Pages

ads

Showing posts with label Kuch kuch Hota Hai. Show all posts
Showing posts with label Kuch kuch Hota Hai. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

Videoklip Kuch Kuch Hota Hai

Selepas tengok filem Kuch Kuch Hota Hai (KKHH) hari tu di TV2, aku memanglah di alam mood romantik begitu... Disebabkan CD KKHH aku sudah hilang entah ke mana, aku pun mencarilah di dalam youtube. Habis satu filem aku download (21 files). hohoho. walaupun kualitinya memanglah kureng, malah banyak 'cut' sana-sini.. kira ok lah..lagipun aku memang sudah hafal jalan cerita.

Aku sekali lagi mencari bahagian lagu tertentu pada filem ini. Biasalah, bukan filem hindustani namanya kalau tiada lagu. Istimewanya filem ini, semua  dan SEMUA (aku bagi huruf besar lagi) lagu dalam filem ini bukan tangkap muat punya. Semua best.

Aku jumpa pautan ini dalam youtube,


Ini antara scene cum lagu favourite aku, sebabnya Kajol nampak betul-betul cantik (di mata akulah). Apatah lagi selepas separuh movie sebelumnya Kajol berimejkan gadis tomboi sepenuhnya. Bila keluar lagu ni, memang totally transform sampai rasa mata tidak berkelip tengok si Kajol.

Dari peng'upload' yang sama, ada lagu-lagu filem KKHH yang lain. Siapapun orang yang memuat-naik video ni, aku betul-betul rasa 'wow' sebab kualiti video yang sangat bagus..maksud aku pixel (atau apa-apalah istilah yang sewaktu dengannya) video ni. Aku selalu ada mind-set kalau video dari youtube, kualitinya agak kureng sikit. Kalau pun ok, mesti saiznya besar gedabak yang lambat macam siput untuk di'loading' sekaligus memenuhkan kuota broadband aku dengan cepat sebelum hujung bulan. Tapi video-videoklip ni rasa berbaloi. Kualiti ok pada saiz fail yang ok lah.. masihlah berpuluh MB, tapi rasa puashati. Mungkin sebab 'menatang' 'blu-ray' tu ke apa? hahaha. Maaflah, sejak habis belajar, pemikiran ala-ala teknologi/multimedia aku sudah tidak ter 'up-to-date' dah.

Itulah saja aku mau cakap. kantoi kan,  yang aku ni boleh tahan berjiwang-jiwangan. Tidak banyak filem hindustan yang aku layan sepanjang hidup aku...mungkin dalam 10++ filem. Bohonglah kalau aku cakap cuma tengok 10 filem..lebih. tapi yang aku ingat cuma dalam sekitar jumlah itu...kalau aksi tumbuk-tumbuk terbang-terbang tu memang aku tak ingatlah...hihi. tapi yang ini memang sangat terkesan di hati aku. Cerita yang berkisar tentang kekeluargaan, persahabatan dan sudah tentu percintaan. Yang penting bukan seperti kebanyakan (tidak semua) filem romantik Barat yang biasanya beraroma atau gerenti punya terselit adegan seks. O_o. Betullah, cuba fikir-fikir balik.
Hmmm. Lama aku tunggu Karan Johar membuat filem yang 'berhantu' macam ni lagi. memang ada banyak filem, macam Kal Ho Naa Ho, Khabi Khusi Khabie Gham.. tapi masih tidak seperti KKHH. Mungkin sebab filem ini ada kekuatan tersendiri..the chemistry between Hero and Heroine, lagu-lagu dan koreografi tarian yang begitu 'blended' dengan tema...yup again, jalan ceritanya. Cerita biasa yang ada sentuhan luar biasa.

Thursday, May 10, 2012

Penangan Kuch Kuch Hota Hai


Kuch Kuch Hota Hai.

Siapa tidak pernah dengar nama filem ini?
Filem ini memang satu fenomena. Ditayangkan pada tahun 1998. Lakonan Shah Rukh Khan, Kajol, Salman Khan dan Rani Mukherjee. Filem yang mula menaikkan nama Rani dalam industri filem Bollywood.

masa tu aku tingkatan 4. Mak aku pinjam pita video (belum ada CD player lagi) dari kawan dia. Aku dan abang aku si Awi boleh terduduk depan TV dengan penuh khusyuklah. Aku tidak ingat berapa kali aku mengulang tayang pita video tu. lepas tu, waktu tunggu SPM entah siapa beli CD...ulangtayang lagi sampai calarlah CD tu, haha. masuk matrik, aku pulak yang beli CD, original lagi. sekali lagi kisah mengulang tayang berlaku. Itu pasal result exam hampeh. Rajin ulang tayang cerita hindustan...kalau rajin ulangkaji pelajaran tidak mengapalah juga.

kalau ditanya, ada sampai 30 kali aku menonton cerita ini..mungkin. Hah, kiralah sendiri berapa banyak aku membuang masa.. 3 jam darab 30 kali. rasa-rasa lebih lagi. Malam tadi di TV 2 aku sekali lagi menonton filem ni sambil menikmati Nescafe kaw-kaw. Abang aku selalu cakap, cerita ni sangat menyentuh jiwa. Pergh... ingat senang mau dengar orang lelaki cakap begitu? Dia cakap, orang pekak pun boleh memahami cerita ini..dimaksudkannya adalah penghayatan pelakon-pelakon dan keberjayaan penyampaian dialog melalui bahasa tubuh. Tak dengar dialog pun boleh faham. (sila betulkan aku wahai encik awi kalau tidak betul..hihi). Adunan jalan cerita dan susunan muziknya sangat mengesankan. Pendek kata, filem ini kaya dengan jiwa dan perasaan.

Jalan ceritanya ringkas. kawan jatuh hati dengan kawan. Tapi, mungkin penyampaiannya yang luarbiasa walaupun macam tidak logik budak 8 tahun boleh menjayakan misi mustahil mak dia melalui surat-surat wasiat harijadi...hahaha. Kalau fikir balik, memang tidak logik pun. Tapi itulah, kalau dah suka, buatlah cerita tidak logik macam manapun...orang boleh terima.

Pasal sinopsis, silalah google. Pasti ada berlambak. jadi, aku tidak mahu membuat sinopsis di sini. Yang pasti, filem ini memang berjaya mengambil sedikit ruang pada sebilangan hati orang-orang seluruh dunia. Kalau tengok dalam Facebook, lebih dari satu page dibuat untuk filem ini. Selepas 14 tahun, ia masih disukai ramai.

Kenangan aku tentang KKHH ni.. cikgu kimia aku pernah panggil aku dari asrama di suatu hujung minggu..aku pun menononglah jumpa dia di sekolah. Cikgu Kimia aku yang memang hobinya suka melepak di sekolah, pada masa itu tengah minum kopi sambil dengar kaset soundtrack KKHH. Dia panggil aku hanya untuk bertanya aku satu soalan, "Vidara, lagu yang ini part mana dalam filem tu?"hadussh.. hampeh tul. Buang karan sungguh. At least, aku boleh jawab soalan tu dengan betul..haha, nampak sangat aku dah hafal jalan cerita siap dengan lagu-lagunya.

Lepas tu, ada satu scene dalam filem ni yang selalu aku dan kawan baik aku jadikan bahan gurauan atau contoh dalam 'kegilaan + kebodohan percintaan'. Part si Rahul peluk Anjali tapi dalam masa yang sama pegang tangan Tina (waktu Anjali pakai baju pink). Dalam realiti, kalau ada lelaki macam ni memang betul-betul hampeh.

Part aku suka dalam filem ni, part si Anjali nangis dalam hujan lepas terperasan akan luahan hati Rahul. kedua, part babak pertama kemunculan Anjali sebagai seorang gadis yang betul-betul 'gadis', (hari pertunangan dengan Aman). Ketiga, part pertama kali Anjali dan Rahul bertemu semula di summer camp anak si Rahul..bila si Anjali (Kajol) dan Rahul terpegun seketika antara satu sama lain. Hmm..semua pun part lakonan Kajol, haha. Oh,ya..tidak lupa part si 'budak bisu' tu bercakap.. hadussh..mati-mati aku ingatkan budak tu bisu.

Cerita Malaysia ala-ala filem ni... aku rasa filem lakonan Yusry dan Erra suatu ketika dahulu, Kuliah Cinta. Lepas tu drama Dia Atilia, lakonan Fasha Sanda, Zamarul Hisham dengan Almy Nadia. kalau filem Indonesia, Heart, lakonan Irwansyah, Acha Septriasa dan Nirina Zubir. Namun, persamaan tema dan jalan cerita ini aku boleh terima memandangkan tema ini sangat umum. Hatta dalam realiti pun banyak berlaku..Macam aku cakap tadi, cerita ini cerita biasa. cerita yang selalu sangat berlaku.

Terbaru, akan diterbitkan satu filem animasi, Koochie Koochie Hota Hai, adaptasi dari filem ini.

Menariknya, filem ini dibintangi oleh pelakon utama yang sama, Shahrukh Khan, kajol dan Rani. hah, kalau mau tengok cerita KKHH versi kartun anjing, tengoklah filem ini..bakal ditayangkan tahun ini.
 Cukuplah sampai di sini aku bercerita bagaimana filem KKHH ini dalam kehidupan aku.