Sia paling suka baca lawak di Sabahan Troll..lucu oo.. kin panas ada, bikin katawa teguling-guling pun ada.. adui, mulau. kadang-kadang sampai krem perut sia..
Okey, kalau aku bercakap dialek Sabah, begitulah bunyinya. =p
Persamaan aku dengan suami adalah kami sama-sama gemar cerita lawak, sebab tu kami sama-sama menonton rancangan Raja lawak, Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega. namun, kami berdua ada pandangan berbeza dengan konsep lawak. Contohnya, suatu masa dahulu aku suka menonton The Nanny yang bersiaran di 702. Tiap kali tengok, aku boleh ketawa sepanjang waktu siaran, berbeza dengan suami aku yang cuma duduk dan kadang-kadang bertanya, "apa lawaknya?" Begitu juga ketika dia menonton Peah Gossip atau Kiah Pekasam.. dia dah ketawa tak ingat dunia..aku? 'Freeze' macam tu sahaja...
Ada ketikanya kita rasa sesuatu itu lawak, namun tidak pada orang lain. Sama juga ketika ketika menonton Raja Lawak 6, apabila tiba kumpulan Zero buat persembahan, aku tiada masalah untuk ketawa. Lawak orang Sabah macam itulah... dialognya agak "relax". santai... kalau mahu lebih memahami, boleh masuk Facebook, cari Sabahan Troll. Lawak-lawak dalam page itu, mungkin kurang difahami oleh orang yang bukan asalnya dari Sabah.
Kadang-kadang suami minta aku terjemahkan maksud sesetengah perkataan dalam lawak orang Sabah, namun ia tidak sama. Contohnya penggunaan perkataan odoi dogo, kotoh, kagalon, paling manang.. penggunaan perkataan itu sendiri menjadi rencah dalam lawak tersebut, dan apabila ia ditukar/diterjemah ke perkataan lain, ia sudah tidak sama.
Moral of the story, kalau kak Sheila Rusly; juri dalam Raja Lawak tu cakap "busuk bro..", atau "lawak beginilah yang saya mahu!" belum tentu sama dengan pendapat orang lain... macam aku cakap tadi, ada cerita yang kita rasa tidak lawak, tapi lawak bagi orang lain..vice versa.
itu sahajalah hari ini. Oh,ya.. cuba-cubalah tengok Sabahan Troll di facebook. Aku suka baca. =p
0 comments:
Post a Comment