Pages

ads

Wednesday, March 26, 2008

Kuching, a place like no others


Kalau ditanya, tempat yang begitu meninggalkan bekas di hati, jawapannya sudah tentulah Kuching. Masih ingat lagi, mula-mula dapat tahu dapat tempat di UNIMAS 6 tahun lepas, aku terus cari peta di internet. Mengumpul informasi tentang Kota Samarahan (Lokasi UNIMAS) dan Kuching (yang cuma kira-kira 20 minit dari Kota Samarahan).Perkara pertama yang menarik perhatian aku adalah kedudukan Taman Negara Bako yang terletak dalam daerah Kuching. Jadi memang dah 'aim' untuk ke tempat tu nanti.


Sepanjang bermastautin di bumi kenyalang, aku akui tidak begitu kerap balik rumah (Sabah). Masa cuti aku luangkan dengan aktiviti-aktiviti seperti program anak angkat, dan kadangkala untuk memenuhi undangan persembahan instrumen gamelan. Aku juga ada keluarga angkat di sana, hujung-hujung minggu selalu aku habiskan masa dengan balik 'kampung' di sana. Sepanjang pengajian, aku mengambil paling banyak cuma 12-15jam kredit subjek dalam satu semester, berbanding jadual normal pelajar lain iaitu 20jam kredit satu semester. Ini membuatkan aku memerlukan 4 tahun untuk menghabiskan pengajian. nasib baik biasiswa support sampai habis pengajian.hehehe. Rasa rugi sangat untuk terkejar-kejar menghabiskan pengajian dan terlepas banyak peluang dengan aktiviti-aktiviti kampus. Dah lepas study macam sekarang ni, tak berpeluang dah merasa hidup kampus macam dulu.


Sepanjang di sana, aku memang betul-betul menghayati budaya di sana, dari makanan hinggalah ke dialek pertuturan.Sampai satu tahap, orang tempatan pun tak dapat cam yang aku ni orang luar. Agak beruntung dapat menguasai dialek tempatan, sebab mudah untuk berurusan terutama hal tawar-menawar barang jualan. Keunikan kaum etnik Sarawak juga dapat dihayati dengan melawat Kampung Budaya.Tapi setakat melwat, tak puas sebenarnya. Betul-betul dapat 'rasa' keunikan tu bila dapat tinggal sehari dua di rumah mereka..Sebab tu rajin ikut program anak angkat. Jadi, sepanjang di sana, dah merasa duduk rumah panjang.. best wei... Tinggal di rumah famili angkat di Sourabaya Ulu.. Sempat juga merasa suasana raya, dan belajar cara-cara buat kek lapis yang memang sangat terkenal di Sarawak.


Semester pertama tu, memang susah tekak ni nak terima makanan yang tak biasa makan...asyik rasa nak balik rumah sahaja..huhuhu. Tapi, lepas berfikir banyak kali, aku ambil keputusan untuk terima semua keadaan di sana. Hasilnya, badan aku naik sebab makan semua benda di sana,hehe. Rindunya ngan umai ubur-ubur dan mi kolok Sarawak!


Pengalaman seronok yang jarang boleh dinikmati di tempat lain adalah seperti menaiki perahu penambang di pinggir Bandar Kuching untuk ke seberang (Petrajaya) menikmati mi kolok di warung pak Lah, dan suntung tutuk (sotong kering yang diketuk nipis) di Boyan. Menyusuri tebing sungai di pinggir bandar sambil menikmati aiskrim...Rasa mi Jawa di Tun Jugah memang melekat di hati.. Laksa Sarawak di Satok memang tiada tandingan, nasi goreng cendawan di O'ten, ABC tempatan di Open Air, Tomyam di Raj Garden..Mmmm..nampak sangat aku banyak mengekplorasi makanan di sana kan.. boleh jadi host jalan-jalan cari makan pulak lepas ni..hehehe.


Lepak sorang-sorang di Archery Club, Medan Pelita setiap Jumaat.. Rasa puas menghabiskan 72 arrow (6 dozen) ke sasaran...Biasanya 1-2 jam gak menghabiskan arrow ni, bergantung dgn mood masa tu.Terasa macam Legolas cerita LOTR pulak.hahaha.Sampai sekarang pun rasanya tidak ramai kawan-kawan kampus tahu 'hobi' ni...sebab memang suka buat kerja memanah ni sorang-sorang utk release tension. Aku paling suka 'mengosongkan' jadual hari Jumaat dengan tidak memilih sebarang slot tutorial, serta cuba utk memilih subjek yang kuliahnya tidak jatuh pada hari Jumaat. Tiap kali member tanya ke mana aku 'menghilang' setiap Jumaat, aku sengih-sengih je la. Bukan tak nak ajak diaorang, cuma inilah masa untuk betul-betul bersendirian dan peluang terbaik utk lapangkan kepala. Dan lepas memanah tu, aku suka turun ke ground floor, main Daytona pulak. Dalam game, mmg handal lah bawa kereta.. tp di alam realiti,hehehe... pengecut nombor 1. =p


Tak tahulah bas biru di Kuching sekarang ni dah berganti belum... walaupun bas tu agak 'uzur', tapi seronok naik keliling Kuching. Bas Kuning pula biasa aku naik dari Unimas--> kuching dan Kuching-->Kampung Bako. Oh ya,kalau di Kuching, orang biasanya sebut bandar tu sebagai 'pasar'. Jadi kalau aku nak ke bandar kuching, biasanya sebut 'turun pasar' lah..


Kalau nak diceritakan, banyak sangat kenangan di Kuching. Malah, aku tidak menolak jika ada peluang untuk kembali duduk di sana. Cuma, satu yang masih belum dilaksanakan sampai sekarang.. Aku masih belum jejak kaki di Taman Negara Bako (walaupun banyak kali ke kampung Bako), pantai Damai dan menawan gunung Gading. Ini aku kira sebagai 'hutang' yang masih belum dilunaskan.


Kali terakhir jejak Kuching pada 14 dec 06, on the way balik dari Sabah ke KL. Spend satu malam di sana untuk melepaskan rindu pada Kuching. Kalau ditanya, Ya..aku mengakui sesungguhnya aku jatuh cinta pada keadaan di sana. Walaupun agak 'lengang', tapi tempat tu memang satu dalam seribu... Dan masih merupakan tempat nombor satu di hati aku setakat ini.


Info untuk dikongsi bersama:

1) kamek = saya, aku

2) kitak= awak, kau

3) pusak = kucing

4) pusuk= ikan bilis

5) ngegeh= mengada-ngada

6) pasar = pekan, bandar

7) situk/sitok = sini

8) siya= sana

9) sinun= sana(jauh)

10) mun= kalau

11) sine/siney= mana

12) jeraya = jalan raya

*gambar dari SEDC Tourism

4 comments:

  1. hmm.. seronoknya membaca kisah vee ni, terasa2 spt kak ds sendiri yg duduk di sana.. 1 hr nnt, teringin juga mkn angin ke Sarawak n Sabah. Vee bley temankan? tentu lbh mudah esp ketika nak tawar-menawar beli ikan terubok masin yg special tu!

    ReplyDelete
  2. boleh saja kak dewi... tapi dah dkt 2thn x ckp srwk ni.. ntah 'lurus' lg ke tdk. =)

    ReplyDelete
  3. cute eh blog tok..suka kmk baca..hehe!

    ReplyDelete
  4. ya ka Naruto? heheh.. pengalaman bah ..memang best kat kuching, entah bila gik boleh dtg sia..

    ReplyDelete