Pages

ads

Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Thursday, September 12, 2013

Pumpkin Cake

Semalam, aku semakin geram menengok buah labu yang terbiar di peti sejuk...
Ada 2 fikiran, sama ada pai labu...atau kek labu. Akhirnya aku ambil pilihan selamat, kek labu. Kek tidaklah susah mana nak buat..kalau pai, belum cukup pengalaman.. hihihi...

Pumpkin Cake
150g mentega
150g gula
-Pukul hingga kembang, putih..gunalah mixer... kalau pakai tangan, penat juga tu...

masukkan:
2 biji telur (gred A atau B)- sebiji demi sebiji, sambil dipukul perlahan guna mixer.

masukkan:
150g labu (yang telah direbus/kukus dan dilenyek.. lebih pun boleh utk lebih rasa kelabuan. isi labu saja..jangan gatal2 taruk kulitnya sekali.)
-gaul sebati.

masukkan:
-1 sudu teh esen vanilla(optional), kalau berani. wahaha.

masukkan:
-150g tepung naik sendiri+ 2 sudu makan tepung kastad. masukkan sedikit demi sdikit sehingga sebati.

- bakar dalam oven pada suhu 170-180 C. 25-45 minit mengikut jenis fiil oven anda.
-kalau mau tau masak, cucuk guna lidi/pisau di bahagian tengah. kalau lepas ditarik keluar; bersih tiada melekat2.. masak lah tu..


Sedap dimakan dengan kopi/Milo panas

Walaupun ada gangguan bekalan elektrik malam tadi ketika membakar, alhamdulillah..jadi jugak.. ada sedikit cecair mendap di bahagian bawah sebab:
 masak separuh jalan--stop (blackout 2jam)--sambung bakar balik.

selamat mencuba.

Wednesday, July 25, 2012

Kepada Pencinta Tauhu


Ya...hari ini aku teringin makan tauhu. everything tauhu. Untuk pengetahuan, aku memang suka tauhu dan kacang soya sejak dari kecil.

Nak tulis resipikah? Bukannya susah pun. Ambil 2 biji tauhu. Belah 2 (dari tepi sebab tauhu ni kan tebal.) letak sikit garam dan lada putih. stim kan lebih kurang 8 minit. untuk inti, potong memanjang buah sengkuang dan lobak, stimkan lebih kurang  5 minit. (yes! finally I know what is buah sengkuang!) Untuk pengikat tauhu macam di atas tu, rebus beberapa helai daun bawang dengan sedikit garam dan cuka makan. Mana aku tahu bahan-bahan ni? aku main hentam..hahaha.

Untuk membentuk tauhu yang comel-comel tu, potong tauhu yang telah disejukkan. Potong 4, atau ikut suka..gunalah imaginasi anda untuk mendapat bentuk macam dalam gambar. Letak sengkuang dan tauhu di bahagian tengah, dan ikat dengan daun bawang yang dibelah dua. maka, terjadilah tauhu comel-comel tu. Inspirasi dari drama Dae Jang Geum. muahaha.Kalau rasa nak makan ala-ala drama tu, gunalah chopstick. =p

Popiah tu sebenarnya guna inti lebihan tauhu, sengkuang dan lobak merah tadi. aku letak sekali telur goreng dadar yang dipotong kecil-kecil. Aku juga isi banyak-banyak inti dalam kulit popiah tu, maka aku memerlukan 2 kulit popiah untuk mengelakkan kebocoran. sebab lain juga, Vee Jr suka mengupas kulit popiah. Jadi, dengan 2 lapis, dia lebih berpuas hati untuk mengupas. Part inti tu, memang terpulang dengan selera masing-masing. Letak daging, ayam, udang..apa-apalah ikut sukahati dan isi peti sejuk anda.

Motif aku buat entri ni, kita boleh buat apa-apa makanan ikut selera kita. Mungkin orang tak pernah buat, tapi apa salahnya kita buat sendiri ikut selera kita kan? hihi

Okey, selamat bereksperimentasi dengan makanan kegemaran anda.

Monday, July 23, 2012

Pau Goreng Sambal

Nampaknya Ramadan ni jadi sesi berkongsi resipilah pulak..hihi.
Aku akhirnya mengambil keputusan membuat Pau Goreng Sambal. (belum confident nak buat kuih tako). Kuih kegemaran aku. Tiap kali nampak di mana-mana, mesti beli. Aku akhirnya cuba untuk membuat, memandangkan hari tu masa pergi Mydin, aku gatal-gatal beli tepung superfine, Bluekey halus lagi putih...cerita sebenarnya aku nak beli tepung pau, namun oleh kerana kelam-kabut, aku terbeli salah kotak. Apapun, tepung ini pun boleh buat pau kalau nak.


Hmm..macam pacman pulak aku tengok. haha.


Pau Goreng Sambal
sumber asal: Majalah Rasa 2010 , dan aku dah ubahsuai

Bahan Doh:
500g tepung kuih pau (aku guna tepung gandum superfine.. tepung gandum biasa pun boleh)
2 1/4 sudu teh yis segera
50g minyak sayuran (aku guna minyak sawit je)
100g gula halus
250g air suam (aku tambah 1/2 cawan susu sebab doh agak keras)

Bahan inti:
dikisar:
1 biji bawang merah
1/3 biji bawang kuning
12 tangkai cili kering (buang biji dan rebus 5 minit)
----
segenggam ikan bilis belah
1 biji bawang kuning dipotong bulat
garam, gula
air asam jawa
minyak untuk menggoreng
1 timun, dihiris

-untuk inti.. aku buat sebelah malam. sebabnya, supaya aku boleh try, hehehe.siang-siang puasa..aku bukannya terror buat sambal ikan bilis ni.
- goreng bilis sebentar, ketepikan.
-tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
-masukkan bawang kuning yang dipotong bulat. gaul sehingga bawang layu.
- masuk gula, garam, air asam jawa.
-lastly, masuk ikan bilis, gaul rata.
-dah masak, angkat.
-untuk pengetahuan, aku guna banyak bawang kuning berbanding bawang merah untuk membuatkan sambal itu rasa sedikit manis. aku tidak suka sambal yang terlalu pedas. Lagipun, anak aku 3 tahun tu nak makan.

untuk doh:
-satukan air, yis, gula. gaul biar sebentar 3-4 minit.
-masukkan garam, minyak.
-masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil mengacau guna sudip kayu. kalau dah tak boleh kacau, guna tangan. Oleh kerana doh agak keras, aku masukkan sedikit susu segar, sebab susu ni boleh melembutkan roti.
-uli adunan lebih kurang 5 minit.
-selepas doh sebati, uli memanjang dan bahagikan kepada 25 bahagian. Tapi aku tak buat..aku cuma potong doh guna scrapper dan timbang setiap doh kira-kira 30g. aku dapat 28 biji.
- biar selama 10 minit (tutup dengan plastik). kemudian bentukkan bahagian-bahagian kecil tadi menjadi bulat. susunlah atas talam, jarakkan sebab nanti ia naik 2 kali. biar sejam. (tutup dengan plastik).
- selepas sejam, doh ni 'penuh' dengan angin. leperkan dengan tapak tangan, dan bentukkan lagi (kepal-kepalkan) jadi bulat. Biar lagi 15 minit.
-gorengkan doh dalam minyak yang banyak . goreng hingga kekuningan, angkat dan sejukkan.
-belah pau goreng ini (tapi jangan sampai putus). Masukkan sambal, dan selitkan sepotong timun. boleh juga gantikan timun dengan potongan telur dadar.

Tak sangka, sedap juga kuih aku buat..hihi. Gebu gitu..macam di kedai. Lepas ni mesti aku nak buat lagi. tapi tak boleh selalu sangat, nanti aku pun terlebih gebu. =p
ini hasilnya di dalam pinggan-pinggan untuk dikembalikan ke jiran tetangga.



cuba buat.. jimat lagi menyelerakan!

Sunday, July 22, 2012

Jus Serai Pandan dan Agar-agar


Jus serai, memang my favourite. Tapi kali ini aku mencuba untuk mencampurkan sedikit dengan jus pandan, lebihan yang aku perolehi untuk membuat agar-agar. Jus Serai sedap diminum berais mahupun suam-suam. Jika cuaca panas, ia baik untuk menyejukkan tubuh, dan jika di hari sejuk ia baik untuk menghangatkan. Jadi, terpulang nak minum macam mana.

Jus Serai Pandan
3 batang serai diketuk
4 cawan air
3 sudu makan gula (boleh adjust ikut selera)
1/4 cawan jus pandan (pilihan)

Masukkan kesemua bahan dalam periuk, rebus pada api perlahan selama sejam. Sejukkan, dan hidangkan bersama ketulan ais. Atau boleh diminum hangat. Sebenarnya, jus pandan tu aku letak sekadar untuk bereksperimentasi. Tapi, rasanya boleh tahan. Vee Jr pun boleh minum, sebab rasa 'kuat' serai tu dicover oleh aroma pandan yang segar. Selain tu, warna hijau dari pandan tu membuatkan jus ini kelihatan lebih cantik, hihi.

Jus serai ni kata orang baik untuk buang angin dalam badan. baik juga untuk mengurangkan kolesterol. Itu yang aku dengar-dengarlah..

Agar-agar Pandan

Lapisan hijau:(Bahan A)
500ml air + jus pandan
120g gula pasir
1 sudu makan serbuk agar-agar

Lapisan atas: (Bahan B)
350ml air
150ml santan (aku guna santan kotak)
120g gula pasir
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan serbuk agar-agar
secubit garam

Masukkan kesemua bahan A dalam periuk dan panaskan pada api sederhana. Kacau sehingga mendidih. Masukkan ke dalam loyang.

Jarakkan masa beberapa ketika sebelum mengulangi langkah yang sama untuk Bahan B. Ini bagi memberi masa lapisan bawah mengeras. Selepas bahan B dipanaskan, tuang perlahan pada bahagian atas lapisan hijau tadi. Sejukkan, dan sedap dimakan dingin dari peti sejuk.

Cara membuat Jus Pandan:

1/2 cawan daun pandan yang dipotong-potong
1/2 cawan air

Blender bahan diatas. kemudiantuang di atas penapis untuk mendapatkan jusnya. Tekan (perah) dengan sudu untuk mendapat jus maksimum. Hampas pandan ini boleh di blender lagi (dengan sedikit air lagi), dan ulang proses menapis.

Anyway, kalau tiada daun pandan... guna saja perisa pandan. Banyak jual di kedai =). Aku cuma mahu warna dan aroma pandan semulajadi.

Tuesday, May 01, 2012

Roti Putih 2.0


Ini kali ketiga aku buat roti putih. Kali pertama, sepertimana yang aku post pertama kali ; roti putih 1. Kali kedua, aku mencuba resipi lain dari buku resipi tebal-tebal koleksi Encik Suami yang memang berlambak di rumah ni. Roti yang kedua tu Encik Suami aku ada merasa. Dia cakap OK, tapi kena tambah sikit gula. Seronoklah aku, sebab aku terima kata-kata itu bukan sebagai kata-kata dari suami..tapi kata-kata dari seorang yang dah berbelas tahun dalam dunia bakeri dan pastri.

Lepas tu, dia ada juga mencuba rasa Cinnamon Rolls aku. Dia pesan kena uli doh tu lama sikit, sebab kejadiannya tidak begitu lembut selepas sejuk. Rasa dah OK, katanya. memang hari tu aku uli ala kadar sahaja, sebab malas punya pasal...hahaha. teruk betul.

Maka, hari ini aku buat roti lagi. Memang betul, sejak belajar buat roti ni, aku berhenti beli roti sekejap. Iyalah.. Roti yang ada kat rumah ni, siapa nak makan pulak kan.
Resipi ni lebih kurang resipi sebelum ni, cuma aku guna susu segar untuk menggantikan air, dan mentega menggantikan minyak.

*1 cawan = sukatan 1 cup yang bersaiz standard.
tsp= teaspoon, tbs=tablespoon (bersaiz standard)

Roti Putih 2.0
sumber:Better homes and Gardens; New Cook Book Special Edition Pink Plaid (2003)

3 cawan tepung gandum
2 tsp yis (jenis peket )
1 cawan susu segar
1/2 tsp garam
1 1/4 tbs mentega
1/8 cawan gula

- panaskan susu, gula, garam, mentega sehingga mentega mula mencair. Jika terlalu panas, sejukkan sehingga mencapai tahap suam. (macam kepanasan susu botol baby).
- tuangkan campuran susu ke dalam campuran 1 cawan tepung + yis di dalam bowl besar. Kacau perlahan dengan senduk hingga sebati. Biarkan seketika, dalam 10 minit.
- masukkan tepung sedikit demi sedikit, kacau dengan senduk sehingga tidak boleh dikacau lagi. Kemudian boleh gunakan tangan untuk menguli sambil menambah tepung. uli sehingga tidak melekat lagi. proses ini mengambil masa lebih kuran 8-15minit. kalau uli sekejap sangat, yis dan tepung tidak bertindak balas sepenuhnya, membuatkan roti kurang lembut.
- masukkan doh ke dalam bekas yang disapu sedikit minyak, tutup dengan plastik dan tuala dapur. rehatkan lebih kurang sejam atau 2 kali naik. Jika cuaca sejuk, ia mungkin mengambil masa lebih lama.
- tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. letakkan doh pada permukaan yang telah ditabur sedikit tepung agar tidak melekat. canai dengan penggelek. Gulung rapat dan bentukkan agar muat pada acuan yang telah disapu sedikit minyak/mentega. tutup dan rehatkan doh 30 minit.
-bakar pada suhu 190 Celcius, lebih kurang 25 minit, atau hingga berwarna keperangan. jika diketuk, roti akan berbunyi 'hollow' (bunyi ringan dan ada ruang).
-Pada 10 minit terakhir, anda mungkin perlu menutup roti dengan aluminium foil agar tidak terlebih bakar pada permukaannya.
- keluarkan roti dari acuan serta-merta, sapu dengan sedikit butter dan sejukkan.

roti ni lembut walaupun hanya menggunakan proses manual semasa menguli. bila dipotong, roti tu jatuh 'flop' gitu.. hihi. Veenea paling suka makan roti yang suam-suam kuku. mana nak dapat roti segar dari oven kalau tidak membuatnya sendiri, bukan? =p

roti ini menggunakan susu, jadi ia lebih lembut berbanding roti yang aku buat sebelum ini.

Selamat mencuba.

*suami aku masih tak belikan acuan roti standard, tapi aku sudah pandai menyesuaikan diri dengan acuan kek blok yang sedikit kecil tu.. bak kata suami aku, bukannya kau nak jual pun roti ni.. huhu.

Wednesday, April 25, 2012

Cinnamon Rolls

Pagi ini rumah dipenuhi haruman Cinnamon rolls yang segar dari oven. Tu pasal aku mencuba resipi ni, saja nak mengharumkan rumah, hihihi.
resipi asal aku ikut dari joyofbaking. Cuma bahagian intinya tu aku tak ikut sebab di rumah tiada stok brown sugar. Lepas tu, set masa aku 'cut' separuh, memandangkan kita berada di garisan khatulistiwa. Aku anggap persekitaran lebih panas walaupun akhir-akhir ni hujan sentiasa. Lepas tu, aku kurang rajin nak men'glaze'kan roti ni. Sangat digalakkan menonton video cara-cara pembikinan di joyofbaking, sebab boleh nampak praktikalnya dengan jelas. Walaupun mungkin ada yang tidak faham bahasa Inggeris, tengok sahaja.. sekurang-kurangnya dapat sikit gambaran, apatah lagi jika pertama kali mencuba macam aku. Oh, ya..aku cuba buat guna senduk awal-awal tu (menggantikan part mesin). Serba manual, menganggap diri kembali ke zaman kolonial..ahaks!

* sila guna measuring cup & spoon bersaiz standard.


Cinnamon Rolls
resipi asal : joyofbaking.com

doh:
4 1/2 - 5 cup tepung
2 tsp active dry yeast
1 cup susu segar
1/3 cup butter
1/3 cup gula
1/2 tsp garam
3 biji telur gred B

inti:
3/4 cup gula
2 tbs serbuk kayu manis
1/2 cup campuran kismis (pilihan)
1/2 cup mentega (dicairkan)

1) 2 1/4 cup tepung + yis, digaul bersama dalam bowl.
2) panaskan susu+gula+butter+garam, sehingga suam / butter mula mencair. (panas lebih kurang macam kepanasan susu botol baby)
3) masukkan campuran susu tadi perlahan-lahan ke campuran tepung, sambil mengacau guna senduk (atau pada kelajuan perlahan jika guna mixer). Kacau sebati.
4) masukkan telur sebiji demi sebiji. Kacau sebati setiap kali.
5) masukkan tepung sedikit-sedikit hingga tidak boleh dikacau lagi. Lepas tu boleh guna tangan untuk menguli hingga tidak melekat.
6) rehatkan doh selama sejam ( doh dua kali naik) di dalam bowl yang ditutup plastik.
7) tumbuk doh untuk mengeluarkan udara. rehatkan lagi 10 minit. sementara itu, bolehlah buat intinya. campurkan gula dan serbuk kayu manis.
8) bentukkan dan canai nipis doh menggunakan penggelek untuk membentuk 4 segi 12 inci x 12 inci. Sapu permukaan dengan butter cair, dan tabur rata campuran gula+serbuk kayu manis tadi. Kalau suka, boleh tabur sekali kismis.
9) gulung doh, tapi jangan terlalu 'ketat'. Jika ketat sangat, ia mengakibatkan bahagian tengah roti akan tersembul keluar bila dibakar.
10)Potong kepada beberapa bahagian berdasarkan keluasan loyang pembakar anda, sebab roti ni perlu disusun muat-muat. Tutup dengan plastik, dan rehatkan lagi 30minit. Pada peringkat ini, jika anda berhajat untuk membakarnya kemudian, bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk semalaman, (maksimum 24 jam). Contohnya jika membuat semua langkah di atas pada waktu malam, keesokan paginya keluarkan dari peti, buka plastik penutup dan biarkan 30 minit pada suhu bilik. kalau ada gelembung udara, boleh dicucuk dengan lidi.
11) Sapu permukaan roti dengan "half-and-half"(light cream) , atau kalau nak sempoi macam aku, guna susu sahaja...hihi
12) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu, 190 celcius lebih kurang 30minit atau sehingga permukaan roti warna keperangan.(sila kenali oven anda). Kalau kita ketuk roti tu dengan jari, dia bunyi 'hollow'... macam ada ruang dan ringan.
13) makan roti panas-panas, pekena dengan kopi Tenom pulak.. perrghhh.

Okey, begitulah cerita Cinnamon rolls aku pagi ini. Kalau rasa-rasa nak mengharumkan suasana pagi dengan semerbak kayu manis, Cinnamon rolls lah jawapannya! =p


Tuesday, April 17, 2012

Roti Putih & Seri Kaya

It's in the middle of night.
Veenea baru bangun, dan sudah tentu dia mengambil masa untuk tidur semula. Aku pun memikirkan apa yang harus dilakukan. Sambil-sambil tu, aku transferkan tepung yang baru dibeli hari tu ke dalam tin. Sudahnya, Veenea yang macam 'radar' tu, menangis nak main tepung. Waduh, memang kuah bapaknya jatuh ke anak perempuannya ini...pantang nampak tepung, mesti nak buat main. Maka, aku dapat satu idea..kebetulan tiada roti, maka aku pun teringat video youtube yang aku download hari tu.. sementara melayan Veenea yang nak main tepung, aku pun mencubalah buat roti putih. Kebetulan baki seri kaya yang aku buat hari tu ada lagi.. Masalahnya, aku tiada acuan/loyang khas untuk roti (loaf).. Adakah ini membantutkan niat aku?.. haha, tidak...aku ambil keputusan guna acuan kek yang lebih kecil.Okey, marilah kita tengok resipi roti putih dan seri kaya. Buatan sendirian berhad..

Roti Putih (basic)
(versi resipi roti putih yang lain klik di sini)

1 cawan air suam
setengah 1/4 cup gula
1 tbs yis
1tsp garam
1tbs + 1tsp minyak
tepung secukupnya (lebih kurang 3 cup)
*aku gunakan tepung gandum cap lili yang murah dan tiada peluntur, RM1.35 sahaja sekilo.. (Sekarang ni musim orang sibuk mem'banned' tepung berpeluntur)
- (larutan air dan gula ) + yis dicampurkan di dalam bowl, biar 10 minit.
- masukkan garam + minyak. kacau rata.
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil mengacau sebati menggunakan sudip kayu, sehingga tidak boleh dikacau lagi. Kalau tengok dalam video tu, lagi jelas.
-keluarkan doh dari bowl, uli hingga tidak melekat lagi. (tepung ditambah sedikit-sedikit).
- masukkan dalam bekas besar, tutup dengan plastik, rehatkan selama setengah jam.
- doh ditumbuk untuk mengeluarkan angin. Gelek menggunakan penggelek sehingga nipis. gulungkan doh dan bentukkan agar muat pada acuan yang telah disapu sedikit minyak/ butter.
-rehatkan 15 minit, sebelum dibakar selama 25minit pada suhu 190 celcius. Tidak perlu 'preheat' oven. selepas siap dibakar, keluarkan serta-merta dari acuan dan sapu bahagian atas roti dengan sedikit butter. Tutup dengan kain tuala dan sejukkan.
- di bawah ni Video youtube yang aku ikut resipinya sebijik..cuma buat 1/4 dari resipi asal sebab cuma nak buat 1 buku roti.

*sila gunakan measuring cup dan spoon bersaiz standard.



Seri Kaya Karamel
Resipi asal seri kaya karamel boleh dapat dari jintanmanis (sila klik).

Bahan-bahan A
4 biji kuning telur gred B
400ml santan ( santan kotak)
180 g gula pasir
2 sudu makan tepung kastad dibancuh dengan sedikit air
2 helai daun pandan, disimpul

Bahan-bahan B (Karamel):
60 g gula pasir
125 ml air panas

-(untuk karamel)masak gula dalam periuk sehingga mula keperangan. Masukkan air panas, dan kacau perlahan hingga sebati dan sedikit pekat. Ketepikan.

- satukan bahan A (kecuali daun pandan), kacau guna whisk hingga gula hancur. Tapis dan masukkan dalam periuk.
-masak atas api sederhana, masukkan karamel tadi perlahan-lahan, masukkan daun pandan.
-hendaklah sentiasa dikacau hingga pekat (lebih kurang 25 minit).
-setelah masak, sejukkan. simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.

Salah satu tujuan aku buat adalah untuk menghabiskan kuning telur yang berlambak hasil daripada pembikinan macaron.

Hasilnya.. roti putih tu memang sangat lembut. walaupun tidak selawa roti gardenia, sebab tiada acuan khas roti..namun begitu menggoda kelembutannya..Wah, lepas ni tak payah beli roti lagilah.. Selamat sebab tiada bahan pengawet... Veenea pun dok memuji "delicious" sepanjang mengunyah.. ditambah pulak dengan sapuan seri kaya aku yang sedap macam dibeli dari kedai, ahaks!
*sila abaikan bentuk roti aku yang tak lawa... oh encik suami, sila belikan aku acuan roti..


Cubalah buat, =p

Monday, April 09, 2012

Ayam Ampap

I'm homesick.
Aku jadi rindu dengan masakan mak di kampung, dan segala jenis menu makanan di tempat asal (Sabah). Maka, atas sebab itu aku pun memasak ala-ala masakan tumpah tanahairku. =p

kebetulan bunga kantan yang jiran aku bagi hari tu masih belum berusik. Nanti memburuk pulak di dalam peti, apatah lagi aku sedikit sibuk dengan macaron minggu ini. Tiada masa untuk memasak menu complicated. kalau setakat aku dengan Veenea di rumah, masak telur dadar pun OK, sebab dia bukan makan pun lauk-pauk. Dia jenis suka makan mi, mihun, nasi panas + telur, roti, kerepek bawang.

Ini resipi hasil ubahsuai daripada ikan masak ampap.

Ayam Ampap (lauk 1-2 orang)

4 ketul ayam
sedikit garam + serbuk kunyit
semangkuk kecil air asam jawa
1/2 bunga kantan dihiris
3 helai daun limau purut

bahan kisar:
(kisar dengan sedikit air)
1 serai
halia sebesar ibujari (lebih pun ok)
2 cili padi (tambah jika mahu..aku adjust sebab Veenea nak makan sekali)
1 bawang merah besar
1 ulas bawang putih

cara-caranya:
1)Lumurkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
2) Tumis bahan-bahan kisar dengan sedikit minyak hingga naik bau.
3) masukkan ayam. Tuang air asam jawa dan bunga kantan. Masak atas api kecil.
4) kacau dan tambah air selalu. Tutup kuali dengan penutup. Lagi lama dimasak, lagi sedap sebab bahan-bahan akan meresap ke dalam ayam.

Aku membiarkan masa sejam ayam di dalam kuali. sambil-sambil tu bolehlah pergi mandi, kemas rumah, dan apa-apalah yang patut. Cuma perlu lihat sekali-sekala untuk mengacau dan menambah air.

5) setelah lebih kurang sejam, bolehlah dimasukkan daun limau sebagai 'sentuhan terakhir' (chewah) untuk menambahkan lagi rasa. Tambah garam jika kurang masin. kalau nak banyak kuah, boleh banyakkan air. Tapi menu ni sedap dimakan dengan kuah yang pekat. Hasilnya:


Perfect dinner for homesick ME.

Sayur tu?...  yang tu senang saja. itu sayur daun bawang atau kami panggil tomboutong dalam bahasa tempatan. potong kecil-kecil(dalam 2inci panjang), tumis bawang merah, masukkan sayur ni. kemudian masukkan sedikit air asam jawa (lebih kurang3-4sudu makan). Perasakan dengan garam dan sedikit serbuk lada sulah. Kalau campur dengan ikan bilis, lagi sedap.

Ringkas, dan kena dengan selera aku. Kalau berkenan, cubalah. Tidak rumit dan menu sihat, sebab kurang minyak dan kurang lemak (tiada santan). Kalau guna ikan kembung (atau apa-apa jenis ikan), lagi sedap sebab resipi asalnya kena guna ikan. Cuma di dalam fridge ada ayam saja, tu yang guna ayam tu.. nak menghabiskan stok ayam. =p

Thursday, March 29, 2012

Donat kentang ala Fabio

Lama sungguh aku meninggalkan blog ni..

hari ini aku mahu berkongsi resipi donat kentang. Puncanya, si mamat dalam video di bawah ni. Cuba korang tengok, manalah tahu dapat fiil mahu buat donat lepas tu. nak dijadikan cerita, aku sebenarnya memikirkan pasal gula untuk donat ni. snow powder kah? icing sugar kah? lepas tu rasa macam...astaghfirullah.. hubby aku kan pastry chef! rasa nak ketuk kepala kat dinding sekejap. buat penat saja aku memikir, cepat-cepatlah aku call hubby.


aduss..memang aku tergoda untuk mencuba nasib membuat donat lepas tengok video ni. maka, aku pun mencari resipi donat si Fabio Viviani yang begitu seksi ni.

Oh, sudah tentu aku mengubah resipi ini mengikut kesesuaian, terutama bahagian 'lard' tu. hihihi. Lepas tu aku buat mengikut bahan-bahan yang ada di dapur..Yes, aku menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah.

Resipi asal ada di sini. Resipi yang aku ubah, ada di bawah ni. seperti biasa, aku guna "standard measuring cup".

DONAT KENTANG ALA FABIO 

3/4 mangkuk kentang (direbus dan dilenyek) agak-agak besar mangkuk macam dalam video tu
1 1/4 cup susu segar
2 biji telur gred A, dipukul
3/4 cup lepa susu (buttercup) -sebab aku kehabisan butter
3/4 cup gula
1/2 paket yis segera (2 tsp)
5 cup tepung roti

minyak untuk menggoreng
butter cair secukupnya
gula halus (caster sugar)

langkah-langkahnya aku buat lebih kurang macam dalam video tu.. cuma aku masih buat donat yang berlubang..dan aku bagi doh kembang terlebih dahulu barulah buat bentuk. secara ringkas:
1) gula+yis+telur+susu (pukul 2 minit)
2) masukkan lepa susu dan kentang (pukul 2 minit)
3) masukkan tepung sikit-sikit, aku buat 3 bahagian. (pukul 2 minit setiap kali masuk)
4) aku masukkan doh dalam besen, tutup dengan kain lembab dalam 20minit (naik 2kali ganda dari saiz asal)
5) gelek tebal lebih kurang 1/2 inci dengan penggelek(kalau tiada..gunalah botol kicap kah..) atas papan yang yang sudah ditabur tepung supaya tidak melekat. kalau ada penerap donat, senang. tapi aku tiada..cuma guna cawan dan penutup botol mineral. cawan untuk buat bentuk bulat besar, dan lubang di tengah guna penutup botol.
6) goreng. dah masak, sapu dengan mentega cair dan celupkan dalam gula.



tinggal 4 biji barulah teringat nak ambil gambar..hihihi.. resipi ni aku dapat 35biji donat yang comel-comel. aku bagi dengan geng jiran-jiran aku. sedap, lembut. seronok sebab pertama kali buat donat, jadi pulak tu. lepas tu rasa lain sikit, sebab guna kentang.

apapun, donat hubby aku jugak paling sedap. percaya tak, lelaki yang tahu 'baking'(dalam bahasa Melayu apa ya?..menguli tepung?), memang seksi. hihi. sebab apa? semua lelaki tahu memasak (cooking)...paling koman kalau diaorang dah lapar, mesti tahu masak maggi atau goreng nasi...mana-mana lelaki normal mesti tahu buat. Tapi berapa ramai lelaki yang tahu 'baking'?  =p

okey, selamat mencuba!

Tuesday, March 13, 2012

Ayam Nenas

Hari ini aku kena masak juga nenas ni.


Nenas ni ada kisahnya. Ia ditanam ketika aku mendirikan rumahtangga dahulu. mak mertua aku minta anak nenas dari makcik aku, bawa balik sini untuk ditanam. Hah, selepas 3 tahun 7 bulan 2 minggu inilah hasilnya. jadi, aku pun dari hari Sabtu lepas (masa diambil dari pokoknya yang ditanam bawah pokok jambu), dok memikir nak buat apa dengan nenas ni. selama aku kahwin, ada sekali sahaja rasanya aku beli nenas sebab teringin makan pajeri nenas. tu pun tak berapa nak jadi, hahaha.kalau nenas ni beli kat tesco, taklah juga aku memikir sangat, tapi nenas ni rasa istimewa pula... Tanam semasa baru kahwin, sekarang Veenea dah nak masuk 3 tahun. Mula-mula ingat nak tunggu suami aku balik Jumaat ni, tapi dah kuning sangat. Takut jadi buruk pulak.

Akhirnya aku pun buat keputusan masak ayam nenas. Entahlah, tak pernah buat pun. Tapi aku dengan super confident mencari bahan-bahan yang ada. teringat chef dalam rancangan Chef at home... masak tanpa resipi. Hah, aku pun masak main hentam sajalah..

Bahan-bahan
1 dada ayam /isi ayam
1/4 biji nenas kecil dipotong-potong
1 biji tomato dipotong 8
1/2 biji bawang kuning dipotong dadu
1/2 biji cili merah besar dihiris
1 susu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
1 sudu teh serbuk pati ayam
garam + serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng

Mula-mula goreng ayam yang dilumur garam dan serbuk kunyit sehingga 3/4 masak atau masak sepenuhnya. ketepikan.
Tumis bawang besar dan cili.
masukkan nenas dan tomato, kacau.
masukkan sos tomato, sos cili, serbuk pati ayam. kacau rata. tambah sedikit air.
masukkan ayam tadi. perasakan dengan garam jika tak cukup masin.
kacau, dalam 5 minit.
siap!

senang kan? aku tengah masak ni sambil ditarik-tarik Veenea yang nak aku temankan dia tengok tv. memang masak campak-campak sahaja. Sebenarnya sukatan yang aku bagi di atas tu pun bukannya 'exactly', dah nama masak 'campak-campak' kan.. terutama sos tu, aku taklah rajin tuang dalam sudu sebelum masukkan ke dalam kuali, main agak-agak sahaja. Mulut aku pula masa tu tengah membebel sebab Veenea merengek-rengek.

Rasa? Sedaplah. ada rasa nenas, hehe. Aku rasa sedap sebab Veenea makan dengan penuh berselera. Aku bagi banyak kuah sebab Veenea macam daddynya, makan kena berkuah.

Sekarang, aku kena fikir lagi..nak buat apa pulak dengan baki nenas yang tinggal.. hmmm. makan begitu sahaja? boleh jugak kan..dahlah rasanya manis. =p

Sunday, February 12, 2012

'Egg In The Basket' ala V

Siapa pernah tengok V for Vendetta? Kalau pernah tengok, mesti ingat 'egg in the basket' yang dia sediakan untuk Evey.

Pagi ini terasa nak buat sarapan ala V tu pulak... Sampai sekarang, satu-satunya yang aku ingat tentang filem tu selain daripada topeng dan letupan bermuzikalnya, sudah tentulah sarapan yang nampak sedap tu. Mula-mula dulu ingatkan telur tu main letak sahaja atas roti, patutlah tak jadi-jadi aku buat..hahaha. Bila sudah tahu,bukannya susah pun...

bahan-bahannya:
Sebiji telur untuk setiap sekeping roti, dan
sedikit mentega

Mula-mula, gunakan cawan untuk membuat lubang di tengah-tengah roti.

Panaskan sedikit mentega. Kalau mentega tiada.. marjerin atau minyak pun boleh, asalkan kamu rasa bahagia..hihihi. Sudah panas, letaklah roti berlubang tu. Kemudian pecahkan sebiji telur yang di tengah-tengah. kalau kamu rasa tiada masalah dengan kalori, bolehlah banyakkan mentega tu sampai penuh permukaan kuali macam si V for Vendetta tu buat. Dah warna keperangan di bahagian bawah tu, bolehlah terbalikkan. kalau terror, bolehlah buat gaya ala V dengan melambung roti tu.

Dah siap pun. Boleh dimakan begitu sahaja sebab mentega tu memberi rasa lemak-lemak masin. Kalau ada kari ayam, pergh...lagi sedap. Makan dengan sardin pun aku pernah buat. Veenea yang kategori 'picky eaters' tu pun boleh habiskan sekeping tadi. Okey, selamat mencuba.

Sunday, January 15, 2012

Apple Bread

Takkan hari ini update blog dengan ayat: aku masih  kurang sihat... huhuhu..hakikatnya begitu.. aku memang spesies kalau demam lambat sembuh. Jadi terfikirlah tadi, cadangnya biarlah blog ni sepi.
Akan tetapi,
Kebetulan pagi ni terasa mahu buat roti...masalahnya aku tidak pernah buat. Jadi, aku google lah. Bukan tiada resipi laki aku, berlambak..masalahnya aku tidak faham...laki aku pulak dah pergi kerja. Resipinya tulis bahan saja,kaya-raya dengan 'short form'.. langkah-langkah tu tiada...maklumlah, resipi orang pro. Buku resipi pun ada berlambak, masalahnya aku 'malas' menyelak buku tebal-tebal yang lebih tebal daripada kamus dewan. hihihi.. Jadi, hasil carian 'easy breakfast', aku jumpa resipi ni dalam food.com. Bolehlah kan, resipi sebagai entri..

Memandangkan semua bahan-bahannya ada di rumah, aku pun mencubalah buat... sila guna 'measuring cup' dan 'measuring spoon'.. aku beli di kedai bakeri hari tu cup=RM14.90, spoon=RM9.90. sangat membantu.

Apple Bread
*tsp=teaspoon

Bahan A:
3 cup tepung gandum
1 1/2 tsp serbuk kayu manis
1 tsp baking soda
1 tsp salt
1/4 tsp baking powder

Bahan B:
3 biji telur gred A
2 cup gula
1 cup minyak jagung/masak

1 tsp vanilla
2 cup epal dipotong dadu
1/2 cup walnut (dipotong-potong)
1 tsp tepung gandum

(aku cuma buat separuh resipi, sebab yang makannya cuma aku dan Vee jr)
- campurkan kesemua bahan A dalam satu bekas. Aku ayak semua sekali.
- Pukul telur, lepas tu masukkan gula. agak-agak dah sebati (gula dah hancur), masuk minyak.
- masukkan vanilla dan kesemua campuran bahan A tadi hingga sebati.
- Masukkan epal.aku guna epal hijau granny smith. Kalau granny smith tiada, gunalah siapa-siapa punya epal pun..hihihi.
- campurkan walnut dan 1 tsp tepung, kemudian campurkan ke dalam adunan.
- tuangkan ke dalam bekas loyang 'loaf',atau bekas 8x3x3. boleh dapat 2 bekas kalau ikut resipi di atas..
- bakar 170 C, 50-60 minit atau sehingga masak (uji dengan lidi sate. kalau bersih apabila ditarik selepas dicucuk pada kek, masaklah tu.)


Potong dan makan dengan milo atau kopi panas...memang sedap! Bau serbuk kayu manis pun menawan hati...

Spoilnya, aku guna minyak canola tadi..sebab aku dari dulu memang tidak gemar dengan bau minyak ni. Next time guna minyak jagung atau minyak masaklah..lepas tu, lain kali aku mesti letak epal banyak sikit. Cubalah buat, senang sahaja...aku start buat tadi jam 11 lebih, sekarang 12:41pm tengah mengunyah. hihi..
Lepas tu aku terfikir, ini kategori rotikah? sebab rasa macam kek..tidak guna tepung roti pun.. hmm..apa-apalah, janji aku suka. =p

Sunday, July 31, 2011

Mihun Goreng

Pagi ini aku mencedok mihun goreng ke pinggan suami aku lebih banyak daripada biasa.
"Hari ni, abang kena makan mihun ni banyak sikit..sebab esok puasa."
"Jadi?" Dia masih tidak nampak sebab yang kuberi itu munasabah.
"Esok puasa, dan hari ini last abang breakfast sebelum puasa.. dan menu bihun goreng ni, abang cuma jumpa sebulan lagi dari sekarang. Takkan esok-esok nak sahur mihun goreng pulak.."

"Oh..ye ke.." dia tergelaklah pulak..
Hmm...betullah tu.

Untuk semua warga Muslim, esok atau lusa adalah tarikh jangkaan puasa. Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh mulia. selamat mengerjakan amal ibadah dengan pahala berlipat ganda di bulan yang dirahmati ini...Amin.

Update:
Aku perasan entri ni ramai yang cari..Mungkin tajukkan disalahertikan sebagai resipi. Maaflah.. Tapi memandangkan ada yang mencari, apa salahnya aku berkongsi resipi mudah.

Mihun Goreng (2 orang)

1/2 peket Mihun - dicelur(aku suka guna brand 'star')
bawang merah - 2(mayang halus)
bawang putih - 2(mayang halus)
cili merah - 1, dihiris. (boleh ganti dengan 1 sudu makan cili kering kisar jika mahu rasa sedikit pedas)
tomato - 1, dipotong dadu
telur - 1 biji
tauhu - 1, dipotong dadu
kicap
garam

- Mula-mula, goreng telur, tauhu separuh masak. ketepikan.
- tumis bawang merah, putih, cili.
-lepas naik bau, masukkan tomato. kacau seketika, kita nak 'jus'nya.
-masukkan kicap dan garam.
- masukkan mihun yang telah dicelur. gaul sehingga sebati. masukkan telur dan tauhu.

* kalau nak lagi sedap, tambah sotong atau ayam. Yang ni namanya mihun goreng ringkas dan 'bajet'. hehehe. selamat mencuba!