Pages

Sunday, March 04, 2012

Bahasa lagi

Semalam aku ikut suami aku pergi kenduri di rumah makciknya di Seremban. Sebelum ni sudah 2 kali aku ke sana sepanjang berumahtangga. Masalahnya aku ni ada short-term memory. Biasanya kalau cuma bertemu muka 1-2 jam...dalam keadaan ramai-ramai. Memang aku susah nak ingat. jadi bila berjumpa kembali dengan kaum kerabat suami aku ni, aku kena stay cool la kononnya.. senyum, hai.. tapi aku memang tak ingat mana satu makcik, anak makcik..pakcik, nenek.. aduss.. Bukan aku tak mahu ingat, tapi aku kena mengaku inilah masalah aku dari dahulu sampai sekarang. kalau bertemu dalam masa yang singkat, once in the blue moon pulak... memang aku tak boleh nak ingat. lebih kurang macam si Dory dalam cerita nemo tu.

Apapun, aku ok. salah seorang nenek saudara suami aku memang sangat peramah. Dia tidak putus-putus bercakap. masalahnya dia bercakap dengan dialek nogori yang sangat pekat. kalau setakat macam si Nabil rajalawak tu, aku tiada masalah nak memahami..tapi yang ini, fuh..bopoluh den! ada la yang aku dapat tangkap sikit-sikit... bila dia bercakap panjang-panjang..kemudian tunjuk periuk..aku fahamlah, dia suruh jangan segan-segan..kalau lapar dalam periuk ada nasi senduk sendiri.. agaknya la kut! Banyak yang nenek saudara suami aku ni cakap.. aku main angguk dan senyum sajalah...
lepas tu aku siku suami aku di sebelah, "aku tak fahamlah.." tahu apa suami aku jawab? "aku lagilah tak faham!" hampeh..ingatkan dia faham.hahaha.

Hari ini aku kena layan Veenea main puzzle rasanya, baru belikan semalam.

0 comments:

Post a Comment