteri Atsu dan Ikushima memang sangat rapat...kesetiaan Ikushima memang tidak berbelah bahagi. Drama ni memang bagus sekali dalam pengembangan setiap watak. Walaupun dialog-dialognya skema, tetapi ceritanya sangat kemas. Satu kerja yang rumit sebenarnya untuk pembikin drama ini kerana jalan cerita ini agak rumit, malah berdasarkan catatan sejarah yang sebenar.

Maka, aku tabik dengan pembikin drama ini. Walaupun drama ini 'bernyawa' sejarah, ia tidak nampak terlalu 'dokumentari'. Ia satu drama sejarah yang menarik untuk ditonton. kalau yang baru hendak belajar menonton drama itu (terus ke tengah-tengah cerita), pasti akan blurrr... jadi, kalau mahu tengok episod sebelumnya, carilah guna google.. ada banyak pautan untuk menonton drama ini, memandang ia juga drama yang sudah lama ditayangkan sebenarnya. cuma baru sahaja ditayangkan pada rangkaian TV Alhijrah.

Okeylah, kalau ada yang rasa-rasa mahu join jiwa sejarah aku ni, bolehlah menonton di TV Alhijrah channel 114 (astro) setiap Isnin-Khamis jam 3.30-4.15pm. jangan menyangka channel ini hanya menyiarkan ceramah-ceramah agama! Channel ini sarat dengan ilmu pengetahuan. Cukup-cukuplah kita asyik menonton rancangan gossip dan lagu-lagu serta rancangan realiti... sesekali biarlah kita menyuap minda dan hati kita dengan menonton rancangan berilmu.

0 comments:

Post a Comment