Pages

ads

Monday, March 04, 2013

J Residence Kundasang

Lama sungguh tidak update blog ini.. Bayangkan, entri terakhir tentang percutian ke Kundasang..Ini nak cerita pasal Kundasang lagi! =) Mungkin lebih spesifik, tentang pengalaman menginap di J Residence.

Selepas bercuti dengan keluarga, kali ini ada peluang bercuti secara 'ekslusif' pulak. Sengaja mencari lokasi bermalam yang jauh dari penempatan manusia, atau lebih tepat..yang lebih dekat dengan alam semulajadi. maka, hasil carian pak google, dan bacaan dari blog ke blog.. akhirnya aku memutuskan untuk memilih J Residence sebagai lokasi penginapan. Aku menempah penginapan sebulan lebih awal, agar percutian ini berjalan dengan lancar... Juga sebagai kepastian agar mendapat tempat yang menepati citarasa.

Berurusan dengan J Residence adalah satu pengalaman yang menarik pada aku, kerana maklumbalas yang cepat (tidak sampai 2 jam selepas email pertama), malah memberi maklumat yang sangat memuaskan. Setelah menimbang-nimbang serta membaca banyak 'review' dari pelbagai sumber, aku akhirnya menempah 'house 1', yang kelihatannya menjanjikan lebih 'privacy' berbanding rumah-rumah yang lain. antara tips-tips yang aku boleh rumuskan:

1) privacy (1 bilik tanpa bersambung mana-mana bilik) -house 1
2) kemudahan dapur - house 2
3) pemandangan cantik - house 3, 5
4) percutian keluarga/ bilangan ramai- villa

untuk maklumat lanjut, bolehlah ke laman web http://jresidence.com

Dan, pada 1-2 Mac lalu...aku, Veenea dan daddynya menuju ke Kundasang untuk meluangkan masa bercuti bertiga setelah sekian lama tidak bercuti sebagai keluarga. Lokasinya hanya terletak kira-kira 300meter sebelum Kinabalu Park (dari arah Kota Kinabalu). Terdapat papan tanda besar bertulis huruf 'J' di sebelah kanan jalan besar. Jadi, nak mencari tempat ni, tidaklah sesukar mana.

Cuma 2 perkara yang membimbangkan aku. Pertama, jalan masuk yang dikatakan curam. Kedua, tekanan bekalan air yang dikatakan rendah. Namun, sebaik sahaja tiba di sini, kebimbangan hilang serta-merta! Jalan masuknya memang agak curam, tapi viva yang aku naiki berjaya melaluinya tanpa sebarang masalah. Selepas check-in (di pertengahan jalan curam), dan mendapat kunci..kami pun menuju ke rumah yang ditempah. Tidak sukar untuk aku mengecam 'house 1' memandangkan aku sudah melihat gambarnya berkali-kali di internet =).

Keadaan House 1 sangat memuaskan. Luas, bersih, ringkas, dan cantik mata memandang. Bilik airnya sangatlah luas, dan sesungguhnya tiada masalah dengan tekanan air. Pemanas air di bilik air pun sangat OK pada aku. Veenea pulak sangat seronok, dan menghabiskan kebanyakan masa dengan menonton DVD Dora the Explorer yang aku bawa sendiri kerana mendapat tahu setiap bilik disediakan sebuah TV berserta pemain DVD. Maka, aku bolehlah berehat dengan tenang tanpa diganggu Veenea.

Cerek elektrik  turut disediakan. Berserta dengan sebotol besar air minuman, dan 2 paket nescafe 3 in 1. Memang sangat kena dengan perangai 'hantu nescafeku'. hihihi. 2 helai tuala serta peralatan mandi seperti sabun dan syampu turut disediakan. Tisu tandas pun ada. pada kadar yang berpatutan, RM88 1 malam (Isnin-Jumaat), penginapan ini sangat sempurna padaku. Oleh kerana penginapan ini berada di kawasan Gunung Kinabalu, aku sememangnya menjangkakan suasana yang hijau dan dekat dengan alam semulajadi, sebagaimana yang 'diberi' oleh penginapan J Residence ini.

Cuaca malam memanglah tersangat dingin. Namun aku sudah bersedia dengan baju tebal. Malah aku membawa selimut extra untuk Veenea  (dan tidak digunakan pun sebab selimut yang ada sudah cukup tebal).. J Residence ada menyediakan selimut tambahan pada kadar bayaran tertentu.

Awal pagi aku dikejutkan oleh Veenea apabila mengatakan " Umi, there's a snake!" Panik aku sekejap. "And a tiger!" Rimau?
"In the jungle!" sambungnya lagi sambil menudingkan jari ke luar balkoni yang dirimbuni pemandangan hijau. Tergelak aku dibuatnya. jangan risau beb, tiada ular mahupun rimau. Cuma imaginasi Veenea semata-mata yang tidak selalu nampak hutan.

Veenea nampak begitu suka dengan suasana sekeliling. Begitu juga aku. Terdetik di hati aku untuk menginap lagi di tempat ini suatu masa nanti, kerana dalam masa sesingkat 1 malam, fikiran aku begitu lapang dan tercetus beberapa idea untuk menulis. Dah lama benar hatiku kacau dan 'blocked' daripada menyusun perkataan-perkataan. Tengok masa dan rezeki aku ke sini lagi...macamlah jauh sangat dari rumah mak bapak aku..sejam perjalanan saja. haha.


Pekan Kundasang juga tidak begitu jauh, cuma kira-kira 15 minit perjalanan kereta. Jadi, aku tidak bermasalah dalam mencari tempat makan.

Ok lah. Kalau masih tercari-cari tempat menginap, J Residence adalah salah satu lokasi yang sangat baik bagi sesiapa yang mencari ketenangan dan suasana hijau. Siap boleh dengar bunyi cengkerik lagi. Cuma penginapan ini tidak menawarkan pemandangan yang menghadap Gunung Kinabalu, namun masih 'menghadiahkan' pemandangan lembah menghijau.

Kemudahan (House 1): tuala, sabun, syampu, cerek air, mug, tv & pemain DVD (tiada siaran tv), wifi (aku tidak test tapi ada dinyatakan), balkoni peribadi tanpa berkongsi dengan penghuni lain, warm shower, dan suasana ketenangan yang luar biasa.

Thumbs up J Residence!

Entri berkaitan: Desa Cattle Kundasang

2 comments:

  1. Dear Vee,

    Thank you for your kind words.

    We hope you may visit us in the near future =)

    Best Regards,
    Joshua
    www.jresidence.com

    ReplyDelete
  2. lepas ni nak ke sana..dh booking bilik yg sama juga untuk lebih privacy heeee =P

    ReplyDelete