Sejak akhir-akhir ni aku mula membelek-belek produk berkaitan dengan mata. Sebab terasa mata sangatlah letih dan sudah hilang serinya..chewah! walaupun hubby cakap mata aku cantik, tapi hakikatnya dah tak se'cun' dulu.hehehe.
Tadi, masa rehat, sempatlah aku singgah Bebe's home, beli satu set baju newborn untuk jiran sebelah yang tak pernah aku bertegur sapa.. hahaha. dapat tahu dia dapat baby girl, kalau lama aku duduk rumah sekarang ni, alamatnya anak kitaorang bolehlah jadi geng di masa depan. Tu pasal lah nak menjalin silaturrahim ni.. =p.
lepas tu, aku baru saja membeli feeding set untuk Vnea. Aku pulak bukan spesis yang tertarik dengan pinggan mangkuk... kat rumah beli pinggan mangkuk main belasah je. so, kalau ada ejen-ejen bawa katalog hulur pinggan berbunga-bunga..sori la..tak berkesan..hahha. Tapi hari ni, aku jadi excited dek pinggan mangkuk kecik. aku beli pinggan yang ada gambar meow-meow. kaler biru putih, siap dengan cawan, sudu garfu. sudu tu nampak besar sket, tapi dah beli set sudu lain kecik disney yang muat-muat mulut Vnea. Feeding set ni nak bagi kat rumah baby sitter dia. Kat rumah sendiri, guna mangkuk yang ada kat rumah la dulu.. esok-esok cari set lain pulak.
Sebenarnya dah 2 hari ajar Vnea makan nestum. Dia nampak excited, tapi masih lagi tak reti makan. comotnya..huuhu..tak yah nak cakap la, memang la comot. dia buat nestum tu macam susu, tak reti lagi nak mengunyah. setakat ni, dia masih lagi minum susu ummi dia sepenuhnya. berat gak hati nak bagi makan, kononnya nak cukup 6 bulan.. tapi dia dah cepat lapar sekarang ni... 'poop' dia pun dah nampak lain 2 minggu ni.. aku yakinkan hatilah yang sistem penghadaman dia dah cukup matang. lagipun ada banyak info aku baca, kekadang ada baby yang sistem penghadaman dia matang time 4 bulan.. kira ok la tu... tengah-tengah, 5 bulan.
ok la.. cukup setakat ni..
selamat hari raya =)