Pages

ads

Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Wednesday, May 23, 2012

Kisah cikgu disiplin

Aku percaya... semasa zaman sekolah, masing-masing ada cerita mengenai 'cikgu garang'.Mitos (mungkin juga fakta) yang paling popular adalah, guru yang memegang jawatan 'cikgu disiplin'. Jarang-jarang aku dengar cikgu disiplin yang lemah-lembut. Semuanya tegas belaka. Masih ingat lagi sebelum masuk tingkatan 1 di SMARD dahulu, aku sudah mendengar tentang kegarangan Cikgu Lily dan Cikgu Farman melalui rakan-rakan sekampung yang lebih senior. Sampai risau dibuatnya nak masuk sekolah menengah waktu tu.

Masuk SMARD, pertama kali terlihat akan cikgu-cikgu disiplin sidang petang ini (sesi tingkatan 1-3), aku memang sudah ada mentaliti 'takut'. Dengar-dengar dahsyatlah kegarangan mereka ini. Malah, waktu tingkatan 1, aku pernah menjadi mangsa 'gunting' Cikgu Lily kerana rambut panjang di hadapan, melebihi paras kening.(masa tu tak pakai tudung lagi). Bengang pun ada masa tu sebab Cikgu Lily potong rambut senget 45 darjah. Jadi bila aku 'repair' rambut, memang terpaksa potong pendek gila-gila. Rasa macam kartun pun ada.

Masuk tingkatan 2, aku berpeluang mendekati Cikgu Lily melalui Kelab Pencinta Alam. Setelah terlibat dengan banyak aktiviti, aku rasa Cikgu Lily ni sebenarnya taklah garang mana. Dia garang waktu peraturan dilanggar sahaja. Kalau waktu biasa-biasa, dia sporting sebenarnya. Begitu juga selepas beliau menjadi guru yang mengajar BI di kelasku. Tak dahsyat pun. janji, jangan langgar peraturan..itu sahaja! Malah, sepanjang waktu belajar di SMARD, sebagai ketua Kelas dari tingkatan 2 sampailah tingkatan 5, aku memang kena selalu masuk bilik disiplin untuk menghantar apa-apa laporan. Kebetulah guru displin yang lain seperti Cikgu Mohd Asrah adalah cikgu matematik aku semasa tingkatan 1, Cikgu Johari pula cikgu BI aku semasa tingkatan 2, dan yang paling best, Cikgu Bayani merupakan 'mak' atau mentor aku semasa di tingkatan 3. Semua pun guru disiplin. Tapi hubungan aku baik dengan mereka semua.

Masuk tingkatan 4, aku berkenalan lagi dengan seorang guru disiplin sidang pagi(sesi tingkatan 4-6), iaitu Cikgu Zaiton. Sebenarnya garang cikgu ni hanya pada ketegasannya. Pernah sekali aku datang lambat ke sekolah, aku dan pelajar lain yang senasib disuruhnya pungut sampat di sekitar 'kolam ikan Cikgu Ashmir' (sebab Cikgu Ashmir selalu bagi ikan makan..hihi). Aku yang memang sebenarnya agak nakal, boleh main-main waktu tu. Walaupun Cikgu Zaiton tengah cekak pinggang, aku boleh dok senyum-senyum. lagipun 'jenayah' yang aku buat bukannya dahsyat pun...salah drebar van yang lambat hantar kami ke sekolah.

namun, 'cikgu disiplin' yang paling aku kenali dalam hidup aku adalah ayah aku sendiri. Ayah memang garang dengan budak-budak sekolah yang nakal-nakal. Tidak dinafikan kami adik-beradik (dengan abang...masa tu adik belum lahir) pun turut sama 'didisiplinkan' di rumah. Lagilah memang sah-sah aku ni agak nakal dahulu. Namun, bagi aku mana-mana cikgu disiplin pun sebenarnya berhati baik. Di rumah (selain waktu mendisiplinkan), ayah seorang ayah yang sangat penyayang. Semua cikgu disiplin di sekolah tu pun orang juga macam kita. Ada keluarga, ada adik-beradik, suami, isteri, dan anak-anak.

Dah tua-tua ni, bila terkenang balik memanglah senyum-senyum sendiri. sekarang ni ramai pula kawan-kawan yang jadi cikgu. Hah, barulah mereka merasa dan faham kenapa perlu menjadi tegas dengan anak-anak murid. ada yang siap tulis dalam Facebook akan kenakalan murid-murid yang ponteng kelas tapi dia tak tahu nak bereaksi macam mana memandangkan dahulu dia juga pernah ponteng kelas...malah Semua geng-geng ponteng dia pulak dah jadi engineer, pegawai tinggi... jadi dia menyimpulkan budak-budak ponteng ini kita tak boleh tuduh 'macam-macam', sebab mereka mungkin jadi orang-orang yang hebat kelak. Hmmm..nak dijadikan cerita, aku pun pernah ponteng kelas dan pernah didenda zaman sekolah dahulu. Tapi ponteng aku setakat merayau di dalam kawasan sekolah ataupun ponteng kelas tambahan. tidaklah sampai buat benda-benda pelik. masih dalam kategori ponteng 'budak baik' lagi. hihi. Alhamdulillah, geng-geng ponteng aku semua jadi 'orang' dan punya kerjaya yang hebat-hebat. 

Kedudukan guru disiplin di sekolah memang sangat penting... Tanpa mereka, mungkin 'kenakalan' aku menjadi-jadi waktu itu. Kepada cikgu-cikgu yang aku sebut namanya di atas, terima kasih kerana 'menjaga' aku sepanjang waktu belajar di SMARD. Tanpa kalian, siapalah aku...
 

Saturday, May 12, 2012

Mengenang UNIMAS

Dah lama meninggalkan dunia kampus.

Tapi manalah boleh lupa kan? Walaupun aku lebih bersifat 'invisible' semasa zaman study, dan tidak sure berapa ramai sebenarnya yang perasan dengan kehadiran aku. maklum saja, aku bukan pelajar yang terror dalam programming, bukan student power pointer, jauh sekali berangan untuk jadi best student. Lecturer pun tidak perasan kut, sebab tu tidak pernah nama naik untuk ditanya para lecturer semasa kuliah. Ya, I'm invisible. Some of my friend ingat aku ni budak FSGK (seni), since perangai aku yang memang very silent dan hidup di dunia sendiri.

Lagilah aku ni pelajar menambah semester. Sendiri cari penyakit masa tu. sudahlah invisible, 'malas' pula tu..hahaha.. bukan malas apa, malas ambik jam kredit banyak-banyak. Kalau sudah ambik 12-15jam kredit saja 1 sem, jangan mimpilah nak habis on time kan. Tapi,itulah..fikir tidak habis-habis, mau senang saja. Yang aku pelik, biasiswa mau juga support time tu. Sudahnya, time konvo macam alien. sebab semua kawan-kawan konvo dulu.

Satu kenangan manis di UNIMAS, aku main gamelan. bukan main saja, jadi golongan 'ketua-ketua' bersama kawan baikku, Azura. se'invisible' aku, ada juga sesuatu yang buat aku tersenyum. Bestnya main gamelan, aku dapat masuk dewan konvo tiap-tiap tahun. bukan setakat tiap tahun, tapi setiap sidang. Sampai rasa nak request masa tu, boleh tak aku rehat untuk satu sidang? Tak boleh! hadoi.. susah jugak kalau semakin pupus kewujudan  orang Melayu yang reti main gamelan..anak Dusun ni juga yang takeover.hihi.. (actually, orang Melayu, Iban, Melanau, Cina pun ada).

Kalau jadi student, peluang merasa suasana konvo hanya sekali, iaitu sewaktu diri sendiri berkonvo. Kecuali kalau jadi AJK yang menyibuk dalam dewan, terasalah tempias-tempias dan bolehlah tumpang feel konvo. Satu lagi caranya, jadilah pemain gamelan. Main muzik live untuk orang-orang terima skrol. Walaupun mungkin tidak glamour langsung, sebab orang tidak pandang. duduk nun jauh di belakang (time tu lah...tidak tau sekarang macam mana). Kalau yang tidak alert, mesti orang ingat bunyi gamelan tu cuma soundtrack dari CD player.

Jadi, ceritanya aku sampai muak tengok orang konvo. bukan apa, sakit tangan...ingat pukul bonang tu tidak penat? tapi, aku tumpang bangga. Bangga dan rasa disuntik semangat tengok kelegaan di wajah setiap student yang naik pentas. Lawaknya, part ucapan dari wakil student. Tiap tahun skrip sama, tiap sidang guna skrip yang sebijik...pengucapnya saja lain-lain (biasanya pelajar penerima anugerah).

Jadi, aku percaya ramai ibubapa dan student yang tertipu..ingat skrip tu student tu yang buat. Yang tak tahan, sampai nangis-nangis. ada satu sidang tu, tukang ucapnya berjaya membawakan ucapan dengan penuh feeling (kawan aku sendiri...si wawa). suara dia memang semulajadi bunyi macam orang nak nangis kalau time terkena pitching tinggi, kami kawan-kawan dia semua sedia maklum akan suara sizuka dia.. Jadi, satu dewan masa tu ingat dia nangis. semua parents pakat berdiri tepuk tangan. tiba-tiba jadi 'drama' pulak..hadoilah. Kalau dikenang balik, aku tergelak sendiri.

Aku tidak pasti teks ucapan tu dah bertukar atau belum sekarang ni.. last penutup mesti ada pantun "anak ayam turun sepuluh" tu. (para junior, silalah update kalau terbaca).

Sudah 6 tahun berlalu. kampus sekarang pun sudah jadi kampus baru. student UNIMAS sekarang boleh bangga sebab belajar dalam bangunan canggih-canggih. Tangki air pun cantik. Bukan macam kami dulu, blok papan. Kafe pun 3 biji saja...kalau tidak pohonmas, keranji..kalau tidak keranji, ensurai.. kalau time cuti, rasa patah kaki sebab semua tutup..terpaksa jalan kaki ke warung 2000 di luar kawasan. Tapi specialnya...semua student memang 'kenal' antara satu dengan lain. walaupun mungkin sekadar berselisih, tapi sebab saiz kampus yang 'minimalis', kami bertembung sangat kerap.

UNIMAS kini dalam kenangan. moga-moga suatu masa aku boleh pijak lagi kaki ke sana sebab rindu dengan suasananya..

P/s; thanks to my bro, yang terlebih rajin memformat my harddisk dengan jayanya sewaktu ketiadaanku.habis semua gambar konvoku diformat sekali. of course aku tidak sempat buat backup masa tu, it just 2 weeks after convo.. lost all of it... gambar konvo aku yang besar gedabak di rumah tu pun kena banjir. huhu.

rasa macam betul-betul invisible.

..
...
....

nasiblah ada sekeping gambar ni, itupun cilok dari friendster kawan dulu.

Thursday, January 05, 2012

Apa Perasaan Mendapat semua A?

Apa ya perasaannya? Aku sengaja mahu berkongsi tajuk ini hari ini sebab secara peribadi aku pernah melaluinya 2 kali, semasa UPSR dan PMR. Bezanya, aku tak masuk paper..hehehe.

Hmm...Mula-mula perasaannya seronoklah, sebab dah belajar rajin-rajin...walaupun sebenarnya aku bukan spesies yang terlalu rajin. Tapi jika dibandingkan semua peperiksaan besar, UPSR inilah yang aku ada jumlah jam belajar yang paling banyak..maklumlah, masih 'innocent'.. hehehe.
Semasa di darjah 6 tu, aku lebih takut untuk tidak dapat straight A sebab tidak mahu jadi 'ganjil' menjadi satu-satunya pelajar yang tidak dapat semua A di kalangan kawan-kawan yang dianggap cemerlang. Terukkah aku cakap macam ni? bertahun-tahun aku tak pernah cakap dengan sesiapa, tapi ya...kenyataannya begitu. Bila dapat keputusan tu, rasa lega teramat sangat. LEGA. Kalau tak dapat semua A masa tu, memang kecewa kut...sebab memang betul-betul nak A...tak nak ketinggalan keretapi.hihi.

PMR..yang ini aku terkejut amat. dapat sahaja slip, aku memang terkejut beruk sebab memang tidak pernah mimpi dapat straight A. Nasib baik orang di sebelah aku masa tu perempuan, sebab aku terus peluk.Itulah perasaannya...berbeza semasa UPSR. masa tu macam dapat kereta Ferrari semasa anda berangan-angan dapat Proton Saga. macam ada bulan jatuh bedebuk ke atas riba.

Tapi sebenarnya, yang lebih besar cabarannya adalah selepas semua itu. apabila semua 'spotlight' dihalakan kepada anda. Apa-apa pun yang anda buat, semuanya diperhatikan. memang berat dugaan menjadi terbaik, apabila semua memerhatikan. Syukurlah, perhatian itu terhenti setakat itu sahaja. Mungkin sebab SPM keputusan biasa-biasa. Alhamdulillah, sampai juga ke universiti.

Aku cuma memikirkan nasib sesetengah pelajar cemerlang yang terlalu menjadi perhatian sehingga setiap langkah mereka diperhatikan. Sedikit sebanyak aku dapat merasakan 'beban' yang mereka pikul. Apatah lagi yang terkenal sampai satu negara. Mudah-mudahan mereka mampu mengharungi setiap cabaran itu.. Dan sentiasa menjadi terbaik.

Sebab tu kadang-kadang, menjadi biasa-biasa ni lebih baik. jadi, kalau dapat result yang tidak menggempakkan satu Malaysia pun tidak mengapa. sekurang-kurangnya kita berjalan makan aiskrim di mana-mana dengan perasaan yang lebih selesa tanpa siapa-siapa menoleh memandang 2 kali ke arah anda.