Beberapa kali aku menyatakan tentang hobi Veenea yang gemar berjaga malam akhir-akhir ini. Pada mulanya aku agak pening untuk cuba memujuknya membetulkan kembali jadual tidur. namun, sejak seminggu yang lepas, aku mula membiarkannya. Separuh sebab aku penat, kedua sebab aku menemui cara baru untuk mengisi masa untuk diri sendiri sementara dia berjaga.
Biasanya bila aku pujuk dia tidur balik, dia akan buat tidak tahu, malah mengajak aku bermain kejar-kejar. Jadi, sekarang ni aku bagi dia lego untuk dia buat 'kubu pertahanan'. Aku juga belikan dia pensel warna yang baru, maka dengan bersemangat dia pun menulis atas segala kertas yang ada, dengan dinding rumah sekali.
Aku pula, harus berjaga kerana dari dahulu aku tidak senang tidur jika Veenea tidak tidur dahulu. Maka, aku pun mengisi masa tersebut dengan menulis. bagus kan? hehehe. Entah berapa banyak cerita sekerat jalan yang aku buat sejak berhenti kerja dahulu, termasuklah LTK 3 yang aku rombak dan rombak..memang manuskrip berhantu. Jadi, aku letak tepi manuskrip tu, yang tinggal suku.
Sekarang ni aku sengaja layan cerita baru. Yang aku naik syok cerita ni, aku boleh menaip 20 mukasurat tanpa henti. Aku dari dulu ada penyakit 'tersangkut' pada pemilihan nama watak. Namun kali ini, aku main bedal sahaja nama tu. Nama pertama yang terlintas, akan aku gunakan walaupun bukan nama glamour seperti trend novel zaman sekarang.
Pagi tadi aku 'tersangkut' lagi pada mukasurat pertama di bab baru. Oleh kerana terperap lama sangat di rumah, aku memaksa encik suami untuk bawa aku dan Vee Jr keluar lepas asar tadi, sebelum dia masuk kerja di malam hari...beberapa hari ni dia kena buat kerja malam sebab kena bakar roti yang segar-segar sebagai santapan encik-encik dan cik-cik di menara kembar. hanya dalam kereta dan berpusing-pusing di kawasan berhampiran; Broga, Beranang, Semenyih. Rasa seronok sebab dapat tengok suasana hijau walaupun semakin berkurangan ditelan kerakusan pembangunan. Sampai ke Excel resort milik Dato' Fadzilah Kamsah dia memandu. sebenarnya sambil-sambil kami menikmati pemandangan dari kereta, aku sedang mencerna isi-isi cerita baru aku ni...mudah-mudahan tidak mengalami nasib macam cerita yang lain hendaknya..hihi.
terima kasih encik suamiku. walaupun kau tidak sedar, kau sedang membantuku menjana inspirasi.
Okey, aku mahu mengadap Mr Word sekarang ini.
Selamat malam.
good luck =)
ReplyDelete