Semalam pengasuh Veenea (Umi Kiah) menghantar semua barang-barang milik Veenea ke rumah. Memanglah sudah lama aku berhenti kerja, namun sesekali aku masih menghantar Veenea untuk dijaga apabila terlalu sibuk membuat kek tempahan, ataupun ketika perlu keluar untuk urusan tertentu. Kadang-kadang ketika menghadiri pameran atau apa-apa program yang dipenuhi orang contohnya Big Bad Wolf (pesta buku bahasa Inggeris) dan FHM (food exhibiton). Takut Veenea hilang di tengah-tengah kesesakan manusia. Bila dah dapat semua barang-barang, terfikir pulak..agaknya umi kiah nak ambik budak baru kot untuk dijaga..lupa pulak tanya.
Veenea sekarang semakin manja dengan aku. Aku ke dapur pun dia ikut, ke toilet pun dia tunggu di luar pintu. (+_+) Kalau dulu Umi Kiah dia 'hai-hai' petang-petang, cepat sahaja dia berlari dapatkan umi angkat dia tu. Apatah lagi kalau ada Abang Uwais dia, (hubby aku berkenan buat calon menantu..hahaha), sampai tak nak balik rumahlah. Tapi sekarang ni, sejak aku ada 24jam di depan matanya, aku rasa macam ada 'kembar siam' pulak. Susah sangat nak berenggang. Umi Kiah dia panggil, dia boleh terus lari masuk rumah, Abang Uwais dia yang hensem tu pun kadang-kadang dia tak pandang. Aku pulak jadi risau. walaupun dia baru nak masuk 3 tahun, takut pula jadi tabiat dia yang terlalu manja.
Aku macam sedikit panik bila memikirkan 2-3 tahun lagi dia dah boleh masuk sekolah. memanglah jauh lagi, tapi masa berlalu sangat pantas. dua tiga menjak ni adalah mencari-cari info pasal kelas kanak-kanak, tadika, kumon, smartreaders, CIC dan sewaktu dengannya. Aku ada perasaan nak bagi dia ikut apa-apa kelas 2-3jam bila umur 4 tahun nanti. Cuma nak bagi dia belajar bergaul dengan kawan-kawan sebaya dia. Takut dia jadi 'alien' pulak bila dah kena masuk sekolah. sepanjang Veenea di rumah pengasuh dia dulu, memang dia dijaga secara eksklusif, cuma seorang. Jadi dia sentiasa berada dalam persekitaran orang-orang yang jauh lebih besar. Setakat ni pulak dia masih anak tunggal, maka aku perasan yang dia tidak begitu sedar yang dia 'budak kecik'. sesekali bila dia bertembung dengan kawan sebaya, dia tidak begitu tahu bagaimana mahu bereaksi. Biasanya sama ada dia 'membuli', atau 'dibuli'. pening aku. Dia lebih suka bermain dengan budak yang jauh lebih besar.
Cukuplah aku membebel pasal Veenea hari ini. Aku tengah nak memikir sarapan untuk esok. Ringkas dan padat.. Penkek? Crepe? lepas tu nak cari idea kuih-muih. Tadi buat apam polkadot, habis dimakan Veenea.
ajar sy masak2??..sy failed.hehe
ReplyDeletesy pun failed memasak, especially masakan melayu..complicated tul.. masakan dusun juga yang ringkas dan padat..haha. kasi rabus saja. =p
ReplyDelete