Pages

ads

Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Monday, June 11, 2012

Jewel In The Palace (Lagi)

*lagi tentang Jewel In The Palace di sini, episod demi episod berserta screenshot. akan di'update' secara berkala.

aku agak tertarik dengan 'keywords' pembaca yang sampai ke mana-mana pautan dalam blog ini, salah satunya 'drama al-hijrah jam 3.30 petang'. Mungkin sebab aku beberapa kali bercerita tentang slot drama pada waktu tersebut.
Untuk pengetahuan, drama yang disiarkan sekarang (menggantikan Cinderella Man) adalah Jewel In The Palace a.k.a Dae Jang Geum (lagi?).
Ya, disiarkan sekali lagi. Bayangkan semasa mak ayah datang rumah Disember lepas, drama ini sedang bersiaran. 6 bulan kemudian, mereka datang ke sini lagi, drama bersiri ini disiarkan sekali lagi. Aku tidak pasti punca TV Al-Hijrah memilih drama ini sekali lagi hanya dalam tempoh beberapa bulan, tapi secara peribadi aku tidak bermasalah dengan drama ini. Drama yang bagus memang patut ditonton lebih dari sekali.

Walaupun sudah hampir sedekad usia drama ini, ternyata ia masih berbisa dan meninggalkan kesan mendalam kepada para penontonnya.Ia ada fenomena tersendiri dan disiarkan di seluruh dunia seperti New Zealand(2009), Hongkong(2005), Jepun(2005), Thailand(2005), Philippine (2005),Indonesia(2005),India(2007), Canada(2005), Peru(2008), Mexico, Venezuela, Costa Rica, Puerto Rico dan banyak lagi. Jika anda membaca ulasan tentang drama bersiri ini, majoriti mengatakan ia sebuah drama yang sangat baik.

Penceritaannya meliputi politik, hubungan keluarga, hubungan ketua-pekerja bawahan, persahabatan, hidup bermasyarakat dan sudah tentu ada suntikan elemen percintaan; yang mana setiap aspek digaul penuh seimbang seterusnya  memberi tunjang kekuatan drama ini. Lebih menarik apabila dikatakan ia diambil dari kisah sebenar dan ini menimbulkan rasa kagum kerana drama ini memperincikan kehidupan Seo Jang Geum dari kanak-kanak hinggalah berjaya menjadi doktor wanita yang pertama berjaya melakukan pembedahan.

Sebenarnya aku pernah bercerita tentang drama ini di entri sebelum ini (link), namun kali ini aku ada mood mahu merapuh panjang tentang drama ini.

Cerita ini bermula di bahagian (departmentlah kononnya...hihi) dapur istana, apabila Park Myeong-yi terlihat Puan Choi memasukkan herba beracun ke dalam santapan Maharani. Mereka berdua ni sebenarnya berkawan, dan merupakan junior tukang masak. Myeong-yi melaporkan kejadian tersebut kepada ketua mereka, dan turut memberitahu kawan baiknya, Han Baek-yong.Tanpa diketahui, rupa-rupanya hal memasukkan herba beracun itu merupakan satu pakatan yang mana turut melibatkan ketua mereka. Untuk 'menutup kes', Myeong-yi difitnah melakukan perkara sumbang, dan dihukum meminum racun hingga mati bagi menjaga reputasi status wanita dapur istana. Hukuman ini dijalankan hanya sesama mereka tanpa pengetahuan pihak istana yang lain. Jika diikuti cerita ini, anda akan memahami kelompok wanita dapur istana ini sebenarnya sangat 'rapat' ikatannya. Segala rahsia dan cerita-cerita berlegar di kalangan mereka, namun dalam masa yang sama mereka menutup rapat mulut mereka untuk tidak menceritakan apa-apa kepada orang lain.
Han Baek-yong bagaimanapun sempat meletakkan penawar ke dalam racun sebelum diminum Myeong-yi, dan turut menyelitkan sepucuk surat di dalam pakaian Myeong-yi sebelum 'mayat'nya disembunyikan di dalam hutan.Beberapa tahun kemudian, Myeong-yi dilihat muncul semula bersama anaknya iaitu Jang Geum ketika cuba menjejak suaminya yang ditangkap pihak istana. Pada masa inilah Puan Choi mengerahkan pembunuh upahan memburunya. Dipendekkan cerita, Jang Geum akhirnya tinggal sebatang kara dan diambil sebagai anak angkat oleh pasangan suami-isteri yang membekalkan arak kepada pihak istana.
Anda pasti tertarik dengan 'ikatan' yang wujud antara Jang Geum dan Maharaja, dari saat maharaja memerintahkan agar dia diambil sebagai wanita istana, hinggalah beberapa siri kejadian yang melibatkan mereka berdua secara tidak langsung. Juga 'ikatan hati' yang dibina antara Jang Geum dan seorang pegawai istana, Min Jung Ho yang berkhidmat dalam bahagian ketenteraan (pandai saja aku letak dia kat unit mana...haha). Menariknya kerana selaku wanita istana, Jang Geum tidak boleh berkahwin atau mengadakan hubungan dengan mana-mana lelaki kerana wanita berstatus ini adalah milik maharaja secara total. Jadi, 'percintaan' antara Jang Geum dan Min Jung Ho hanya terjalin melalui hati tanpa pengucapan yang nyata pada mulanya. Malah Min Jung Ho setia memerhatikan Jang Geum dari jauh dan ini sangat ketara ketika Jang Geum dibuang dan diturunkan tarafnya menjadi hamba ke Pulau Jeju. dia sesungguhnya lambang lelaki sejati yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan perlindungan walaupun mungkin ada ketikanya di luar pengetahuan Jang Geum.


Cerita dendam ibu Jang Geum dan Puan Choi berterusan. Di sini anda dapat melihat watak Choi Geum Yong (anak saudara Puan Choi) yang sebenarnya seorang baik, namun 'rosak' kerana pengaruh cemburu, iri hati dan keadaannya yang dibesarkan dalam keluarga yang agak 'jahat' dan suka menindas orang lain. Aku mengatakan dia ini sebenarnya seorang yang baik kerana dalam beberapa kejadian, dia sebenarnya tidak sanggup/ tidak sampai hati, namun terpaksa demi menjaga nama keluarga. Sekurang-kurangnya dia tidaklah 'berhati kering' seperti makciknya.

Manakala Jang Geum, walaupun merupakan watak 'baik' dalam cerita ini, dia masih bergelut dengan perasaan dendam atas kematian ibunya. Dalam drama ini anda boleh melihat bagaimana dia menangani perasaan dendam tesebut terutama ketika berdepan dengan Puan Choi. Dia ada peluang membunuh/mencederakan Puan Choi ketika bertugas sebagai pembantu doktor, memandangkan dia melakukan rawatan akupuntur ke atas Puan Choi. Bagaimana pada akhirnya, dia membawa Puan Choi melutut di hadapan kubur ibunya, namun tidak sesekali menganiaya atau menikam dari belakang. Apa yang dilakukannya adalah mengemukakan segala bukti, walaupun mungkin pada zaman itu 'suara' orang bawahan sepertinya susah untuk sampai ke telinga pihak berkenaan untuk diadili, apatah lagi ia membabitkan keluarga 'Choi' yang memang sangat berpengaruh.
Dari aspek sejarah, Jang Geum sesungguhnya memecahkan tradisi kerana menjadi wanita yang 'diangkat' oleh maharaja kerana ketika itu kaum lelaki merupakan golongan yang memonopoli tampuk pentadbiran istana. Sudah tentu ini menimbulkan rasa kurang senang pada banyak pihak, bak kata orang sekarang..haters gonna hate. hehehe.
Okeylah, mana mungkin aku dapat merumuskan 54 siri hanya dalam satu entri. Dari pandangan aku, drama ini boleh dibahagikan kepada 6 bahagian utama:
1) Zaman mak bapa Jang-Geum
2) Zaman kanak-kanak Jang Geum
3) Jang Geum sebagai Wanita Dapur Istana
4) Jang Geum sebagai hamba di Pulau Jeju
5) Jang Geum sebagai pembantu doktor
6) Jang Geum sebagai Doktor wanita yang disegani (dengan gelaran 'Dae')
Kalau nak tahu, tontonlah di TV Al-hijrah setiap Isnin-Khamis jam3.30-4.30 petang.

Aku terjumpa satu video kompilasi babak antara Jang Geum dan Min Jung Ho.

Sudah tentu lagu dalam Video ni bukan OST drama ni, haha.

Oh My..I have feeling yang aku akan bercerita lagi pasal drama ini di entri-entri yang akan datang. hehehe.. Tini, if you read this, tahulah kamek kenak Cha 'gila' dengan drama tuk. You should watch it.

update:
*lagi tentang Jewel In The Palace di sini, episod demi episod berserta screenshot. akan di'update' secara berkala.

Saturday, January 28, 2012

Drama Baby-faced Beauty


Seminggu dua lepas aku menonton drama bersiri Korea Baby-faced Beauty secara online. Mula-mula tu cuma nak tahu berita Jang Nara, pelakon yang sangat comel. Lepas tu, rasa nak tengok pulak drama lakonannya yang baru bersiaran tahun lepas.

Memang tidak menghampakan. Drama ini penuh dengan aksi lucu, romantis dan sesekali mengundang air mata. watak heroin yang berkembang dengan baik dari awal cerita hingga ke penghabisan; sangat baik. Dari seorang yang kurang berkeyakinan, sehingga akhirnya menjadi pereka fesyen yang terkenal. Ia tentang Lee So Young, berumur 34 tahun diberhentikan kerja oleh majikannya. Dengan umur begitu, dia agak sukar memohon pekerjaan. Namun wajahnya yang sangat comel, ramai orang menyangka dia berumur 20-an. sebagai anak sulung yang menyara keluarga, dia sedar bahawa dia perlu mencari pekerjaan secepat mungkin. Apatah lagi bayaran sewa rumahnya sudah tertunggak beberapa bulan, malah adik perempuannya pula sering membulinya dengan meminta wang.

Kecantikan paras rupa dan kelulusan tinggi membuatkan adiknya Lee So Jin mudah mendapat pekerjaan, iaitu model sambilan selama seminggu di sebuah syarikat pakaian, The Style. Namun, Lee So Jin yang malas bekerja dan hanya suka berfoya-foya meminta Lee So Young menggantikan tempatnya melakukan pekerjaan tersebut. Oleh kerana terdesak dengan masalah kewangan, Lee So Young bersetuju, dan bermulalah episod Lee So Young menggunakan identiti adiknya; Lee So Jin seorang lulusan universiti serta berbakat (ikut resume lah...) Lagipun Lee So Young memikirkan pekerjaan itu cuma seminggu. Selepas beberapa insiden selama seminggu, dia ditawarkan pekerjaan pereka fesyen junior, cita-cita yang memang merupakan impiannya sejak kecil. Sejak itulah dia dihantui rasa bersalah kerana berbohong tentang identitinya, namun dalam masa yang sama dia sedar dengan identiti dirinya sendiri; cuma lepasan sekolah tinggi, berumur 34 tahun, tidak mungkin dia akan mendapat peluang keemasan tersebut.

Hah, itulah permulaannya. Dia akan bertemu cinta dengan seorang eksekutif muda, Choi Jin Wook lakonan Choi Daniel; sangat 'cute' dan penuh semangat dan sangat optimis. Juga seorang lagi jejaka yang tidak kurang hebatnya, presiden syarikat itu sendiri, Ji Seung Il, lakonan Ryu Jin yang sangat kacak. Antara dua jejaka ini, siapa yang bakal menjadi pilihannya? Kedua-dua jejaka ini jatuh hati pada Lee So Young di saat orang lain memandangnya hanya sebagai gadis yang tidak tahu bergaya dan agak 'kesian'..hmm..nak tulis ulasan, memang tak cukup ruang, sebab drama ni 20 episod.
Kalau nak baca ulasan drama ini episod demi episod, baca di http://kdramachoa.com/baby-faced-beauty-episode-1-summary/. Ulasan yang sangat terperinci.
Bolehlah tonton di:
1) http://azdrama.net/watch-online-baby-faced-beauty-episode-01-7882.html
2) http://sony222.blogspot.com/2011/06/baby-faced-beauty-ep-17-eng-sub-watch.html
3) http://www.mysoju.com/korean-drama/babyfaced-beauty/
4) http://www.dramacrazy.net/korean-drama/baby-faced-beauty/
dan banyak lagi...

link di atas tu ada yang direct terus ke episod. jadi, pandai-pandailah explore sendiri..hihi. aku sendiri menonton dari banyak link sebab kadang-kadang tersekat-sekat. kalau guna broadband tu, pandai-pandailah, nanti penuh pulak limit korang. Aku biasanya guna prepaid aku kalau nak menonton drama, sehari RM5 atau seminggu RM18. aku download dulu, kemudian tonton. Aku guna prepaid ni sebab unlimited, sehari boleh mencapai 3-4 GB kalau dah mendowload tu, walaupun mungkin kurang laju...postpaid punya limit sebulan 4GB, huhu.. Tapi setakat ni, aku tengok kelajuan prepaid & postpaid lebih kurang sahaja..sama-sama tak berapa nak laju.hihi. Pandai-pandailah..macam aku ni terasa nak tengok drama bukannya tiap bulan..tapi bermusim. Hari biasa guna postpaid, kalau rasa-rasa nak heavy download tu, switch kejap ke prepaid.

Drama ni memang best.Cukup rasa, cukup perasaan. susunan muzik sangat baik, teratur sesuai dengan mainan jiwa perwatakan. Lakonan Jang Nara dan Choi Daniel pun sangat bagus, terutama semasa 1st date mereka di episod 17. Bagaimana Jang Nara berjaya mempamerkan wajah yang sungguh 'keberatan+sedih+penuh rasa cinta', manakala Choi Daniel penuh rasa 'teruja+terkejut+cinta+gembira'. Tapi jangan tengok terus episod ni, tak faham kalau tak tengok dari episod 1. Ada masa aku tergelak besar, ada masa aku bercucuran air mata tengok drama ni..kalau laki aku nampak mesti kena kutuk..hahaha.

 Okeylah, setakat ni sahaja aku merapuh... 

Thursday, December 29, 2011

Drama Bersiri baru

Isnin lepas merupakan episod terakhir bagi drama bersiri Jewel in the Palace (Dae Jang Geum) yang disiarkan di TV AlHijrah setiap Isnin-Khamis jam 3.30-4.30pm. (mcm ayat iklan..hahahaha)
Walaupun aku sudah pernah menonton sebelum ni beberapa tahun lepas, malah baru sahaja menonton secara online 1-2 bulan ni, aku masih juga mengikuti cerita ni. Biasalah, kalau cerita berkualiti, memang tidak rugi nak menontonnya. Apatah lagi jenis aku yang suka menonton secara terperinci dari dialog ke dialog, dari babak ke babak, latar belakang sehinggalah gerakan jari-jemari..(teruk ke aku?) Sebab tu kalau aku menonton drama tempatan, kalau dah banyak kesilapan yang aku kesan..contohnya warna baju yang tiba-tiba berubah dalam scene berturutan... isi cerita yang 'terpeleot'.. memang aku tinggal..Selamat jalan! Sebab tu lah rasanya aku jarang menjadi penonton setia mana-mana drama. baik aku tengok kartun walaupun suami aku selalu merungut kartun tu tak logik langsung.. dah nama pun kartun..bagi aku kartun tu tak boleh terlalu 'real' menyamai lakonan orang sebenar..kalau sama, baik suruh orang je yang berlakon, tak payah nak membuang masa melukis, membuat imej 3D yang memakan masa berbulan-bulan (aku tahulah...aku kan ada degree programming). Itulah tujuan kartun, ceritanya melangkaui aksi logik di dunia sebenar.

Okeylah, aku nak cerita drama yang menggantikan siri Dae jang Geum.. sob..sob..Jangan tak tahu, aku sedih meninggalkan drama tu. Siapa suruh menghayati..aku siap search dalam google tau. Bangga aku dapat tahu cerita ni diinspirasikan dari kisah sebenar.

Okeylah lagi.. Drama baru yang masuk episod ke -3 hari ini (jam 3.30pm nanti insyaAllah), tajuknya Princess Atsu. kalau Dae Jang Geum tu drama Korea, yang ni pula drama Jepun. Kalau korang tanya suami atau ayah aku, mereka mesti tak dapat membezakan drama Korea, jepun dan Cina..hahaha. kalau jenis teliti macam aku, tengok pakaian, prop drama tu pun aku boleh tahu. Budaya antara 3 negara ni pun jelas berbeza walaupun ada persamaan. Apatah lagi bahasa yang dituturkan, sangat jauh berbeza.


Inilah heroin Princess Atsu. sekali lagi watak wanita diangkat sebagai peneraju utama. Rasanya, untuk masa-masa akan datang memang patut TV AlHijrah mengekalkan konsep ini. Mengenai kekuatan wanita yang berjaya mengukir nama dalam sejarah negara. Oh ya, drama ini pun berdasarkan kisah sebenar juga. Setakat 2 episod yang aku tengok, aku sedikit sebanyak mendapat pengetahuan mengenai 'samurai'. Selama ni aku cuma tahu samurai tu dikaitkan dengan pedang panjang dengan lelaki sasa kepala botak sikit. Rupa-rupanya, golongan samurai ni adalah merupakan satu kasta dalam masyarakat Jepun dan bertanggungjawab menjadi ketua bagi golongan bawahan iaitu para petani (dalam cerita ni lah...). bagus kan, ada pengetahuan!

Untuk cerita seterusnya, kenalah ikuti cerita ni. Aku sendiri belum ada masa yang betul-betul lapang untuk meneliti watak si Atsu ni. Aku juga rasa selesa dengan pilihan Alhijrah yang tidak mengalih bahasakan drama ini dan drama Dae jang Geum dulu ke bahasa Cina (seperti yang biasa dilakukan pada rangkaian lain). Aku tidak bermasalah pada penggunaan bahasa, sebab sama ada Korea, Jepun atau Cina..tiga-tiga pun aku tak faham..hihihi. Tapi ini berkenaan ekspresi muka yang disesuaikan dengan nada suara. Kalau dialih bahasa, maka kuranglah juga penghayatan pada watak itu sendiri. Jadi, letak sarikata di bawah tu pun dah cukup baik. tak perlulah dialih bahasa. lagipun, ada banyak perkataan yang aku faham untuk ketiga-tiga bahasa ni walaupun tidak secara keseluruhan.

Okeylah, itu sahaja tentang drama kali ini. Senang-senang, aku cerita lagi. Maklumlah, dah duduk rumah ni jarang jumpa orang..Di blog ini sahajalah aku boleh bercakap sorang-sorang. hahaha.

Wassalam.