Pages

ads

Thursday, March 29, 2012

Donat kentang ala Fabio

Lama sungguh aku meninggalkan blog ni..

hari ini aku mahu berkongsi resipi donat kentang. Puncanya, si mamat dalam video di bawah ni. Cuba korang tengok, manalah tahu dapat fiil mahu buat donat lepas tu. nak dijadikan cerita, aku sebenarnya memikirkan pasal gula untuk donat ni. snow powder kah? icing sugar kah? lepas tu rasa macam...astaghfirullah.. hubby aku kan pastry chef! rasa nak ketuk kepala kat dinding sekejap. buat penat saja aku memikir, cepat-cepatlah aku call hubby.


aduss..memang aku tergoda untuk mencuba nasib membuat donat lepas tengok video ni. maka, aku pun mencari resipi donat si Fabio Viviani yang begitu seksi ni.

Oh, sudah tentu aku mengubah resipi ini mengikut kesesuaian, terutama bahagian 'lard' tu. hihihi. Lepas tu aku buat mengikut bahan-bahan yang ada di dapur..Yes, aku menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah.

Resipi asal ada di sini. Resipi yang aku ubah, ada di bawah ni. seperti biasa, aku guna "standard measuring cup".

DONAT KENTANG ALA FABIO 

3/4 mangkuk kentang (direbus dan dilenyek) agak-agak besar mangkuk macam dalam video tu
1 1/4 cup susu segar
2 biji telur gred A, dipukul
3/4 cup lepa susu (buttercup) -sebab aku kehabisan butter
3/4 cup gula
1/2 paket yis segera (2 tsp)
5 cup tepung roti

minyak untuk menggoreng
butter cair secukupnya
gula halus (caster sugar)

langkah-langkahnya aku buat lebih kurang macam dalam video tu.. cuma aku masih buat donat yang berlubang..dan aku bagi doh kembang terlebih dahulu barulah buat bentuk. secara ringkas:
1) gula+yis+telur+susu (pukul 2 minit)
2) masukkan lepa susu dan kentang (pukul 2 minit)
3) masukkan tepung sikit-sikit, aku buat 3 bahagian. (pukul 2 minit setiap kali masuk)
4) aku masukkan doh dalam besen, tutup dengan kain lembab dalam 20minit (naik 2kali ganda dari saiz asal)
5) gelek tebal lebih kurang 1/2 inci dengan penggelek(kalau tiada..gunalah botol kicap kah..) atas papan yang yang sudah ditabur tepung supaya tidak melekat. kalau ada penerap donat, senang. tapi aku tiada..cuma guna cawan dan penutup botol mineral. cawan untuk buat bentuk bulat besar, dan lubang di tengah guna penutup botol.
6) goreng. dah masak, sapu dengan mentega cair dan celupkan dalam gula.



tinggal 4 biji barulah teringat nak ambil gambar..hihihi.. resipi ni aku dapat 35biji donat yang comel-comel. aku bagi dengan geng jiran-jiran aku. sedap, lembut. seronok sebab pertama kali buat donat, jadi pulak tu. lepas tu rasa lain sikit, sebab guna kentang.

apapun, donat hubby aku jugak paling sedap. percaya tak, lelaki yang tahu 'baking'(dalam bahasa Melayu apa ya?..menguli tepung?), memang seksi. hihi. sebab apa? semua lelaki tahu memasak (cooking)...paling koman kalau diaorang dah lapar, mesti tahu masak maggi atau goreng nasi...mana-mana lelaki normal mesti tahu buat. Tapi berapa ramai lelaki yang tahu 'baking'?  =p

okey, selamat mencuba!

Tuesday, March 13, 2012

Ayam Nenas

Hari ini aku kena masak juga nenas ni.


Nenas ni ada kisahnya. Ia ditanam ketika aku mendirikan rumahtangga dahulu. mak mertua aku minta anak nenas dari makcik aku, bawa balik sini untuk ditanam. Hah, selepas 3 tahun 7 bulan 2 minggu inilah hasilnya. jadi, aku pun dari hari Sabtu lepas (masa diambil dari pokoknya yang ditanam bawah pokok jambu), dok memikir nak buat apa dengan nenas ni. selama aku kahwin, ada sekali sahaja rasanya aku beli nenas sebab teringin makan pajeri nenas. tu pun tak berapa nak jadi, hahaha.kalau nenas ni beli kat tesco, taklah juga aku memikir sangat, tapi nenas ni rasa istimewa pula... Tanam semasa baru kahwin, sekarang Veenea dah nak masuk 3 tahun. Mula-mula ingat nak tunggu suami aku balik Jumaat ni, tapi dah kuning sangat. Takut jadi buruk pulak.

Akhirnya aku pun buat keputusan masak ayam nenas. Entahlah, tak pernah buat pun. Tapi aku dengan super confident mencari bahan-bahan yang ada. teringat chef dalam rancangan Chef at home... masak tanpa resipi. Hah, aku pun masak main hentam sajalah..

Bahan-bahan
1 dada ayam /isi ayam
1/4 biji nenas kecil dipotong-potong
1 biji tomato dipotong 8
1/2 biji bawang kuning dipotong dadu
1/2 biji cili merah besar dihiris
1 susu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
1 sudu teh serbuk pati ayam
garam + serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng

Mula-mula goreng ayam yang dilumur garam dan serbuk kunyit sehingga 3/4 masak atau masak sepenuhnya. ketepikan.
Tumis bawang besar dan cili.
masukkan nenas dan tomato, kacau.
masukkan sos tomato, sos cili, serbuk pati ayam. kacau rata. tambah sedikit air.
masukkan ayam tadi. perasakan dengan garam jika tak cukup masin.
kacau, dalam 5 minit.
siap!

senang kan? aku tengah masak ni sambil ditarik-tarik Veenea yang nak aku temankan dia tengok tv. memang masak campak-campak sahaja. Sebenarnya sukatan yang aku bagi di atas tu pun bukannya 'exactly', dah nama masak 'campak-campak' kan.. terutama sos tu, aku taklah rajin tuang dalam sudu sebelum masukkan ke dalam kuali, main agak-agak sahaja. Mulut aku pula masa tu tengah membebel sebab Veenea merengek-rengek.

Rasa? Sedaplah. ada rasa nenas, hehe. Aku rasa sedap sebab Veenea makan dengan penuh berselera. Aku bagi banyak kuah sebab Veenea macam daddynya, makan kena berkuah.

Sekarang, aku kena fikir lagi..nak buat apa pulak dengan baki nenas yang tinggal.. hmmm. makan begitu sahaja? boleh jugak kan..dahlah rasanya manis. =p