Pages

Tuesday, February 07, 2012

Tanpa Kipas dan mesin Basuh

Akhir-akhir ni Veenea buat perangai pelik. Dia tidak mahu sebarang kipas dipasang. Tak kiralah kipas berdiri atau kipas siling. Jenuhlah juga, terutama semasa cuaca panas. Nasib baiklah ada penghawa dingin. Tapi masalahnya, takkan nak 'on air-cond' tu 24 jam? Lotih den nak membayar bil...

Lepas tu kalau masa aku ke dapur, dia pulak datang dengan lenggang-kangkungnya...dan jika mendapati mesin basuh sedang berfungsi, dia pun menangis suruh off. Lagi aku tak faham. Mungkin dia tidak gemar dengan bunyi-bunyian yang muncul kut... Entahlah. Aku tanya, dia masih tak reti nak jawab.
Pening aku.

0 comments:

Post a Comment