Hari Rabu dan Khamis lepas, kami sekeluarga meluangkan masa bercuti sehari di Kundasang. Tempat yang sejuk, malah tidak begitu jauh sebenarnya dari rumah, cuma dalam sejam setengah perjalanan. Bak kata mak, nak 'escape' sekejap dari rutin harian. Maka, sempena cuti Maulidur Rasul, kami pun pack-a-bag ala kadar dan terus meninggalkan rumah.
Aku tak hurai panjang-panjang kisah percutian kami, cuma selepas kunjungan itu, terasa nak pergi sendiri pulak di sana dengan Vee Jr pada hari lain di masa akan datang. Kalau pada hari tersebut kami sekeluarga memilih untuk menginap di homestay yang boleh masak-masak, depan Kinabalu, tengah-tengah kampung orang..rasanya kalau aku pergi sendiri, aku nak situasi yang sebaliknya.
Maka, aku pun mulalah membuat 'homework' dengan mencari tempat penginapan yang lebih bersifat 'private'. Rajin pulak aku meng google untuk merancang percutian sendiri. Mungkin dalam bulan Mac, insya Allah aku akan kembali ke Kundasang. Bila difikir-fikir balik, sungguh dekat tempat bercuti untuk me'release tension'. Selaku pencinta alam dan pencinta suhu sejuk,aku sememangnya sangat suka dengan suasana Kundasang yang terletak di kaki gunung Kinabalu.
menikmati Nescafe di kaki gunung Kinabalu adalah satu perasaan yang sukar untuk dicerita akan kenikmatannya. Mahu tahu, kena cuba sendiri. =)
No comments:
Post a Comment