Pages

Wednesday, February 08, 2012

Pelanggan (tidak) Sentiasa Betul

"Customer is always right!" Betul? Dalam realiti dunia, pelanggan memang lebih ramai daripada peniaga, jika dibuat 'survey', sudah tentu jawapannya betul. Isu ini selalu timbul apabila melibatkan perselisihan antara pelanggan dan peniaga. Aku sudah lali dengan keadaan ni dahulu, belum apa-apa..slogan "Customer is always right," sudah terpacul dari mulut si pelanggan. Jadi, adakah golongan peniaga ini memang sentiasa salah? "Retailer is always wrong"?? begitu?

Baiklah, kita pertimbangkan salah satu situasi berikut.
Situasi 1
Dari sudut pelanggan A
Pelanggan A menunggu lama untuk beratur. Dia cuma mahu membayar satu jenis barang, namun di hadapannya ada 4 pelanggan yang lain, masing-masing dengan bakul penuh. Kedai ni memang teruk, sebab cuma ada 1 kaunter cashier dibuka.

Dari Sudut 4 Pelanggan di Hadapan Pelanggan A
"I don't care!" Aku beratur dulu, akulah yang bayar dulu. Customer is always right maaa...

Dari sudut Juruwang
Masa-masa macam inilah sistem buat hal, apa pasallah komputer semua 'hang'! (Sebab tu cuma satu kaunter buka). Aduii... 4 orang ni penuh pulak bakul dia..kesian pelanggan yang ke-5 tu.Takkan nak bagi dia bayar dulu?mau aku dibalun 4 orang depan ni.

 yang pertama ni pelanggan pelancong asinglah pulak, nak bayar guna kad kredit yang tiada chip. (Tahukah anda, kad kredit tidak berchip ada kemungkinan dipalsukan. Jadi mahu tak mahu, kena call bank untuk mendapat approval..)

Yang kedua...Nak guna baucer. Pulak tu, baucer dah expired. pelanggan ni pulak bawa gaduh, alasannya baucer ni baru expired semalam. Takkan tak boleh? Customer is always right maaa... mana you punya store manager...I nak juga guna baucer ni...

Yang ketiga...scan punya scan....alamak! sampai barang yang ke 21, dia rasa nak tukar barang. Dia pun cakap.."kejap ye....akak nak ambik yang kuning, bukan yang merah ni.." mau tak bengang dibuatnya...

Yang keempat... dah scan semua barang, jumlahnya RM125.45...makcik ni pun mengeluarkan duit... poket kiri RM15..seluk pulak poket kanan, RM30. Poket belakang, RM10. Buka beg tangan, dalam tu buka lagi zip..ada duit berlipat-lipat..bagi lurus...kira-kira, RM26. Buka lagi zip belah kiri, ada selonggok duit seringgit-seringgit..okey, kira lagi..RM30.. toleh kat cucu sebelah, "Aiman ada syiling 15sen tak?" aiman pulak menjawab, "Takdelah nek..tapi Fifi ada kut.....Fifi!!" Aiman pun mencari Fifi yang tengah makan aiskrim di kedai sebelah....(nak keluar duit sahaja, lebih 5 minit). kalau anda di tempat juruwang ni, rasa-rasa apa perasaan tu? masam ke masin..

Sampai giliran pelanggan ke-5 (pelanggan A tadi).
"Mana store manager? Apa punya servis, macam siput. Hey, kau ni buat kerja terhegeh-hegeh. Aku nak bayar satu barang ni saja, kena tunggu 10 abad! Aku nak buat complaint! Kedai ni, teruk! Pekerja Pemalas! bla--blaa...bla.. (kena makilah pulak....)"

Kebetulan masa tu terkena hari cuti umum (public holiday). Si juruwang tadi sebenarnya cuma orang biasa. Sebelum dia pergi kerja, dia terpaksa tinggalkan mak dia yang sakit di rumah.Malam sebelum tu, dia terpaksa berjaga semalaman sebab suhu badan mak dia yang turun naik...nasib baik pagi ni suami dia nak tolong jaga.. suami dia ni pulak lumpuh, guna kerusi roda. anaknya yang baru 4tahun pula terpaksa dibawa ke tempat kerja, sebab semua pusat jagaan (nursery) tutup pada hari cuti. Anak dia belum makan lagi (jam dah pukul 2ptg). Anak dia ada dalam stor kedai tu, tengah 'dipaksa' tengok laptop, supaya tak kacau mak dia buat kerja. pekerja di kedai cuma ada 3 orang, sebab yang lain cuti balik kampung. Sistem komputer yang tengah 'buat hal', tidak dapat dibaiki, sebab orang-orang IT di HQ semua tengah cuti...maknanya kaunter cashier cuma boleh buka satu sahaja. Hari ini kena kerja full-shift pulak, sebab pekerja yang terhad. (Ini kemungkinan situasi sebenar yang pelanggan tidak pernah atau tidak mahu ambil tahu).

Kalaulah ada sikap toleransi dan timbang-rasa, situasi di atas bukan masalah. Semuanya harus saling memahami bahawa kita semua manusia yang ada masalah masing-masing. Tiada pihak peniaga yang sengaja mahu menyusahkan pelanggan. walau apapun situasinya, pelanggan mahupun peniaga tidak pernah diberi hak untuk 'membuat kecoh' apatah lagi memaki-hamun... Pelanggan mahupun peniaga, harus sama-sama berfikir sebelum mengeluarkan apa-apa perkataan yang menyakiti dari mulut masing-masing...takut-takut ada pihak yang hilang sabar, dan memberi 'buku lima' sebagai penyelesaian.
Sebelum keluar rumah untuk membeli-belah, fikir-fikirlanlah...Ini baru satu situasi, adalah berpuluh-puluh lagi situasi yang kita tidak pernah jangka. jangan menghakimi sesuatu berdasarkan apa yang dilihat, tetapi ketahuilah dahulu kisah sebenar dari pelbagai sudut sebelum membuat kesimpulan. Hidup ini lebih indah kalau semuanya menyebarkan aura dan anggapan yang positif. Bersangka baiklah selagi mana ada ruang di antara kita.

0 comments:

Post a Comment