Pages

ads

Saturday, June 16, 2012

Genting Highlands

Alhamdulillah, dua tiga menjak ni jadual Veenea kembali betul. Namun masalahnya aku pulak yang masih tak betul-betul jadual tidur. haha. Okey, hari ini rasanya aku nak bercerita tentang Genting Highlands. Masa famili datang hari tu, Adi teringin nak naik roller coaster. Jadi aku cadangkan untuk mencubanya di taman tema Genting Highlands.
Saja cadang tempat ni, nak ambil udara sejuk. Lagipun, aku dah lama sangat terperap kat rumah. Lama sangat. LLLLLLLama sangat. (ketaralah tak ke mana-mana). Aku kesian kat Veenea yang cuma kenal taman perumahan tempat kami tinggal. No wonderlah dia sekarang selalu bawa aku pergi padang bola untuk tengok 'ball'.itu pun aku cuba untuk tidak ajar dia main 'slide' di tepi padang, sebab penuh dengan budak-budak. Kalau dah cuba sekali, mesti dia tak nak balik rumah. huhu.
Kalau dari Kuala Lumpur, Genting Highlands merupakan tempat yang paling dekat untuk menikmati perubahan cuaca panas ke sejuk. walaupun kalau korang masuk mana-mana bangunan, ada air-cond yang memang sejuk, tapi memang tak boleh disamakan dengan udara sejuk yang asli. Perjalanan dari rumah (Semenyih), cuma ambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke Genting Skyway. Ya, setelah selama ini naik kereta sampai ke puncak, kali ini suami aku tak rajin pulak nak drive. Dia cakap, kali ini kita naik kereta kabel.
Aku dok risau kalau Veenea takut, sebab memang dari dia kecik-kecik sampai sekarang memang tak boleh masuk lif. mesti menjerit bila lif bergerak. Jadi, aku yang memang tak pernah naik kereta kabel sebelum ni, masih tidak dapat membayangkan keadaan di dalam tu. kalau 10 saat dalam lif pun Veenea dah meraung gayat, inikan pulak perjalanan yang mengambil masa 10-15minit di tempat tinggi. Tawwakal sajalah!
Selepas park kereta di tempat yang disediakan, kami pun masuklah dalam bangunan untuk membeli tiket dengan harga RM6 seorang. Oleh kerana kami berenam (Veenea percuma), maka dicajlah RM72 untuk tiket pergi-balik. Ramai juga orang nak memanjat Genting hari tu, maklumlah cuti sekolah. Yang dari luar negara pun ramai juga. Tapi barisan ni bergerak cepat, sebab kereta-kereta kabel tu bergerak bersilih ganti tanpa henti.
Aku letak gambar sekaligus, sebab tak larat nak upload satu-satu. Dari kiri ke kanan, atas ke bawah. Gambar pertama tu saja nak tunjuk barisan yang cukup panjang, sampai Veenea terlentok-lentok di bahu daddy dia. Hah, yang gambar ketiga tulah rupa kereta kabel a.k.a gondola. selama ni aku cuma kenal gondola dalam istilah merchadising sahaja, rak di setiap hujung satu island. hahaha.harap jangan blurr sebab tetiba menyelit istilah merchandising di sini.Kalau yang kerja Tesco, Guardian, Watson, Giant dan sewaktu dengannya mesti tau.
Kalau dah masuk gondola, si awek pada gambar keempat tu akan suruh kita bergaya-gaya sebab dia nak ambil gambar. Aku pun heran juga pada mulanya, buat apa dia nak ambik gambar? Boleh aku terfikir agaknya dia dia nak ambik gambar buat majalah, hik hik..
Hah, ni saja bagi tunjuk gambar-gambar semasa di dalam gondola. Sebenarnya biasa saja. Cuma kalau pandang bawah tu, kalau spesies gayat macam adik aku si Linda memanglah rasa seram semacam. Tapi bagi aku, okey saja. Veenea pun cool. Perjalanan dalam gondola menuju ke destinasi adalah sepanjang 3.4km. Maka kita bolehlah menikmati pemandangan hutan tropika yang dah tak berapa nak dara lagi, sebab dah banyak diterokai sana-sini. Menurut encik suami yang pernah bekerja di sini suatu ketika dahulu, dulu-dulu boleh nampak gajah dan haiwan-haiwan liar lain. Tapi semasa perjalanan kami tu, nampak pokok sajalah... Haiwan seekor pun tiada.
Setibanya di stesen, barulah aku tahu kenapa awek di stesen bawah tu sibuk ambik gambar orang... Jejak kaki sahaja, dah ada orang melelong gambar kami. Buat bisnes rupanya. Ambik gambar kat bawah, lepas tu di stesen ketibaan, ada kedai kecik yang menawarkan perkhidmatan mencetak gambar kenang-kenangan yang sikit punya mahal, RM35. Tak sangka encik suami beli gambar tu. Kalau boleh minta softcopy, takpelah jugak. boleh aku upload kat facebook, haha. Tapi lepas tengok lama-lama gambar tu, sweet pulak senyuman aku. Tu pasal kut laki aku beli jugak. hahaha.

 Saja tunjuk gambar ni, sebab punyalah payah nak bergambar dengan adik-adik aku tu. Mula-mula aku nak bergambar dengan si Linda, boleh dia berdiri kat hujung (dalam gambar) tu, sedangkan aku kat belah hujung satu lagi. Hampeh tul. So, dengan kreatif dan inovatifnya, aku panggil si Adi duduk tengah-tengah. Buat gaya ala-ala KRU gitu. Sampai mak aku pun suka tengok gambar kami ni. Sedangkan itu gambar tak berapa nak ikhlas ambik sama-sama, hahaha. Budak zaman sekarang macam tu agaknya..Memandangkan aku memang dari dulu asyik duduk jauh dari famili, tu yang tak berapa nak rapat dengan adik-adik ni. kekok memanjang.


Lepas tu, kami makan...masuk KFC lah, sebab tempat ni yang murah sikit kat atas tu. Yang lain semua pun restoran-restoran yang ada kelas gitu. Lepas sahaja habis makan, kami pun berjalan menuju ke Outdoor Genting Theme Park untuk memenuhi cita-cita si Adi.


Untuk pengetahuan, taman tema ni terbahagi kepada Outdoor dan Indoor. Kalau nak masuk dua-dua, harga macam di atas. Kalau nak masuk outdoor sahaja,

Dan, kalau nak masuk indoor sahaja,

Maklumat lanjut boleh rujuk di sini.

Aku tak masuk sebab bukannya nak main apapun. Adi, Linda dan mak saja yang masuk. Ramai orang, mesti giliran berbaris pun panjang. Bayangkan diaorang di dalam tu dekat 4 jam, cuma main 3 atau 4 benda sahaja, sebab giliran yang sangat panjang. Maklumlah cuti sekolah. Kalau tahu, baik ambik  express pass. tak pun lain kali boleh tidur satu malam dan ambil pass 2 hari.  barulah berbaloi-baloi. Tak sempat pun jenguk bahagian indoor.

Aku yang tak masuk, ambil angin sahajalah kat luar. Best jugak, sejuk-sejuk walaupun geram sebab encik suami cuma nak duduk di kerusi. Tak bagi kerjasama langsung nak berjalan. Menyesal tak bawa stroller Veenea, senang sikit aku nak tolak jalan jauh-jauh.

Dah sehari-suntuk, kami pun turunlah. naik kereta kabel lagi. Walaupun tak join sekali masuk outdoor tu, penatlah juga sebab kena dukung Veenea yang boleh tertidur dek udara sejuk yang menyamankan tu. Lainkali kena bermalamlah nampak gayanya.

Perjalanan balik ni, gondola bergoyang lebih sikit sebab angin agak kuat. Boleh dengar bunyi angin menderu. Tapi si Veenea makin seronok pulak naik gondola ni.



Siap posing tunjuk gigi rongak dia tu, hihi.
Begitulah kisah perjalanan pergi-balik ke Genting Highlands. Memang tak cukup sehari. Lain kali harus tidur bermalam.

No comments:

Post a Comment