Pages

ads

Tuesday, June 19, 2012

Postpaid vs Prepaid broadband

Akhir-akhir ini aku berfikir tentang broadband aku.
Satu bulan, RM68. limit: 4GB.
Kalau prepaid, RM18 seminggu, or sebulan RM72. Unlimited(?).Entahlah, sebab di website tulis 1GB/week. tapi boleh je aku download drama kaw-kaw.

Aku selaku orang yang suka online, atau membiarkan laptop online ketika pergi memasak.. atau pendek kata, selagi laptop tak over-heat, selagi tulah laptop ON a.k.a online...maka, termasuklah aku dalam golongan pengguna broadband yang dapat mesej warning yang berbunyi:

"Friendly Reminder: Yr Broadband usage is reaching your limit of 4GB/mth. Get additional volume now to continue enjoying ur broadband svc at its current speed. Send BROADBAND VOL to 22188."

pada setiap bulan, sebelum tibanya bulan baru.
Kalau nak elak benda ni, kenalah 'berjimat-cermat' online. Buka youtube berpada-pada. Nak tengok drama online, memang tak boleh.

Aku ambil postpaid sebab ingat benda ni laju. Berapa laju, aku pun tak ingat dah. kalau nak tahu, pergilah ke website berkenaan. Aku tak berapa minat sangat, sebab setiap kali broadband aku sampai limit dan line mulalah slow gila sampai kadang-kadang tak dapat buka langsung...maka aku pun switch ke prepaid sekejap.

Dan menurut pengalaman patik, laju postpaid dan prepaid ni lebih kurang saja pun. Coverage pun tak beza...Tak tahulah kalau diamati secara detail melalui angka-angka spesifik, aku cuma bercakap melalui pengalaman peribadi...dan rasanya ikut kawasan kediaman juga. Taman tempat aku tinggal ni, alhamdulillah line bolehlah tahan... Dah banyak bulan try prepaid ni setiap kali lebih limit. Postpaid pun bukannya laju sangat. Sama hampeh juga dengan prepaid kalau di waktu-waktu perdana.

Baru-baru ni disebabkan minggu kedua dah dapat mesej lebih limit tu, aku pun guna prepaid. Nak tahu berapa volume aku guna sepanjang guna prepaid ni? Lebih kurang 18GB sebab download drama. Kalau guna postpaid, memang tak dapatlah download drama kaw-kaw macam ni.

Line postpaid ni bukan macam Astro; kalau tak bayar kena potong dan yang 'jangka waktu' tak bersiaran tu tak dicaj. Contohnya, line Astro kena potong seminggu, maka yang seminggu tu tak akan dicaj. cuma ada extra bayar untuk caj penyambungan.
Line broadband postpaid ni, kalau tak bayar kena potong dan masih kena bayar 'jangka waktu' yang kita tak dapat guna broadband tu. Contohnya tak bayar bil sebulan, so dia potong. Kita pun tak dapat akses line sehingga kita bayar bil tersebut. walaupun tak dapat akses line, bil bulanan tetap berjalan.

Sebab tu, aku sudah mula memasang niat untuk men'terminate' line postpaid broadband. Sekurang-kurangnya kalau tiada kredit untuk purchase line, paling teruk pun tak dapat online dan tak dicaj apa-apa.

Hati memang sudah 80% mau terminate postpaid. Ya, hidup harus berani mencoba! 

Nota kaki: kalau yang call aku, tak angkat-angkat tu...kemungkinan aku guna simkad prepaid aku untuk online. kalau dah terminate postpaid ni, aku belilah satu simkad prepaid khas untuk online. =p

*update:
Kalau nak jimat, cuba cari prepaid pakej 1Malaysia (Celcom sahaja). Yang ni memang susah sikit nak cari. Untuk internet cuma RM25 sebulan, dengan kuota 1G. Tapi, pssst.. rahsianya, sebenarnya sehingga update ini ditulis(Oktober 2013), internet 1M ni tiada limit. dari pengalaman, download lah drama ke lagu full blast sampai pengsan.. lajunya maintain, tidak terjejas.
Cuma untuk mencari simkad ini, mungkin kena 'berusaha' sedikit. Tapi kalau dah dapat, memang berbaloi untuk mengurangkan kos hidup.

Maklumlah, minyak selalu naik harga.


No comments:

Post a Comment