Pages

ads

Wednesday, November 14, 2007

Memperkenalkan...Legenda Tangkob Kaadangan


10:34pm, 12nov 07
Aku duduk di kerusi sambil mencapai mouse. mata rasa berat sangat sebab jam sudah 10.34pm, dan aku baru habis kerja. Web pertama yang aku buka, sudah tentunya web Karnadya diikuti web-web yang lain.

wah! Cover novel aku dah siap! =) Bestnya! terima kasih KarnaDya!!

masa tu juga terasa mahu menulis sesuatu, tetapi aku perlu bersiap segera kerana kejap lagi aku kena ke Sabak Bernam...kesudahannya, aku hanya dpt online 2hari kemudian..


Legenda Tangkob Kaadangan?


Ini kisah budak-budak nakal, tapi berhati baik. Budak-budak yang aktif meredah hutan, berakit di sungai dan ada semangat berkobar-kobar untuk menentang kejahatan. Rupa-rupanya legenda yang hanya menjadi sebutan dan hikayat di kampung mereka, masih wujud di dunia sebelah sana...di dunia sebalik tangkob.. di dunia sebalik Tangkob Kaadangan. di dunia yang mengenalkan mereka kepada Gaman Gunsalam, Jabin, Dumas, Kerajaan Gorogom dan Rogon Gayo. semuanya terlalu asing dan tidak ubah seperti cerita dongengan dan hikayat penglipurlara.

Secara peribadi.. ini satu cerita pengabadian tentang zaman kanak-kanak riang dahulu berserta imaginasi2 nakal yang selama ini disimpan rapi. dengan penuh rasa bangga, inilah Trilogi Legenda Tangkob Kaadangan. dan "Menjejak Gong Sakti" merupakan siri yang pertama...sebagai siri pengenalan, dan satu permulaan.

Ikuti kisah Vienna Lajip bersama sepupunya, Alfa Johanes yang tidak pernah berenggang dengan lastik yang tergantung di leher.. tidak lupa juga Pedro Saupin, jiran sebelah rumah yang sangat menjengkelkan. Cikgu Lajip yang tegas, dan pokok durian Encik Sompong yang membawa kepada penemuan legenda yang 'terbeku' di dasarnya..

Dengan cover yang best, jangan segan-segan beli. =). kalau segan, belilah juga. hehehe


1 comment:

  1. vie... sa mo beli buku budak-budak daripada ko bulih ka? budak tahap satu punya termasuk buku ko nih laa..

    ReplyDelete