Pages

ads

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, September 12, 2013

Pumpkin Cake

Semalam, aku semakin geram menengok buah labu yang terbiar di peti sejuk...
Ada 2 fikiran, sama ada pai labu...atau kek labu. Akhirnya aku ambil pilihan selamat, kek labu. Kek tidaklah susah mana nak buat..kalau pai, belum cukup pengalaman.. hihihi...

Pumpkin Cake
150g mentega
150g gula
-Pukul hingga kembang, putih..gunalah mixer... kalau pakai tangan, penat juga tu...

masukkan:
2 biji telur (gred A atau B)- sebiji demi sebiji, sambil dipukul perlahan guna mixer.

masukkan:
150g labu (yang telah direbus/kukus dan dilenyek.. lebih pun boleh utk lebih rasa kelabuan. isi labu saja..jangan gatal2 taruk kulitnya sekali.)
-gaul sebati.

masukkan:
-1 sudu teh esen vanilla(optional), kalau berani. wahaha.

masukkan:
-150g tepung naik sendiri+ 2 sudu makan tepung kastad. masukkan sedikit demi sdikit sehingga sebati.

- bakar dalam oven pada suhu 170-180 C. 25-45 minit mengikut jenis fiil oven anda.
-kalau mau tau masak, cucuk guna lidi/pisau di bahagian tengah. kalau lepas ditarik keluar; bersih tiada melekat2.. masak lah tu..


Sedap dimakan dengan kopi/Milo panas

Walaupun ada gangguan bekalan elektrik malam tadi ketika membakar, alhamdulillah..jadi jugak.. ada sedikit cecair mendap di bahagian bawah sebab:
 masak separuh jalan--stop (blackout 2jam)--sambung bakar balik.

selamat mencuba.

Tuesday, May 01, 2012

Roti Putih 2.0


Ini kali ketiga aku buat roti putih. Kali pertama, sepertimana yang aku post pertama kali ; roti putih 1. Kali kedua, aku mencuba resipi lain dari buku resipi tebal-tebal koleksi Encik Suami yang memang berlambak di rumah ni. Roti yang kedua tu Encik Suami aku ada merasa. Dia cakap OK, tapi kena tambah sikit gula. Seronoklah aku, sebab aku terima kata-kata itu bukan sebagai kata-kata dari suami..tapi kata-kata dari seorang yang dah berbelas tahun dalam dunia bakeri dan pastri.

Lepas tu, dia ada juga mencuba rasa Cinnamon Rolls aku. Dia pesan kena uli doh tu lama sikit, sebab kejadiannya tidak begitu lembut selepas sejuk. Rasa dah OK, katanya. memang hari tu aku uli ala kadar sahaja, sebab malas punya pasal...hahaha. teruk betul.

Maka, hari ini aku buat roti lagi. Memang betul, sejak belajar buat roti ni, aku berhenti beli roti sekejap. Iyalah.. Roti yang ada kat rumah ni, siapa nak makan pulak kan.
Resipi ni lebih kurang resipi sebelum ni, cuma aku guna susu segar untuk menggantikan air, dan mentega menggantikan minyak.

*1 cawan = sukatan 1 cup yang bersaiz standard.
tsp= teaspoon, tbs=tablespoon (bersaiz standard)

Roti Putih 2.0
sumber:Better homes and Gardens; New Cook Book Special Edition Pink Plaid (2003)

3 cawan tepung gandum
2 tsp yis (jenis peket )
1 cawan susu segar
1/2 tsp garam
1 1/4 tbs mentega
1/8 cawan gula

- panaskan susu, gula, garam, mentega sehingga mentega mula mencair. Jika terlalu panas, sejukkan sehingga mencapai tahap suam. (macam kepanasan susu botol baby).
- tuangkan campuran susu ke dalam campuran 1 cawan tepung + yis di dalam bowl besar. Kacau perlahan dengan senduk hingga sebati. Biarkan seketika, dalam 10 minit.
- masukkan tepung sedikit demi sedikit, kacau dengan senduk sehingga tidak boleh dikacau lagi. Kemudian boleh gunakan tangan untuk menguli sambil menambah tepung. uli sehingga tidak melekat lagi. proses ini mengambil masa lebih kuran 8-15minit. kalau uli sekejap sangat, yis dan tepung tidak bertindak balas sepenuhnya, membuatkan roti kurang lembut.
- masukkan doh ke dalam bekas yang disapu sedikit minyak, tutup dengan plastik dan tuala dapur. rehatkan lebih kurang sejam atau 2 kali naik. Jika cuaca sejuk, ia mungkin mengambil masa lebih lama.
- tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. letakkan doh pada permukaan yang telah ditabur sedikit tepung agar tidak melekat. canai dengan penggelek. Gulung rapat dan bentukkan agar muat pada acuan yang telah disapu sedikit minyak/mentega. tutup dan rehatkan doh 30 minit.
-bakar pada suhu 190 Celcius, lebih kurang 25 minit, atau hingga berwarna keperangan. jika diketuk, roti akan berbunyi 'hollow' (bunyi ringan dan ada ruang).
-Pada 10 minit terakhir, anda mungkin perlu menutup roti dengan aluminium foil agar tidak terlebih bakar pada permukaannya.
- keluarkan roti dari acuan serta-merta, sapu dengan sedikit butter dan sejukkan.

roti ni lembut walaupun hanya menggunakan proses manual semasa menguli. bila dipotong, roti tu jatuh 'flop' gitu.. hihi. Veenea paling suka makan roti yang suam-suam kuku. mana nak dapat roti segar dari oven kalau tidak membuatnya sendiri, bukan? =p

roti ini menggunakan susu, jadi ia lebih lembut berbanding roti yang aku buat sebelum ini.

Selamat mencuba.

*suami aku masih tak belikan acuan roti standard, tapi aku sudah pandai menyesuaikan diri dengan acuan kek blok yang sedikit kecil tu.. bak kata suami aku, bukannya kau nak jual pun roti ni.. huhu.

Wednesday, April 25, 2012

Cinnamon Rolls

Pagi ini rumah dipenuhi haruman Cinnamon rolls yang segar dari oven. Tu pasal aku mencuba resipi ni, saja nak mengharumkan rumah, hihihi.
resipi asal aku ikut dari joyofbaking. Cuma bahagian intinya tu aku tak ikut sebab di rumah tiada stok brown sugar. Lepas tu, set masa aku 'cut' separuh, memandangkan kita berada di garisan khatulistiwa. Aku anggap persekitaran lebih panas walaupun akhir-akhir ni hujan sentiasa. Lepas tu, aku kurang rajin nak men'glaze'kan roti ni. Sangat digalakkan menonton video cara-cara pembikinan di joyofbaking, sebab boleh nampak praktikalnya dengan jelas. Walaupun mungkin ada yang tidak faham bahasa Inggeris, tengok sahaja.. sekurang-kurangnya dapat sikit gambaran, apatah lagi jika pertama kali mencuba macam aku. Oh, ya..aku cuba buat guna senduk awal-awal tu (menggantikan part mesin). Serba manual, menganggap diri kembali ke zaman kolonial..ahaks!

* sila guna measuring cup & spoon bersaiz standard.


Cinnamon Rolls
resipi asal : joyofbaking.com

doh:
4 1/2 - 5 cup tepung
2 tsp active dry yeast
1 cup susu segar
1/3 cup butter
1/3 cup gula
1/2 tsp garam
3 biji telur gred B

inti:
3/4 cup gula
2 tbs serbuk kayu manis
1/2 cup campuran kismis (pilihan)
1/2 cup mentega (dicairkan)

1) 2 1/4 cup tepung + yis, digaul bersama dalam bowl.
2) panaskan susu+gula+butter+garam, sehingga suam / butter mula mencair. (panas lebih kurang macam kepanasan susu botol baby)
3) masukkan campuran susu tadi perlahan-lahan ke campuran tepung, sambil mengacau guna senduk (atau pada kelajuan perlahan jika guna mixer). Kacau sebati.
4) masukkan telur sebiji demi sebiji. Kacau sebati setiap kali.
5) masukkan tepung sedikit-sedikit hingga tidak boleh dikacau lagi. Lepas tu boleh guna tangan untuk menguli hingga tidak melekat.
6) rehatkan doh selama sejam ( doh dua kali naik) di dalam bowl yang ditutup plastik.
7) tumbuk doh untuk mengeluarkan udara. rehatkan lagi 10 minit. sementara itu, bolehlah buat intinya. campurkan gula dan serbuk kayu manis.
8) bentukkan dan canai nipis doh menggunakan penggelek untuk membentuk 4 segi 12 inci x 12 inci. Sapu permukaan dengan butter cair, dan tabur rata campuran gula+serbuk kayu manis tadi. Kalau suka, boleh tabur sekali kismis.
9) gulung doh, tapi jangan terlalu 'ketat'. Jika ketat sangat, ia mengakibatkan bahagian tengah roti akan tersembul keluar bila dibakar.
10)Potong kepada beberapa bahagian berdasarkan keluasan loyang pembakar anda, sebab roti ni perlu disusun muat-muat. Tutup dengan plastik, dan rehatkan lagi 30minit. Pada peringkat ini, jika anda berhajat untuk membakarnya kemudian, bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk semalaman, (maksimum 24 jam). Contohnya jika membuat semua langkah di atas pada waktu malam, keesokan paginya keluarkan dari peti, buka plastik penutup dan biarkan 30 minit pada suhu bilik. kalau ada gelembung udara, boleh dicucuk dengan lidi.
11) Sapu permukaan roti dengan "half-and-half"(light cream) , atau kalau nak sempoi macam aku, guna susu sahaja...hihi
12) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu, 190 celcius lebih kurang 30minit atau sehingga permukaan roti warna keperangan.(sila kenali oven anda). Kalau kita ketuk roti tu dengan jari, dia bunyi 'hollow'... macam ada ruang dan ringan.
13) makan roti panas-panas, pekena dengan kopi Tenom pulak.. perrghhh.

Okey, begitulah cerita Cinnamon rolls aku pagi ini. Kalau rasa-rasa nak mengharumkan suasana pagi dengan semerbak kayu manis, Cinnamon rolls lah jawapannya! =p