Saturday, January 28, 2012
Drama Baby-faced Beauty
Seminggu dua lepas aku menonton drama bersiri Korea Baby-faced Beauty secara online. Mula-mula tu cuma nak tahu berita Jang Nara, pelakon yang sangat comel. Lepas tu, rasa nak tengok pulak drama lakonannya yang baru bersiaran tahun lepas.
Memang tidak menghampakan. Drama ini penuh dengan aksi lucu, romantis dan sesekali mengundang air mata. watak heroin yang berkembang dengan baik dari awal cerita hingga ke penghabisan; sangat baik. Dari seorang yang kurang berkeyakinan, sehingga akhirnya menjadi pereka fesyen yang terkenal. Ia tentang Lee So Young, berumur 34 tahun diberhentikan kerja oleh majikannya. Dengan umur begitu, dia agak sukar memohon pekerjaan. Namun wajahnya yang sangat comel, ramai orang menyangka dia berumur 20-an. sebagai anak sulung yang menyara keluarga, dia sedar bahawa dia perlu mencari pekerjaan secepat mungkin. Apatah lagi bayaran sewa rumahnya sudah tertunggak beberapa bulan, malah adik perempuannya pula sering membulinya dengan meminta wang.
Kecantikan paras rupa dan kelulusan tinggi membuatkan adiknya Lee So Jin mudah mendapat pekerjaan, iaitu model sambilan selama seminggu di sebuah syarikat pakaian, The Style. Namun, Lee So Jin yang malas bekerja dan hanya suka berfoya-foya meminta Lee So Young menggantikan tempatnya melakukan pekerjaan tersebut. Oleh kerana terdesak dengan masalah kewangan, Lee So Young bersetuju, dan bermulalah episod Lee So Young menggunakan identiti adiknya; Lee So Jin seorang lulusan universiti serta berbakat (ikut resume lah...) Lagipun Lee So Young memikirkan pekerjaan itu cuma seminggu. Selepas beberapa insiden selama seminggu, dia ditawarkan pekerjaan pereka fesyen junior, cita-cita yang memang merupakan impiannya sejak kecil. Sejak itulah dia dihantui rasa bersalah kerana berbohong tentang identitinya, namun dalam masa yang sama dia sedar dengan identiti dirinya sendiri; cuma lepasan sekolah tinggi, berumur 34 tahun, tidak mungkin dia akan mendapat peluang keemasan tersebut.
Hah, itulah permulaannya. Dia akan bertemu cinta dengan seorang eksekutif muda, Choi Jin Wook lakonan Choi Daniel; sangat 'cute' dan penuh semangat dan sangat optimis. Juga seorang lagi jejaka yang tidak kurang hebatnya, presiden syarikat itu sendiri, Ji Seung Il, lakonan Ryu Jin yang sangat kacak. Antara dua jejaka ini, siapa yang bakal menjadi pilihannya? Kedua-dua jejaka ini jatuh hati pada Lee So Young di saat orang lain memandangnya hanya sebagai gadis yang tidak tahu bergaya dan agak 'kesian'..hmm..nak tulis ulasan, memang tak cukup ruang, sebab drama ni 20 episod.
Kalau nak baca ulasan drama ini episod demi episod, baca di http://kdramachoa.com/baby-faced-beauty-episode-1-summary/. Ulasan yang sangat terperinci.
Bolehlah tonton di:
1) http://azdrama.net/watch-online-baby-faced-beauty-episode-01-7882.html
2) http://sony222.blogspot.com/2011/06/baby-faced-beauty-ep-17-eng-sub-watch.html
3) http://www.mysoju.com/korean-drama/babyfaced-beauty/
4) http://www.dramacrazy.net/korean-drama/baby-faced-beauty/
dan banyak lagi...
link di atas tu ada yang direct terus ke episod. jadi, pandai-pandailah explore sendiri..hihi. aku sendiri menonton dari banyak link sebab kadang-kadang tersekat-sekat. kalau guna broadband tu, pandai-pandailah, nanti penuh pulak limit korang. Aku biasanya guna prepaid aku kalau nak menonton drama, sehari RM5 atau seminggu RM18. aku download dulu, kemudian tonton. Aku guna prepaid ni sebab unlimited, sehari boleh mencapai 3-4 GB kalau dah mendowload tu, walaupun mungkin kurang laju...postpaid punya limit sebulan 4GB, huhu.. Tapi setakat ni, aku tengok kelajuan prepaid & postpaid lebih kurang sahaja..sama-sama tak berapa nak laju.hihi. Pandai-pandailah..macam aku ni terasa nak tengok drama bukannya tiap bulan..tapi bermusim. Hari biasa guna postpaid, kalau rasa-rasa nak heavy download tu, switch kejap ke prepaid.
Drama ni memang best.Cukup rasa, cukup perasaan. susunan muzik sangat baik, teratur sesuai dengan mainan jiwa perwatakan. Lakonan Jang Nara dan Choi Daniel pun sangat bagus, terutama semasa 1st date mereka di episod 17. Bagaimana Jang Nara berjaya mempamerkan wajah yang sungguh 'keberatan+sedih+penuh rasa cinta', manakala Choi Daniel penuh rasa 'teruja+terkejut+cinta+gembira'. Tapi jangan tengok terus episod ni, tak faham kalau tak tengok dari episod 1. Ada masa aku tergelak besar, ada masa aku bercucuran air mata tengok drama ni..kalau laki aku nampak mesti kena kutuk..hahaha.
Okeylah, setakat ni sahaja aku merapuh...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment