Sunday, May 04, 2008
Cendol Leman Dawi
Hari Rabu lepas, kononnya nak pergilah tengok wayang... cik Abang pulak entah last minute boleh pulak dia off day hari tu.. Hati pun girang semacam la kan.. hehehe. mula-mula tu, ingat nak tengok lah kat KLCC.. Tapi barulah terperasan, hari tu hari rabu... (Hari tiket murah..) Jadi, rasa-rasanya...mesti orang ramai sangat-sangat..
"Apa kata kita gi Seremban 2.. Pastu pegi Nilai, jumpa si Aboi."
hmmm.. best gak. Aku pun boleh lah nyanyi-nyanyi dalam kereta on the way gi Seremban 2.. Tempat yang banyak bangunan baru.. Sampai Jusco, naiklah tingkat atas. sudahnya, dua-dua pun terkebil-kebil tengok poster.. Terkelu+ terkedu.. sebab, entahlah.. takde pulak cerita berkenan di hati.. (walaupun Nabil dah promote Iron men...hehehe). Lagipun orang tu awal-awal dah warning tak nak tengok cita antu. weh, tinggi lampai encem tu, rupanya alergik dengan cerita hantu-hantu terutama antu Korea.hahaha.
Lepas lunch (di Seremban 2 tu semata-mata lunch la...), kitaorang pun pusing-pusing je lah.. Sambil-sambil tu dengar celoteh orang tu pasal Negeri 9.. Rupanya cik abang ni pernah tinggal kat Negeri 9. Hmm.. barulah tersedar, tak kenal sangat lagi.. ye lah, tunang tak sengaja kan.. ;p
Masa tu, sibuk lah dia tunjuk kiri kanan jalan... kat sana dulu ada jambatan lah...bus stop.. pokok kayu.. Yang harunya, satu benda pun yang dia cakap tu, dah lapang... Dah jadi jalan raya yang makin melebar. Mulut dia becok lah pulak sebut-sebut nama Leman Dawi.. Mula-mula tak layan sangat, ingatkan satu lagi watak yang adik-beradik ngan Dol Leman.. hehehe. Pastu, eh, pandai pulak dia parking depan satu kedai tepi jalan tu.. sebesar-besar alam kain rentang "Cendol Leman Dawi" tu terpampang..
Menurut cerita cik abang ni, Leman Dawi dah mula berniaga sejak dia zaman sekolah dulu-dulu. Balik dari sekolah, selalulah dia singgah membeli Cendol Leman Dawi ni (mmm..mcm manalah boleh terselit suku kata Dol Leman si pokcik....huhuhu). Masa tu dia berniaga bawah pokok kayu.. sekarang dah berniaga di tapak yang suatu ketika dahulu adalah tapak terbiar.
Tau tak apa bestnya tempat ni? Memang istimewa sangat-sangat. Sebab, harga cendolnya cuma RM1.50. Lepas tu, kalau nak tambah, tambahlah sepuas-puasnya...siap boleh tapau kalau nak.. dan percuma! air barli pun dia sediakan percuma. fuh.. bayar untuk cendol pertama tu je...pastu, semuanya percuma. sambil-sambil menikmati cendol tu, boleh pula mendengar si Leman Dawi ni berceloteh tentang Negeri 9. bukan setakat tu je, sebutlah apa-apa nama negeri.. Dia boleh bagi banyak fakta termasuk keluasan KM persegi...sejarah.. Bak kata cik abang tu, kalau ada masalah subjek Sejarah atau Geografi.. pergi je Gerai Leman Dawi ni.. aku pun sengajalah menguji.. Bila aku bagitau Leman Dawi tu yang aku asal Sabah... Dia terus menghuraikan tentang Sabah.. Tentang ketinggian Kinabalu.. Sejarah pembukaan Kota Kinabalu.. dan, semuanya tepat. respectlah.. =) Boleh klik kat gambar tu, kalau nak tahu "Manifesto" yang Leman Dawi war-warkan tentang cendol dia.
Jadi, kalau berkunjung ke Negeri 9 ni, singgahlah menikmati Cendol Leman Dawi.. Tak pasti sangat, tapi tak jauhlah dari kawasan Rembau. Memang best. Jadi, hari off day hari tu, dihabiskan dengan mengenali Negeri 9 (dan separuh daripada kisah-kisah cik abang tu juga).. Tak jadilah tengok wayang hari tu. Best apa, cuti-cuti malaysia.. =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cendol oh cendol. Nikmat yang hilang. Dahulu boleh dinikmati, sekarang sudah tiada lagi.
ReplyDeleteVee , lain kali gii mkn cendol, kim salam kat Pak Leman Dawi tu aa.
ReplyDeleteUishh.. nampak cam sedap jek tu.. senang kira, lain kali nak pergi ajak pokcik jek la kekekek
salam Abang Long... cendol dah berubah rasa ke...? hehehe..
ReplyDeletePokcik, meh la. Vee belanja satu mangkuk cendol tambah air barli percuma berkoyan-koyan...lepas tu..kalau nak tapau bawa balik pun boleh..hehehe