(gambar dari wildlife-fauna.com)
Siapa yang rasa 'pause' sekejap bila ditanya sama ada landak halal dimakan oleh orang Islam atau tidak?
Ya, aku antara orang yang terkedu sekejap, sebab tidak pernah terlintas di fikiran sebelum ini.
Dan,
Ya, landak halal dimakan. Aku baru menonton rancangan menu alam di TV AlHijrah semalam, pengacaranya menjalankan aktiviti memburu landak bersama orang tempatan berbangsa Jawa yang mempunyai lesen memburu landak di Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjung Karang. Lepas berburu, landak tu siap dimasak kari lagi.
Nak resipi kari landak? Aku tak dapat nak bagi secara detail sebab aku cuma menonton tv tanpa mencatat apa-apa, main ingat sajalah. Lebih kurang macam masak kari ayam, daging juga. tumis bawang merah, halia, serai, daun kari, bunga lawang, kayu manis. lepas tu serbuk kari (tidak dibancuh dengan air) hingga naik bau, masukkan air. lepas tu masukkan daging landak dan kentang. kalau ada pucuk nangka, masukkan sekali untuk empukkan daging. akhir sekali, masukkan santan dan tomato. santan tu kalau nak lebih lemaknya, ada tips yang diberi. biasanya kita ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua. air pada kelapa tua ini jangan dibuang, sebaliknya digunakan untuk memerah santan dari isi yang sudah diparut.
Cuma, kalau ditanya bagaimana ia disembelih, aku pun tidak tahu. Maklumlah bulunya kan tajam-tajam. hihi. apapun, dapat satu info semalam, bahawasahnya landak boleh dimakan. Menurut pengacaranya, rasa landak ni macam ayam..macam daging lembu juga. Kalau nak merasa, bolehlah ke Restoran Lembah Bernam, Sekinchan Selangor. Harganya RM24 setiap 200g.
Nota kaki: belum mengidam makan landak.
saya pernah dgr org berpesan.daging landak ni panas..anak dara x sesuai makan.takut panas dalam.nanti sukar mahu hamil..i dunno..kata orang tua2..
ReplyDeletekalau mak dara yg makan, ok kot. apapun tak terasa lagi nak makan. ada gak dengar tupai pun boleh makan. depan rumah ada 2 ekor tupai berumah kat pokok jambu.kalau lapo, boleh kot ambik seekor..hihi
Deletememang sedap daging landak..anak per1 sampai yg ke2 pun ngidam daging landak..rasa mcm daging ayam hutan..ayam kampung pun ada..yg paling sedap kalau masak landak masak kunyit,,,,
Delete