Pages

ads

Saturday, January 28, 2012

Drama Baby-faced Beauty


Seminggu dua lepas aku menonton drama bersiri Korea Baby-faced Beauty secara online. Mula-mula tu cuma nak tahu berita Jang Nara, pelakon yang sangat comel. Lepas tu, rasa nak tengok pulak drama lakonannya yang baru bersiaran tahun lepas.

Memang tidak menghampakan. Drama ini penuh dengan aksi lucu, romantis dan sesekali mengundang air mata. watak heroin yang berkembang dengan baik dari awal cerita hingga ke penghabisan; sangat baik. Dari seorang yang kurang berkeyakinan, sehingga akhirnya menjadi pereka fesyen yang terkenal. Ia tentang Lee So Young, berumur 34 tahun diberhentikan kerja oleh majikannya. Dengan umur begitu, dia agak sukar memohon pekerjaan. Namun wajahnya yang sangat comel, ramai orang menyangka dia berumur 20-an. sebagai anak sulung yang menyara keluarga, dia sedar bahawa dia perlu mencari pekerjaan secepat mungkin. Apatah lagi bayaran sewa rumahnya sudah tertunggak beberapa bulan, malah adik perempuannya pula sering membulinya dengan meminta wang.

Kecantikan paras rupa dan kelulusan tinggi membuatkan adiknya Lee So Jin mudah mendapat pekerjaan, iaitu model sambilan selama seminggu di sebuah syarikat pakaian, The Style. Namun, Lee So Jin yang malas bekerja dan hanya suka berfoya-foya meminta Lee So Young menggantikan tempatnya melakukan pekerjaan tersebut. Oleh kerana terdesak dengan masalah kewangan, Lee So Young bersetuju, dan bermulalah episod Lee So Young menggunakan identiti adiknya; Lee So Jin seorang lulusan universiti serta berbakat (ikut resume lah...) Lagipun Lee So Young memikirkan pekerjaan itu cuma seminggu. Selepas beberapa insiden selama seminggu, dia ditawarkan pekerjaan pereka fesyen junior, cita-cita yang memang merupakan impiannya sejak kecil. Sejak itulah dia dihantui rasa bersalah kerana berbohong tentang identitinya, namun dalam masa yang sama dia sedar dengan identiti dirinya sendiri; cuma lepasan sekolah tinggi, berumur 34 tahun, tidak mungkin dia akan mendapat peluang keemasan tersebut.

Hah, itulah permulaannya. Dia akan bertemu cinta dengan seorang eksekutif muda, Choi Jin Wook lakonan Choi Daniel; sangat 'cute' dan penuh semangat dan sangat optimis. Juga seorang lagi jejaka yang tidak kurang hebatnya, presiden syarikat itu sendiri, Ji Seung Il, lakonan Ryu Jin yang sangat kacak. Antara dua jejaka ini, siapa yang bakal menjadi pilihannya? Kedua-dua jejaka ini jatuh hati pada Lee So Young di saat orang lain memandangnya hanya sebagai gadis yang tidak tahu bergaya dan agak 'kesian'..hmm..nak tulis ulasan, memang tak cukup ruang, sebab drama ni 20 episod.
Kalau nak baca ulasan drama ini episod demi episod, baca di http://kdramachoa.com/baby-faced-beauty-episode-1-summary/. Ulasan yang sangat terperinci.
Bolehlah tonton di:
1) http://azdrama.net/watch-online-baby-faced-beauty-episode-01-7882.html
2) http://sony222.blogspot.com/2011/06/baby-faced-beauty-ep-17-eng-sub-watch.html
3) http://www.mysoju.com/korean-drama/babyfaced-beauty/
4) http://www.dramacrazy.net/korean-drama/baby-faced-beauty/
dan banyak lagi...

link di atas tu ada yang direct terus ke episod. jadi, pandai-pandailah explore sendiri..hihi. aku sendiri menonton dari banyak link sebab kadang-kadang tersekat-sekat. kalau guna broadband tu, pandai-pandailah, nanti penuh pulak limit korang. Aku biasanya guna prepaid aku kalau nak menonton drama, sehari RM5 atau seminggu RM18. aku download dulu, kemudian tonton. Aku guna prepaid ni sebab unlimited, sehari boleh mencapai 3-4 GB kalau dah mendowload tu, walaupun mungkin kurang laju...postpaid punya limit sebulan 4GB, huhu.. Tapi setakat ni, aku tengok kelajuan prepaid & postpaid lebih kurang sahaja..sama-sama tak berapa nak laju.hihi. Pandai-pandailah..macam aku ni terasa nak tengok drama bukannya tiap bulan..tapi bermusim. Hari biasa guna postpaid, kalau rasa-rasa nak heavy download tu, switch kejap ke prepaid.

Drama ni memang best.Cukup rasa, cukup perasaan. susunan muzik sangat baik, teratur sesuai dengan mainan jiwa perwatakan. Lakonan Jang Nara dan Choi Daniel pun sangat bagus, terutama semasa 1st date mereka di episod 17. Bagaimana Jang Nara berjaya mempamerkan wajah yang sungguh 'keberatan+sedih+penuh rasa cinta', manakala Choi Daniel penuh rasa 'teruja+terkejut+cinta+gembira'. Tapi jangan tengok terus episod ni, tak faham kalau tak tengok dari episod 1. Ada masa aku tergelak besar, ada masa aku bercucuran air mata tengok drama ni..kalau laki aku nampak mesti kena kutuk..hahaha.

 Okeylah, setakat ni sahaja aku merapuh... 

Sunday, January 15, 2012

Apple Bread

Takkan hari ini update blog dengan ayat: aku masih  kurang sihat... huhuhu..hakikatnya begitu.. aku memang spesies kalau demam lambat sembuh. Jadi terfikirlah tadi, cadangnya biarlah blog ni sepi.
Akan tetapi,
Kebetulan pagi ni terasa mahu buat roti...masalahnya aku tidak pernah buat. Jadi, aku google lah. Bukan tiada resipi laki aku, berlambak..masalahnya aku tidak faham...laki aku pulak dah pergi kerja. Resipinya tulis bahan saja,kaya-raya dengan 'short form'.. langkah-langkah tu tiada...maklumlah, resipi orang pro. Buku resipi pun ada berlambak, masalahnya aku 'malas' menyelak buku tebal-tebal yang lebih tebal daripada kamus dewan. hihihi.. Jadi, hasil carian 'easy breakfast', aku jumpa resipi ni dalam food.com. Bolehlah kan, resipi sebagai entri..

Memandangkan semua bahan-bahannya ada di rumah, aku pun mencubalah buat... sila guna 'measuring cup' dan 'measuring spoon'.. aku beli di kedai bakeri hari tu cup=RM14.90, spoon=RM9.90. sangat membantu.

Apple Bread
*tsp=teaspoon

Bahan A:
3 cup tepung gandum
1 1/2 tsp serbuk kayu manis
1 tsp baking soda
1 tsp salt
1/4 tsp baking powder

Bahan B:
3 biji telur gred A
2 cup gula
1 cup minyak jagung/masak

1 tsp vanilla
2 cup epal dipotong dadu
1/2 cup walnut (dipotong-potong)
1 tsp tepung gandum

(aku cuma buat separuh resipi, sebab yang makannya cuma aku dan Vee jr)
- campurkan kesemua bahan A dalam satu bekas. Aku ayak semua sekali.
- Pukul telur, lepas tu masukkan gula. agak-agak dah sebati (gula dah hancur), masuk minyak.
- masukkan vanilla dan kesemua campuran bahan A tadi hingga sebati.
- Masukkan epal.aku guna epal hijau granny smith. Kalau granny smith tiada, gunalah siapa-siapa punya epal pun..hihihi.
- campurkan walnut dan 1 tsp tepung, kemudian campurkan ke dalam adunan.
- tuangkan ke dalam bekas loyang 'loaf',atau bekas 8x3x3. boleh dapat 2 bekas kalau ikut resipi di atas..
- bakar 170 C, 50-60 minit atau sehingga masak (uji dengan lidi sate. kalau bersih apabila ditarik selepas dicucuk pada kek, masaklah tu.)


Potong dan makan dengan milo atau kopi panas...memang sedap! Bau serbuk kayu manis pun menawan hati...

Spoilnya, aku guna minyak canola tadi..sebab aku dari dulu memang tidak gemar dengan bau minyak ni. Next time guna minyak jagung atau minyak masaklah..lepas tu, lain kali aku mesti letak epal banyak sikit. Cubalah buat, senang sahaja...aku start buat tadi jam 11 lebih, sekarang 12:41pm tengah mengunyah. hihi..
Lepas tu aku terfikir, ini kategori rotikah? sebab rasa macam kek..tidak guna tepung roti pun.. hmm..apa-apalah, janji aku suka. =p

Thursday, January 05, 2012

Apa Perasaan Mendapat semua A?

Apa ya perasaannya? Aku sengaja mahu berkongsi tajuk ini hari ini sebab secara peribadi aku pernah melaluinya 2 kali, semasa UPSR dan PMR. Bezanya, aku tak masuk paper..hehehe.

Hmm...Mula-mula perasaannya seronoklah, sebab dah belajar rajin-rajin...walaupun sebenarnya aku bukan spesies yang terlalu rajin. Tapi jika dibandingkan semua peperiksaan besar, UPSR inilah yang aku ada jumlah jam belajar yang paling banyak..maklumlah, masih 'innocent'.. hehehe.
Semasa di darjah 6 tu, aku lebih takut untuk tidak dapat straight A sebab tidak mahu jadi 'ganjil' menjadi satu-satunya pelajar yang tidak dapat semua A di kalangan kawan-kawan yang dianggap cemerlang. Terukkah aku cakap macam ni? bertahun-tahun aku tak pernah cakap dengan sesiapa, tapi ya...kenyataannya begitu. Bila dapat keputusan tu, rasa lega teramat sangat. LEGA. Kalau tak dapat semua A masa tu, memang kecewa kut...sebab memang betul-betul nak A...tak nak ketinggalan keretapi.hihi.

PMR..yang ini aku terkejut amat. dapat sahaja slip, aku memang terkejut beruk sebab memang tidak pernah mimpi dapat straight A. Nasib baik orang di sebelah aku masa tu perempuan, sebab aku terus peluk.Itulah perasaannya...berbeza semasa UPSR. masa tu macam dapat kereta Ferrari semasa anda berangan-angan dapat Proton Saga. macam ada bulan jatuh bedebuk ke atas riba.

Tapi sebenarnya, yang lebih besar cabarannya adalah selepas semua itu. apabila semua 'spotlight' dihalakan kepada anda. Apa-apa pun yang anda buat, semuanya diperhatikan. memang berat dugaan menjadi terbaik, apabila semua memerhatikan. Syukurlah, perhatian itu terhenti setakat itu sahaja. Mungkin sebab SPM keputusan biasa-biasa. Alhamdulillah, sampai juga ke universiti.

Aku cuma memikirkan nasib sesetengah pelajar cemerlang yang terlalu menjadi perhatian sehingga setiap langkah mereka diperhatikan. Sedikit sebanyak aku dapat merasakan 'beban' yang mereka pikul. Apatah lagi yang terkenal sampai satu negara. Mudah-mudahan mereka mampu mengharungi setiap cabaran itu.. Dan sentiasa menjadi terbaik.

Sebab tu kadang-kadang, menjadi biasa-biasa ni lebih baik. jadi, kalau dapat result yang tidak menggempakkan satu Malaysia pun tidak mengapa. sekurang-kurangnya kita berjalan makan aiskrim di mana-mana dengan perasaan yang lebih selesa tanpa siapa-siapa menoleh memandang 2 kali ke arah anda.

Tuesday, January 03, 2012

Cita-cita 2

Blog semalam aku bercerita tentang cita-cita. Hari ini nak sambung cerita. pasal doktor. Pada waktu itu, aku terpaksa mengatakan doktor merupakan cita-cita aku supaya aku diterima masuk kelas aliran sains tulin..Maklumlah, masa tu semua kawan-kawan berebut nak masuk kelas aliran sains tulin yang dianggap kelas terbaik.

Nak masuk aliran tu kena ambil ujian bertulis, keputusan PMR sekurang-kurangnya B untuk subjek Matematik dan Sains, dan harus menjalani temuduga yang dikendalikan oleh guru-guru sains. Maka, kerana aku pun blurr (sentiasa blurr sampai sekarang pun...), aku tak nak ketinggalan memasuki aliran 'popular' ni, aku pun ikut-ikutlah trend kawan-kawan aku. Untuk itu, cita-cita 'doktor' aku kira sebagai paling sesuai untuk aku lulus temuduga masuk kelas sains tulin. Takkan pula aku beritahu yang aku nak jadi polis ataupun pengarah filem..walaupun secara jujur aku berpegang kepada cita-cita itu!

Hmm..harap-harap cikgu kimia aku tak baca blog ini..hehehe. Mungkin sebab tu semasa SPM, aku mendapat keputusan biasa-biasa sahaja... Aku kena mengaku, sepatutnya aku tidak terlalu terikut-ikut kawan-kawan pada masa itu. atas sebab itulah aku harus melalui perjalanan 'panjang' di mana aku harus memilih aliran 'biologi' semasa di matrikulasi kerana pada masa itu sebenarnya aku bagai sudah tiada pilihan..hanya ada 2, fizik atau biologi.Lepas tu...memang hancuss result aku. masuk IPT, aku memilih Sains Komputer semata-mata untuk 'lari' dari Biologi dan berbekalkan kekaguman aku pada teknologi komputer, aku terpaksa bermula dari '0' dalam usaha mengejar ijazah.

Okeylah, sebelum tu, semasa di tingkatan 4 aku ada satu lagi cita-cita selepas beberapa bulan mengenali Biologi...iaitu Doktor Haiwan. Puncanya, mungkin aku banyak terdedah dengan haiwan-haiwan peliharaan..haiwan kesayangan aku pada masa itu pula, ayam..(haiwan yang jarang-jarang jadi 'pet' budak perempuan macam aku). Aku siap pakat dengan salah seorang rakan sekelas aku yang kami akan sama-sama buka klinik haiwan kelak...haiwan peliharaan macam anjing, dia janji akan handle (dia non-muslim), yang lain macam lembu, kuda..aku yang handle..hampeh tul!hahaha. sekarang dia dah jadi cikgu.hihihi.

Masuk Tingkatan 5, aku mula terlibat dengan pementasan drama sekolah. Masa tu memang setiap tahun pun aku menyertai sayembara penulisan. Tahun tu aku dan beberapa rakan sekelas menyertai pementasan drama..Aku yang memang tak reti berlakon, cuma melakukan kerja belakang tabir. Maklumlah, cita-cita pengarah filem tu masih merupakan salah satu cita-cita serius...Bila difikir-fikir, sebenarnya aku memang sangat berminat pada bidang yang sebegini. Cuma pada masa itu tidak tahu halatuju. Apapun, sekurang-kurangnya aku sedar bahawa aku berminat dalam penulisan. sebab tu sampai sekarang aku 'maintain' hobi menulis ini.

Lepas matrik, aku sempat menjadi guru pengganti sementara untuk seorang cikgu yang cuti bersalin. sempatlah merasa title 'cikgu' selama 2 bulan. namun, apa yang aku pelajari...aku mendapati diri aku kurang sesuai pada profesion perguruan.. walaupun ramai kawan-kawan dan keluarga aku yang bergelar 'cikgu', ia bukan bermakna aku juga sesuai pada pekerjaan ini. Cukup aku menjadikan kisah 'terikut-ikut' kawan memilih aliran semasa di tingkatan 4 dulu sebagai pengajaran. Aku mula belajar untuk membuat keputusan sendiri sejak itu. sebab itulah semasa zaman kampus, aku sentiasa memilih subjek pilihan mengikut pilihan aku sendiri dan tidak mengikut kawan-kawan. Walaupun itu membuatkan aku masuk ke kelas seorang diri tanpa kawan-kawan rapat, aku puas hati. walaupun aku terpaksa bertutur dalam bahasa yang sangat asing (bahasa Jepun), namun aku puas hati.

Dalam usia dewasa ini, aku masuk pula dalam bidang 'retail', dan ramai juga yang berpandangan negatif dengan pilihan aku ini. Mungkin sebab jam bekerja aku lebih panjang (cuti hanya sekali seminggu) dan sentiasa bekerja pada hujung minggu dan public holiday. Namun, banyak yang aku pelajari terutamanya selok-belok perniagaan. Malah bidang ini mengajar aku untuk menjadi lebih kuat. Separuh daripada ketabahan aku duduk di tanah semenanjung ini tanpa keluarga adalah datang daripada pengalaman yang sangat 'tough' dalam bidang ini. sebab tu aku sering mengatakan, syarikat GCH Retail adalah satu 'universiti' pada aku.

Walaupun 2012 ni bermakna usia aku menginjak 30 tahun, 'cita-cita' itu masih dalam senarai kehidupan aku. walaupun ada salah seorang anak murid aku dahulu berkata, " cikgu kan dah jadi cikgu..nak cita-cita apa lagi?" ..(maklumlah, mereka tidak tahu aku cuma cikgu ganti sementara sahaja...hihihi)
Bagi kehidupan pelajar, 'pekerjaan' itu diletakkan sebagai cita-cita. namun setelah mengharungi alam pekerjaan, rupa-rupanya cita-cita itu soal target sepanjang hidup ini.. cita-cita itu bukanlah pekerjaan semata-mata, ia cuma sebahagian kecil.
bagi aku,'pekerjaan' yang sebenar adalah pekerjaan yang kita lakukan tanpa kita rasa pergi 'bekerja', yakni sesuatu yang kita lakukan dengan penuh rasa minat. Aku sudah banyak mendengar keluh-kesah daripada kawan-kawan yang tertekan dengan pekerjaan..peliknya kebanyakannya daripada kawan-kawan yang jadi guru selepas mengambil KPLI. Patutlah salah seorang pensyarah aku dulu pernah mengingatkan, "jangan jadikan profesion perguruan sebagai pilihan terakhir..ambil KPLI jika ia pilihan pertama kamu." 
Memang jadi trend pada masa itu, jika sukar mendapat pekerjaan, KPLI adalah pilihan terakhir...kata orang, lebih baik daripada tiada pekerjaan langsung. Mula-mula aku pun terikut-ikut ambil KPLI, namun aku tersedar dan teringat kembali kisah 'ikut-ikut' pada zaman persekolahan. sebab tu aku hanya ambil exam sekali, dan tidak pernah mencuba lagi selepas itu. Aku tidak mahu tergolong dalam golongan 'ikut-ikut'. berkeluh-kesah  seperti mereka yang memilih KPLI sebagai jalan singkat... jadi, pastikan jadi 'cikgu' jika anda benar-benar mahu jadi cikgu...jangan cemarkan profesion ini, Ok? =p

Panjang pula kisah cita-cita ni kan? Cita-cita sekarang?.. aku nak sebutlah ayat klise zaman sekolah dahulu, "menjadi usahawan yang berjaya.." hahahaha. sesungguhnya, setiap liku yang aku lalui tidak pernah aku kesali.. dari aliran sains tulin, biologi di matrik, sains komputer di IPT dan 'retail' di alam pekerjaan, semuanya aku hargai. Sebab pada aku, kesemua ini adalah ketetapan daripada Allah swt. Tiada apapun kesilapan, cuma pengajaran yang harus diambil dengan setiap ketidaksesuaian. Semua inilah yang menjadikan kita 'insan' dan semakin berharga dalam kehidupan...

Monday, January 02, 2012

Cita-Cita 1

Cita-cita... Ingatkah semasa di bangku sekolah dulu, cita-cita adalah soalan wajib daripada cikgu yang perlu dijawab hampir setiap tahun. Darjah 1 dulu, memang aku sangat nervous bila ditanya, sebab aku memang blurr gila maksud cita-cita tu... Tak silap, masa tu boleh jawab nak jadi jururawat..kerani pun pernah.hahaha. Masuk darjah 3, mak bagi cadangan cita-cita jadi peguam. Bangga masa tu, sebab terasa cita-cita "peguam" tu canggih. padahal bukannya tahu pun peguam tu 'menatang' apa. Bila teringat balik, memang tak sesuai langsung sebab aku bukannya spesies orang berdebat. Aku spesies orang yang nampak 'cool' gitu, lebih banyak mendengar dari bercakap.

Semakin usia meningkat, aku semakin mengerti tentang maksud "cita-cita". Kalau sebut cita-cita paling popular, tentulah doktor, peguam, ahli perniagaan atau pensyarah. Kalau daripada 3 pilihan, biasanya 4 pekerjaan ni mesti terselit sebagai pilihan salah satu.

Semasa di Tingkatan 2, aku mula mengagumi Dato Yusof haslam kerana kejayaannya mengutip berjuta-juta melalui filem Sembilu. sejak dari hari itu, aku mula menyimpan cita-cita menjadi Pengarah Filem. Satu kelas pun tahu cita-cita (atau angan-angan) aku ini. Bukan sekadar main-main, aku benar-benar serius pada masa itu.saban hari aku memikirkan bagaimana aku boleh jadi pengarah Filem sebab setahu aku di daerah kelahiran aku tu belum pernah pulak aku dengar ada individu yang menjadi pengarah filem. hahaha.

Masuk tingkatan 3, aku jatuh hati dengan cita-cita "inspektor polis". Maka, aku pun menjadikan itu salah satu cita-cita aku selain daripada pengarah filem. Malangnya, aku tidak mencapai ketinggian minimum. tambahan pula, aku memakai cermin mata. Kawan-kawan mengkhabarkan pada masa itu bahawa seorang polis perlu mempunyai penglihatan yang sempurna. namun aku tidak pernah berputus asa..sehingga ke zaman universiti, aku masih mencari jalan untuk menceburi bidang kepolisan. pernah sekali aku bertanya sendiri kepada encik polis yang menjaga booth PDRM di satu pameran kerjaya, boleh diaorang gelakkan aku..huhuhu..mesti diaorang rasa lucu memandangkan fizikal aku yang memang agak 'kemetot'.

Dah sedar diri yang cita-cita polis tu semakin terasa jauh untuk digapai, aku cuba-cuba pula merisik untuk menjadi polis bantuan. suami aku siap gelakkan aku...hampeh tul. sampai suatu tahap, aku akhirnya menerima hakikat bahawa polis bukan pekerjaan yang dicipta untuk aku...hihi.

Bukan itu sahaja, ada beberapa lagi pekerjaan yang pernah menjadi cita-cita aku. Masuk tingkatan 4 dahulu, aku pernah terpaksa mengatakan 'doktor' merupakan cita-cita aku semasa ditanya cikgu..kenapa terpaksa? Esok aku sambung cerita..

Ok, terima kasih kerana membaca. Selamat pagi!